Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 23, 2009

HIDAYAH : Tolong sebat saya segera

Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2007. Kartika pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini hari ini berkata, dia mahu hukuman sebat yang diputuskan mahkamah segera dilaksanakan kerana ingin memulakan hidup baru.

''Saya menyesal dengan perbuatan yang saya lakukan. Saya telah menjatuhkan maruah keluarga. Sebab itulah saya mahu hukuman sebat dijalankan segera kerana mahu lupakan apa yang berlaku dan menjalani kehidupan baru bersama keluarga. ''Saya harap dengan hukuman ini, orang lain akan membuka mata dan tidak melakukan kesalahan yang serupa. Ini bukan sesuatu yang dibanggakan," katanya.

Alhamdulillah HIDAYAH ini kurnian dari ALLAH swt untuk umat-Nya yang terpilih dan sering berlaku HIDAYAH turun setelah manusia melalui suatu peristiwa yang susah atau sedih. Teman aku mendapat HIDAYAH dari zaman jahiliahnya (ni bahasa yang kawan aku gunakan) kezaman terangnya setelah bapanya meninggal dunia dan seorang teman aku yang lain mendapat HIDAYAH setelah ditahan ISA selama 2 tahun.

HIDAYAH ini hak ALLAH kita manusia samada Ulama, Pak Kiai, Ustaz malah Nabi saw sendiri tak boleh memberi HIDAYAH. Kerja manusia hanya menyampaikan ajaran yang betul dan jangan pernah kecewa jika manusia yang kita sampaikan tidak berubah kerana bukan hak kita nak merubah manusia jadi baik ... itu hak ALLAH ...tugas manusia menyampaikan dan berdoa semuga ALLAH turunkan HIDAYAH kepada sesiapa juga yang kita harapkan. Banyak kisah-kisah unik bagaimana manusia mendapat HIDAYAH dari ALLAH dan hanya mereka melalui dapat merasai bahawa nilai HIDAYAH lebih dari NILAI duit jutaan ringgit.

Cuma kadang-kadang aku tak faham manusia ni mungkin hanya kerana kuasa atau memperjuangkan hak wanita.....Timbalan Presidennya Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)  mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Parlimen Titiwangsa dari Pas, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali hari ini yang melahirkan perasaan terkejut dengan hukuman sebatan enam kali yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang disifatkan mereka sangat keras.

Fadhilat Amal : Abu Hurairah r.a berkata, Raasulullah saw bersabda : Apabila seseorang berbuat zina atau minum arak, maka Allah mencabut imannya, ibarat orang yang membuka baju melalui kepalanya" (H.R. Hakim)

~Terima Kasih~
Khalifah Fedi - Warna Kehidupan

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Jejak Komen

Sponsored

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP