Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 19, 2009

Aku jumpa Lailatul Qadar


Dengan amalan yang ada ni rasanya belum layak untuk aku berjumpa dengan Lailatul Qadar. Aku memang tidak sibuk mencari tanda-tanda Lailatul Qadar. Aku hanya selalu berdoa semuga Allah pilih aku dapat beribadah dan berdoa di malam Lailatul Qadar yang insyallah boleh merubah kehidupan aku dan keluarga.

Mengikut kitab Duratun Nasihin oleh Usman Alkhaibawi, Lailatul Qadar dinamakan dengan Qadar yang ertinya ketentuan kerana pada malam itu ditentukan semua urusan, hukum, ketentuan rezeki dan waktu kematian serta apa-apa juga yang terjadi pada tahun itu sampai tahu yang akan datang.

Alhamdulillah Ramdhan tahun lepas aku juga tidak bertemu Lailatul Qadar tetapi rasanya Allah telah memilih aku untuk beramal dan berdoa di malam Lailatul Qadar kerana ada rasa kelainan dalam kehidupan ini. Lailatul Qadar ini adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang Allah anugerahkan hanya kepada umat Nabi Muhamad SAW. Lailatul Qadar ini adalah hadiah yang tidak terhingga yang Allah hadiahkan secara ghaib kepada kita.

Oleh kerana Lailatul Qadar ini hadiah yang ghaib maka majoriti daripada umat Islam tidak lansung ambil kisah dan merasakan persiapan Aidil Fitri lebih penting daripada mencari Lailatul Qadar. Malanglah bagi kita yang tidak mengambil kesempatan mencari hadiah daripada Allah, hadiah yang bukan sahaja bermanafaat di dunia malah yang lebih penting di akhirat.

Insyallah jika kita terlupa tahun ini maka berusaha kita dari awal untuk mencari Lailatul Qadar pada Ramadhan tahun depan. Insyallah Lailatul Qadar boleh merubah untung nasib kita.

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Salam Bro,

Memang indahnya jika kita mendapat Lailatul Qadar Itu.

Rahmat ALLAH itu memang luas sebenarnya.

Salam Aidilfitri.
4 replies · active 812 weeks ago
bro tahniah jadi penGOMEL pertama ... dah balik kampung ke???
Terima Kasih.

Dah Balik dah. Memang Anak Jati Kuala Lumpur la Bro. hehe.

Sedara mara semua memang di lembah kelang dari kajang sampailah ker Area Selayang.

Kampung? Kampung Bharu sebenarnya, the real kg.bharu bukan yang macam sekarang ni. hehe
betul.. alangkah indahnya jika kita memperolehi lailatul qadar..

apa2 pun.. kpd bro denaihati..

Ampun dan maaf ku pinta andainya aku pernah..

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya ntah apa-apa
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk kat kepala
TERpinjam harta-benda
TERbengang tak semena-mena

dan..

TERmacam-macam lagi’lah yang kena mengena..

Semoga dimaafkan krn BRO lah member blogger yg sungguh BEST :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

- Azizwan
aku pun memohon maaf jika ada salah silap ....makan ketupat tu jangan lupa pada kami semua
Bertuahlah insan2 yg terpilih tersebut. Semoga umur kita panjang agar dapat kita beramal dan akan bertemu dgn malam Lailatul Qadr lagi.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.
2 replies · active 812 weeks ago
Sedih la pulak Ramadhan dah tiada.

Precious, Selamat HAri Raya Aidilfitri dan dihulurkan juga Maaf Zahir dan Batin.
Memang sedih kerana belum tentu kita dipilih untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun depan ... semuga kita dapat amalkan segala amalan di bulan Ramadhan di 11 bulan yang lain.
x berapa faham entri ni :|
slalu terbayangkan lailatul qadar,
slalu ingin lailatul qadar bila tiba 10 mlam terakhir.
slalu juga x bwat apa2,tp inginkan lailatul qdar.
hmm

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP