Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jul 29, 2009

Selsema Babi @ H1N1 mula makan KORBAN

Entri ini ditaja oleh Saudacare.com (Penawar alternatif H1N1) : Aku dapat satu komen dari din dang : Nak tanya... kepada sesiapa yang boleh tolong jawab persoalan yang saya masih belum mampu mendapat jawapan yang tepat. Tentang selsema babi. Nama sains H1N1 nama glamor selsema babi. Tapi sekarang ni ada kaitan tak dengan babi... nama ada... penyakit adakah dari simptom babi. Kalau dulu selsema burung habis ayam sekampung dibunuh kesian orang kampung. Tapi kalau selsema babi tak dengar pun babi dimusnahkan. Babi dengan ayam memang ada beza tapi penyakit.... tu.. he... tak paham saya.... tolong le jawab....(ada ke yang sudi nak jawab)


Kalau dulu kita membilang setiap hari berapa ramai yang dijangkiti selsema babi tetapi mulai 3 hari lepas kita mulai mengira berapa orang yang terkorban akibat jangkitan wabak selsema babi. Mengikut statistik terbaru sudah 3 korban selsema babi di Malaysia. Mengikut statistik WHO setakat 27/7 sudah 134,503 telah dijangkiti dan 816 telah terkorban di seluruh dunia. Kalau mengikut trend wabak ini tidak mustahil dalam tempoh 6 bulan wabak selsema babi akan menjadi top carta di Malaysia mengalahkan polimik POLITIK. Lihatlah sekarang semakin banyak sekolah, pusat pengajian tinggi dan pusat latihan telah ditutup. Tidak mustahil next kilang, pejabat dan shopping mall pula akan ditutup.

JANGAN ambil ringan dengan wabak H1N1 pastikan kita menjaga keluarga kita, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Amalkan kehidupan sihat seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar kesihatan. Aku dan keluarga sememangnya mengamalkan mengunakan Habbatus Sauda, sambil menjaga kesihatan juga mengamalkan sunah Nabi saw...insyallah semuga menjadi menawar kepada wabak selsema babi. Tidak  mustahil selsema babi ini akan menjadi wabak Spanish Flu yang membunuh berjuta-juta manusia pada tahun 1918 -1920.

Sudahkah ANDA bersedia??


Fadhilat amal : Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.

~Terima Kasih~
Lizz - Harajuku

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP