Selsema Babi @ H1N1 mula makan KORBAN
Kalau dulu kita membilang setiap hari berapa ramai yang dijangkiti selsema babi tetapi mulai 3 hari lepas kita mulai mengira berapa orang yang terkorban akibat jangkitan wabak selsema babi. Mengikut statistik terbaru sudah 3 korban selsema babi di Malaysia. Mengikut statistik WHO setakat 27/7 sudah 134,503 telah dijangkiti dan 816 telah terkorban di seluruh dunia. Kalau mengikut trend wabak ini tidak mustahil dalam tempoh 6 bulan wabak selsema babi akan menjadi top carta di Malaysia mengalahkan polimik POLITIK. Lihatlah sekarang semakin banyak sekolah, pusat pengajian tinggi dan pusat latihan telah ditutup. Tidak mustahil next kilang, pejabat dan shopping mall pula akan ditutup.
JANGAN ambil ringan dengan wabak H1N1 pastikan kita menjaga keluarga kita, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Amalkan kehidupan sihat seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar kesihatan. Aku dan keluarga sememangnya mengamalkan mengunakan Habbatus Sauda, sambil menjaga kesihatan juga mengamalkan sunah Nabi saw...insyallah semuga menjadi menawar kepada wabak selsema babi. Tidak mustahil selsema babi ini akan menjadi wabak Spanish Flu yang membunuh berjuta-juta manusia pada tahun 1918 -1920.
Sudahkah ANDA bersedia??
Fadhilat amal : Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
lizz · 819 weeks ago
Precious · 818 weeks ago
Rasanya sumer patut memainkan peranan mengamalkan penjagaan kebersihan diri dan kawasan dgn betul ...
Cara basuh tangan yg betul
Tutup mulut n hidung bila batuk ...
kuina · 819 weeks ago
anon · 819 weeks ago
"Kalau dulu selsema burung habis ayam sekampung dibunuh kesian orang kampung. Tapi kalau selsema babi tak dengar pun babi dimusnahkan. Babi dengan ayam memang ada beza tapi penyakit.... tu.. he... tak paham saya.... tolong le jawab...."
sbb selsema burung disebarkan melalui burung... yakni klu makan burung yg ad penyakit tu etc
tp, selsema babi, human to human transmission... bukan melalui babi.. mgkn ad yang ttanya2 habis tu knape nama dia selsema babi tu bukan selsema manusia.. =P, jwpn nya sbb virus tu asalnya ditemui pd babi (atau kata nama lainnya, virus tu memula menjangkiti babi, lalu berlaku 'mutasi @ mutation' dan jadikla h1n1... lalu virus itu menjangkiti manusia... so skang, selsema ini berjangkit melalui manusia...
wallahu a3lam
Precious · 819 weeks ago
denaihati 88p · 818 weeks ago
The affected institutions, which will remain closed for one week, were the Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) in Tanjung Malim, Perak, the Engineering Faculty of the Universiti Sains Malaysia in Nibong Tebal, Penang and Sekolah Menengah Kebangsaan Jit San (A) in Bukit Mertajam, Penang which were all ordered closed for a week beginning today
http://nursamad.blogspot.com/2009/07/h1n1-on-rise...
denaihati 88p · 818 weeks ago
http://www.malaysiakini.com/news/109502
Precious · 818 weeks ago
denaihati 88p · 818 weeks ago
denaihati 88p · 818 weeks ago
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penutupan kem itu melibatkan 4,500 pelatih dan kira-kira 200 petugas dan mereka diminta berada di rumah selama seminggu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&a...
denaihati 88p · 818 weeks ago
http://wartamaya.blogspot.com/2009/08/h1n1-kemati...
Precious · 818 weeks ago
denaihati 88p · 818 weeks ago
denaihati 88p · 818 weeks ago
http://www.malaysiakini.com/news/109727
denaihati 88p · 818 weeks ago
Wanita berusia 24 tahun itu adalah dari Miri. Bagaimanapun, anaknya dilaporkan selamat. Wanita tersebut meninggal dunia jam 4 pagi ini.
http://www.malaysiakini.com/news/109778
hydir · 818 weeks ago
zuls 63p · 818 weeks ago
2. Tak mau amik tindakan drastik awal-awal (takut panik katanya)
3. Memandang rendah akan penularan wabak
Semuanya salah rakyat (termasuk kerajaan) sendiri. Termasuklah kita.
hydir · 818 weeks ago
"إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ، فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ. وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَاراً مِنْهُ"
Maksudnya:
“Apabila kamu mendapat tahu bahawa ia (wabak penyakit) itu telah melanda satu tempat, maka jangan kamu pergi ke tempat itu (yang telah dilanda wabak penyakit). Apabila ia (wabak penyakit) telah melanda tempat yang kamu sedang berada dalamnya, maka janganlah kamu keluar (dari tempat kamu) untuk melarikan diri daripadanya (wabak penyakit)”.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Imam An-Nawawi (676H) telah memberi beberapa penjelasan dan pengajaran daripada hadis ini[1]:
1) Wabak yang dimaksudkan ialah wabak penyakit Taun. Tetapi, ia boleh dimaksudkan untuk setiap penyakit yang melanda manusia dan merebak dengan meluas.
2) Larangan pertama Nabi untuk tidak pergi ke tempat yang telah dilanda wabak penyakit sebagai satu usaha langkah pencegahan dan mengelakkan daripada penyebab bahaya, manakala larangan kedua untuk tidak keluar dari tempat yang dilanda wabak penyakit pula ialah sebagai menerima ketentuan Allah, berdoa dan bertawakkal kepadaNya dengan sabar dan redha. Tetapi, keluar untuk tujuan dan urusan yang penting dan tidak dapat dielakkan adalah diharuskan selagi bukan bertujuan melarikan diri.
3) Pemimpin sesebuah negara/negeri hendaklah turun padang melawat rakyat dan melihat sendiri permasalahan kehidupan mereka bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.
4) Apabila pemimpin negara/negeri melawat kawasan di bawah pentadbirannya, hendaklah pemimpin bawahan menyampaikan maklumat dan berita tentang segala yang berlaku di tempat mereka sama ada baik, buruk susah, senang, wabak dan sebagainya.
5) Hendaklah pemimpin itu sentiasa bermesyuarat dan mendapatkan pandangan orang yang berilmu dan ahli dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan perkara dan peristiwa yang berlaku.
6) Melihat manusia berdasarkan kedudukan mereka dan mengutamakan orang yang ada kelebihan dan keistimewaan tertentu daripada orang lain serta memuliakan mereka.
denaihati 88p · 818 weeks ago
denaihati 88p · 818 weeks ago
http://edition.cnn.com/2009/US/07/28/military.swi...