Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Aug 12, 2009

Sedekah kunci KEJAYAAN dan KESELAMATAN

Semalam teman aku merungut, dia kata bisnis MLMnya untung tak seberapa tetapi hari-hari kena ketuk dengan downline, hari-hari kena belanja downline. Aku nasihat kat dia biasalah tu bila buat bisnis ni tak kira apa termasuk MLM mesti kena keluar modal dulu...kalau tak sanggup keluar modal manakan bisnis boleh sukses cuma yang aku tak setuju banyak kumpulan MLM ni kenakan bayaran belasan malah puluhan ribu untuk join bisnis MLM mereka. Yang aku fahamlah MLM ni bisnis bermodal kecil dan bila kita ikut sistemnya boleh memberi pulangan besar.

Aku masih ingat zaman dulu-dulu masa buat MLM kami berlumba-lumba nak belanja selepas makan beramai-ramai. Kami yakin betul setiapkali sesiapa belanja Allah akan bagi pulangan 100 kali ganda seperti firman Allah swt : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui." (Al-Baqarah, 261). Kami sentiasa ingat mengingati satu sama lain untuk menderma, sedekah dan infaq sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi kerana kami yakin rezeki yang kami perolehi bukan semuanya hak kami. Memang betul yang rajin belanja dan sedekah tu lah yang sukses...dan ramai dikalangan team kami yang sukses...Alhamdulillah.

Sedekah dan infaq ini adalah hak peribadi kita untuk persediaan di alam akhirat. Insyallah sedekah dan infaq yang ikhlas adalah antara 3 amalan yang berterusan walaupun kita sudah meninggal. Bayangkan jika kita sedekah untuk masjid, sekolah atau membantu pelajar belajar agama maka selagi masjid, sekolah dan ilmu pelajar itu ada selagi itulah kita mendapat pahala zaman berzaman walaupun kita sudah meninggal. Sedekah dan infaq tu bukan mesti Ringgit ribu-ribu atau ratus-ratus, RM0.10 pun boleh janji ikhlas.

Aku memang azam untuk sedekah setiap hari. Sekarang ni nak sedekah senang sangat di masjid ada tabung masjid dan tabung anak yatim. Kita juga boleh sedekah secara online dengan klik je online banking kita kepada yang memerlukan. Kepada yang nak melabur untuk akhirat teman-teman boleh juga menderma untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran ke akaun MBB 551191102792 (Sekolah rendah Agama Ghufran). Insyallah sedekah kita itu juga membantu menyelesaikan masalah dan melindungi kita dan keluarga dari wabak Selsema Babi @ H1N1.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP