Kalau dulu kita membilang setiap hari berapa ramai yang dijangkiti selsema babi tetapi mulai 3 hari lepas kita mulai mengira berapa orang yang terkorban akibat jangkitan wabak selsema babi. Mengikut statistik terbaru sudah 3 korban selsema babi di Malaysia. Mengikut statistik WHO setakat 27/7 sudah 134,503 telah dijangkiti dan 816 telah terkorban di seluruh dunia. Kalau mengikut trend wabak ini tidak mustahil dalam tempoh 6 bulan wabak selsema babi akan menjadi top carta di Malaysia mengalahkan polimik POLITIK. Lihatlah sekarang semakin banyak sekolah, pusat pengajian tinggi dan pusat latihan telah ditutup. Tidak mustahil next kilang, pejabat dan shopping mall pula akan ditutup.
JANGAN ambil ringan dengan wabak H1N1 pastikan kita menjaga keluarga kita, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Amalkan kehidupan sihat seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar kesihatan. Aku dan keluarga sememangnya mengamalkan mengunakan Habbatus Sauda, sambil menjaga kesihatan juga mengamalkan sunah Nabi saw...insyallah semuga menjadi menawar kepada wabak selsema babi. Tidak mustahil selsema babi ini akan menjadi wabak Spanish Flu yang membunuh berjuta-juta manusia pada tahun 1918 -1920.
Sudahkah ANDA bersedia??
Fadhilat amal : Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
~Terima Kasih~
Lizz - Harajuku
No comments:
Post a Comment
Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah...mudah je kongsikan komen paling banyak dan menangi RM50.