Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 1, 2009

Contest Weblog Popular 1Malaysia

Aku yakin ramai yang bersetuju bahawa di Malaysia ada banyak weblog yang popular dan mempunyai pengikut yang ramai. Ada banyak sebab mengapa seseorang itu berminat dengan weblog tertentu seperti berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu, berkongsi bisnis online dan lain-lain lagi.

Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia.  Untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia aku perlukan bantuan teman-teman. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu aku mencari Weblog Popular 1Malaysia.

HADIAH

1. RM1,000.00 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.

Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT :

SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL 
(Kepada yang berminat nak jadi sponsor boleh hubungi terus melalui twitter @Denaihati)

Syarat-syarat


1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://azizwan.com.
4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.
7. Peserta wajib subscribe blog ini melalui email dan diaktifkan.
8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.
10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Keputusan

Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

Pertanyaan

Boleh bertanya terus melalui ruang komen atau twitter @Denaihati atau email denaihati[a]yahoo.com. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.

"SEBARKAN BERITA CONTEST INI KESULURUH PELUSUK MALAYSIA UNTUK MEMENANGI HADIAH YANG TELAH DISEDIAKAN...SELAMAT MAJU JAYA"
~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik

contest


Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (154)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wah..banyak nya duit untuk dimenangi.. huhu.. blog paling popular.. macammana nak jadi blog paling popular ni..
salam kak, nak join tp blogger ada prob cket... huhuhu.. kak, tarik tamat bila? akak nak join bloggy kan, paste banner yek
menarik tu,
tp lmbt lagikan tarikh tutup
kalu ada masa nnt join
Wahai sahabatku denaihati, maafkan aku, kerana aku tak berapa 'reti' nak join contest ni, teruskanlah bagi yang 'reti' semoga anda yang menyertai akan menang, dan yang telah menang saya ucap tahniah, yang tak menang pula jangan berputus asa...saya tetap nak tak reti...kihkihkih...
what the fish? gila kentang punya hadiah.. ni yg tak senang duduk dibuatnya ni. huhu.. insyaAllah aku akan join sebab peluang mcm ni tak selalu datang ditambah lg dengan hadiah yg boleh tahan superb.. malam ni juga aku buat posting. insyaAllah.

anyway.. thanks 4 the nice example link :)
kak jie tunggu pemenangnya....kot2 boleh belanja roti canai
wahh..besar ganjarannya ni
pergh~

best giler~
err.. nk join gak.. tapi kan... yg sponsor tu camne eyk? x paham.. hihihi..
1 reply · active 820 weeks ago
Mr. Bintang jangan risau tentang sponsor apa yang perlu dibuat buat satu posting tentang contest dan promosi posting tersebut. Bila ada kawan-kawan yang tertarik nak join contest weblog popular 1Malaysia setelah membaca posting tuan minta kawan2 tuliskan tuan sebagai sponsornya.
dah lamer tak masuk contest ghitewww.. ehehe, salammm
mcm best, tp x paham tang weblog... weblog nie ape maksudnye? blog biasa2 ke? serius x paham..

dah ade ke yg buat posting? nak gak tgk cth...
mama emma weblog=semua blog samada yang biasa-biasa atau yang high level... setakat ni baru satu posting @ http://zetamier.blogspot.com/2009/07/bloggers-fro...
Salam denai.

Ni satu berita yang mengujakan. Macam nak masuk, tapi hehe, harapnya ada kesempatan nak menulis.

Rasanya bagus jugak kalu ada pautan bagi yang telah membuat entri tentang Pertandingan ni.

Ehh tumpang tanya, bukan satu blogger boleh calonkan satu weblog sahaja? Contoh entri dari zetamier bukan dia calonkan dua weblog?

terima kasih
Rizal, zetamier tidak buat pencalonan tapi buat blog review. Blogger di benarkan untuk tidak mencalonkan mana-mana weblog dan hanya fokus pada prmosi sahaja....tapi tu lah kalau kita tak calon manakan blogger lain nak calonkan kita.
Salam denai.

Aha.. macam tuu.. aisey... calon satu blog ajer.. kalau dapat calon dua best ni.. kekeke.. alright alright.. i see what i can do. haha. tapi tak janji apa2 ya.
Rizal 1 pun ok kalau ada lebih tu mintalah kawan-kawan yang calunkan...blog bro pun power juga.
1 reply · active 820 weeks ago
rizal kau fikiq lah betul-betul...aku memang tunggu je sesiapa nak calonkan emilayusof tu....http://emilayusof.com ni look Malaysian....
waduh2..blh kabur mata ni tgk hadiahnya..
ragu-ragu mau join xD
tak faham, kak jie just letak pengumuman pun kena letak link ke?

kak jie bukan pencalon atau calon..ishh

btw - ini link contest

Contest Weblog Popular 1Malaysia
salam bro.. aku dah buat post promo about contest ni kat blog azizwan.com aku tu..

kat bawah ni link post tersebut:

Jom sertai contest weblog popular 1Malaysia anjuran Denaihati
nak join la.. buat promosi dulu :)
Boleh ke buat entri kat blog sendiri dan calon blog sendiri?
tu dia...lubuk duit lagi di internet
ramai benor yg murah hati sponsor hadiah lumayan
al maklumlah ini saja cara nak tarik pelanggan....bijak-bijak
apa-apapun jom layan......

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP