Erti Pengorbanan, Selsema Babi dan Kerajaan Perpaduan.
Bagi aku erti PENGORBANAN ini adalah melakukan sesuatu yang tak suka kita lakukan untuk mencapai satu kejayaan.
Contohnya untuk sukses dalam PELAJARAN kita mesti bersengkang mata untuk belajar siang dan malam. Kalau setakat goyang kaki dapat telur ayam je lah nampaknya. Nak berjaya dalam BISNIS juga mesti kerja kuat, tinggal keluarga, kurang berseronok-seronok dan tidak mudah putus asa. Bagunan yang tinggi dibina dengan kerja kuat siang dan malam. Nak masuk SYURGA lagi lah perlu bersusah-susah. Tengok je lah macam mana Nabi SAW berkorban tenaga, harta dan masa. Hasil dari pengorbanan Nabi SAW kita sekarang mengnikmati ISLAM walaupun sudah lebih 1400 tahun kita ditinggalkan.
Dunia sekarang sedang diduga dengan masalah bermula dengan penguncupan EKONOMI dan terkini masalah wabak Selsema Babi. Kes pertama jangkitan tempatan Selsema Babi sudah terjadi di Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini perlukan PENGORBANAN. Isu penguncupan Ekonomi dan Selsema Babi adalah isu besar tetapi di Malaysia tenggelam oleh isu POLITIK.
Seminggu dua ni 1Malaysia sedang sibuk dengan isu Kerajaan Perpaduan, bagi aku secara peribadi kalau untuk perpaduan UMAT ISLAM supaya menjadi tuan di negara sendiri kenapa tidak??? Musuh-musuh ISLAM memang suka kita bersengketa. Tak salah berbeza Pendapat, Tak salah berbeza Parti tapi perpaduan Umat Islam mesti dijaga. Ini semua hanya akan berlaku bila ada PENGORBANAN. Jangan sia-siakan PENGORBANAN yang telah Nabi SAW buat untuk kita. Siapalah kita ini jika dibandingkan dengan Nabi SAW.
Apa makna PENGORBANAN bagi ANDA??
zul · 823 weeks ago
denaihati 88p · 823 weeks ago
habang · 823 weeks ago
Dengan bahasa mudahnya, melepaskan perkara2-perkara yang best lalu melakukan perkara yang kurang best untuk mendapat /mencapai perkara yang lebih best.hahaha.
Ctnya maacam aku, rumahku syurgaku best tapi dapat tawaran kerja kat tempat yang tak best@jauh@hulu lalu menerimanya untuk mengelakkan pengganguran diri sendiri/mendapat kerja..
zul · 823 weeks ago
azizwan(dot)com · 823 weeks ago
mcm kes habang tu.. kalau tolak peluang a.k.a tak sanggup berkorban, mesti takde pekerjaan kan. huhu..
denaihati 88p · 823 weeks ago
azizwan(dot)com · 823 weeks ago
denaihati 88p · 823 weeks ago
denaihati 88p · 823 weeks ago
azizwan(dot)com · 823 weeks ago
denaihati 88p · 823 weeks ago
denaihati 88p · 823 weeks ago
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&d...
denaihati 88p · 823 weeks ago
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penubuhan kerajaan itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&d...