Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 28, 2009

Asia Ceramic Sdn Bhd

Sana-sini sibuk cerita Asia Ceramic Sdn Bhd dari dulu sehinggalah sekarang. Dulu kawan-kawan sibuk ajak join Asia Ceramic Sdn Bhd. Ramai juga kawan-kawan yang buat duit Ratusan Ribu di Asia Ceramic Sdn Bhd. Kawan-kawan yang buat duit di Asia Ceramic Sdn Bhd ni semua drive kereta besar dan pasti ada sticker Asia Ceramic Sdn Bhd di cermin belakang kereta mereka...promosilah tu.

Pada mulanya aku tak berniat nak cerita hal ni tetapi setelah terbaca di blog Azizworld dan Rohaizad (tahniah dicalonkan sebagai weblog popular 1Malaysia) terpanggil pulak nak sembang-sembang cerita ni. Kalau nak cakap aku tak pernah join program-program macam ni pasti TIPU kan...yang lebih hebat pun ada. Aku pernah main HYIP yang bagi pulangan lagi power sehingga mencapai 50 - 200 % dalam tempuh beberapa minggu. Bila main HYIP ni aku akan set dalam minda bahawa ni memang scam jadi aku akan main dalam jumlah yang kecil dan invest dilebih 3 syarikat. Jadi kalau 1 kantoi maka ada 2 lagi boleh back up.

Satu ketika dulu aku juga main program pelaburan online yang banyak di Malaysia. Aku gunakan sistem yang sama seperti akau main HYIP dimana aku invest dalam jumlah yang kecil di beberapa buah syarikat pelaburan online. Syarat utama untuk main game macam ni adalah JANGAN TAMAK dan mesti set dalam minda bahawa bila-bila masa owner boleh lari atau syarikat kena serbu dengan Bank Negara (BNM). Kalau nak main program pelaburan online ni kita mesti belajar dari sejarah lalu seperti kes Skim Pak Man Telo. Jangan main terjun je ikut perasaan....bukan senang nak jadi senang.

Kesimpulannya, aku memang tak join Asia Ceramic Sdn Bhd...sekali dah terkena tak kan nak terkena lagi...bak kisah Nabi jangan kita dipatut ular yang sama di tempat yang sama dua kali..tu namanya BODOH aku. Bagi yang dah kehilangan DUIT tu jangan salahkan orang lain anggaplah itu cara ALLAH swt nak bersihkan sumber rezeki yang datang dari sumber yang ragu.

Fadhilat amal : Firman Allah surah At-Thalaq 2-3 : "Siapa yang bertaqwa (Taat) terhadap Allah, nescaya Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah akan beri ia rezeki dengan jalan yang tidak disangka-sangka."

~Terima Kasih~
broSKL -  broSKL

Entri lain yang menarik

Asia Ceramic Sdn Bhd


    Widget by Hoctro | Jack Book

    Comments (24)

    Loading... Logging you in...
    • Logged in as
    aku nyaris2 nk join, nasib baik x join lagi huhu
    5 replies · active 819 weeks ago
    kadang2 kena join juga baru ada pengalaman...ibarat minum kopi dah minum baru rasa sedap tak sedapnya....
    ha, betul.. terminum kopi yg sedap.. sedap la hasilnya.. tp kalau terminum kopi yg x sedap, tanggung sendiri la jawabnya. hehehe.. apa yg penting, belajar dr kesilapan.. tak gitu denaihati? :)
    Heee heee .. kalau minum kopi sedap ker tidak, tetap akan minum sampai habis ... Bak kata orang tu kan, kopi ni, lagi tak derk gula lagi sedapp ..
    hahaha.. bagus aku minum kopi kosong, gerenti tak berbekas.. bukan tolak rezeki, tp serius tak masuk even aku bukan anti kpd air kopi.. huhu. tak percaya, try la bg aku kopi kosong :)

    tp tu la.. lain org lain citarasanya kan :)
    *ralat: bagus = bagi

    sorry.. tak check spelling sblm submit :)
    erm 2 x 5 same dgn kf jugak hee~
    tungaklangit's avatar

    tungaklangit · 819 weeks ago

    saya tak berminat dengan benda yang menjurus dengan cepat dapat wang ni...

    biar mengcangkul lebih baik...''

    salam
    3 replies · active 819 weeks ago
    betul3.. aku sokong.. yg penting, hasil yg kita dapat tu kita tahu dr mana. so, takde timbul rasa ragu dan was2.. jom mencangkul :)
    insyallah bila kita istiqomah solat sunat dhuha Allah akan lindung kita dari urusan rezeki yang ragu...bila teman-teman offer pun hati kita lansung tak terbuka......tak jadi tamak tak tentu hala...
    Tapi selalunya memang haku terasa tarikan ingin mencuba tuuu ... Tak terai tak tauu ... Dan betullah tu, asal saja tak tamak. Kalau jatuhpun tak lah tersungkur teruk, mungkin luka menggelupas jer ...
    dlm hal ni cpj memang tak reti, jadi memang tak pernahlah terkena...sesekali pikir bagus jugak kalau tak reti...kihkihkih...
    1 reply · active 819 weeks ago
    syarat utama dalam bisnis ni mesti BERANI GAGAL....tapi tak semestinya dalam investment online lah.....
    huhu.. tulis juga pasal asia ceramic ni :)

    aku pernah masuk 2 kali bab2 pelaburan ni.. aku masih ingat lg, pelaburan pertama yg aku masuk adalah pelaburan internet yg sblm dijatuhkan hukum haram. nama pelaburan tu kalau tak silap aku "Jin Li Capital" yg untungnya dlm USD. totally guna internet..

    waktu tu ust sekolah aku (lulusan al-azhar) yg jd collector dan urus semua withdraw sbb waktu tu aku takde internet.. dlm 3 bulan lps aku masuk, terus heboh kat tv pasal pelaburan ni dan masa tu terus aku kluar semua duit yg boleh dkeluarkan.

    tak lama lpstu kluar plak fatwa yg pelaburan internet ni haram, terus kluar duit semua duit yg dpt.. dan tak lama lps tu, web sykt tu dah tak boleh buka sbb gov dah sekat. sangkut la smua duit yg tinggal.. nasib baik tak berapa rugi sangat even masa awal masuk aku takde keluarkan keuntungan sbb asyik topup a.k.a lipat je (ikut apa yg ust aku tu ckp)..

    pelaburan yg ke-2 tu plak aku tak berapa ingat apa nama penuh tp yg aku ingat ada nama "exchange" la dan bulan2 dpt paymanet utk 3 tahun.. nasib baik cuma invest 2k je.. baru 4 kali dpt payment, terus kena siasat oleh BNM dan smpai skrng takde khabar berita.. mula2 tu memang taknak join tp bila nengok sendiri yg invesment ni pernah kluar TV3 tu yg mcm yakin sket aku join.. top2 sama je.. hampeh..

    dan yg ceramic ni memang aku tak join wlpn hampir2 nak join.. sbb pengalaman lama sedikit-sebanyak mengajar aku.. hehe.. apa2 pun, ilmu dan skill bro pasal invest meng'invest ni memang hebat. :)

    p/s: sorry.. terbuat mcm blog sendiri la pulak. hehehe..
    5 replies · active 819 weeks ago
    tetiba plak aku ingat nama investment ke-2 yg aku join tu. huhu.. nama investment tu ialah dx-change dan nama sykt Mercantile Point Sdn. Bhd.
    Pengalaman ni tak boleh jual beli..kejayaan ramai mereka yang telah berjaya pun setelah melalui pengalaman jatuh dan bagun dalam apa juga bidang...bila ada pengalaman baru boleh cerita panjang lebar macam bro azizwan ni .... :D
    Betul betul. Share ler segala macam pengalaman. Tak semestinya yang berjaya jer, yang tak berjayapun. Dua2 boleh mengajar kita something very big ...
    betul3.. bila dah jd mcm ni, senang la nk buat pilihan bijak kelak.. biar mengadah bila dah terhantuk.. tp jgn dah terhantuk, nak juga terhantuk berkali-kali. kan sakit tu. hehehe.. lebih kurang mcm yg bro denaihati tulis mengenai ular kat atas tu :)
    betul tu...mereka yang berjaya selalu melakukan kesalahan tetapi bukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali....tapi umur kita terlalu pendek untuk melakukan semua kesilapan...jadi mari kita belajar dari kesilapan orang lain dan jangan ulangi...
    Ooo... inilah syarikat yang baru disiasat bawah BAFIA oleh Bank Negara Malaysia...

    Rujuk :::: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&am...
    1 reply · active 819 weeks ago
    naim terima kasih..aku dah link kan link di di perkataan BNM tu...
    Info bagus2 nih! Bila ada peluang gini, memang sangat menarik. Haku dulu pernah gak come across syarikat ni kat internet tapi haku pun tak tau naper haku tak join. Biasanye haku laju jerk kalau bab2 cenggini. Nasib bek gak eh!
    2 replies · active 819 weeks ago
    terbuka atau tidak terbuka hati kita ini dengan izin Allah....
    ya betul.. tp kadang2 bila dah terbuka hati tu. kita je yg tak nak bertindak.. that's mean, kita adalah org yg sentiasa berada dlm kerugian. huhu..

    Post a new comment

    Comments by

    Disclaimer

    We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
    Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

    Sponsored

    Qurban & Aqiqah di Kemboja

    Jejak Komen

    The last comments for

    BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

    vynn

    Ini adalah artikel informatis yang sangat...

    July 19, 2022 09:03:29 Jump to

    Lukman

    Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

    The last comments for

    HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

    5,999 comments

    by 1,639 readers

    IntenseDebate

    Sponsored

    Kembara Musafir New Zealand

      © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP