Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 16, 2009

16 Sept : Wajah baharu 1Malaysia



 Petikan kata-kata DS Najib di blog berwajah baharu 1MalaysiaKini saya lebih yakin bahawa internet merupakan bidang penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Blog seperti ini mengalu-alukan input dan memastikan pegawai yang dilantik lebih bertanggungjawab. Kementerian, agensi kerajaan dan juga pemimpin masyarakat mesti memanfaat internet dengan sepenuhnya untuk berinteraksi dengan serta merta dan berkesan dengan rakyat yang mereka berkhidmat. Oleh itu, minggu-minggu yang akan menjelang ini menjadikan saya begitu seronok sekali. Kepada anda semua yang telah menunjukkan minat kepada laman web saya hingga kini, terima kasih dan saya berharap anda amat menyenangi pengubahsuaian yang akan dilakukan ini.

Teringat zaman pertengahan 1990 an ketika aku mula mempromosi Internet ni ramai yang pandang sebelah mata. Ketika itu sebut email pun terdengar terlalu asing. Ada akaun email sendiri rasa sungguh bangga.sekali. Dalam suatu seminar motivasi ketika itu aku ada katakan lihatlah apa yang berlaku pada transformasi komunikasi daripada telefon besar sehinggalah tercipta HP. HP yang pertama dicipta pun punyalah besar dan hanya orang kaya je boleh beli tapi kini HP boleh dimiliki semua termasuk anak-anak sekolah rendah.

Kini Internet dah jadi macam transformasi HP sudah tidak asing lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan, perniagaan, buat duit, berasmara, berdakwah sehinggalah perang politik. Semuga ada sedikit ilmu aku yang dikongsikan dalam banyak seminar yang lepas  memberi menafaat kepada rakan-rakan. Aku selalu mendoakan kejayaan rakan-rakan yang pernah berjuang susah senang bersama ... sempena 16 Sept tarikh penubuhan Malaysia aku ucapkan selamat maju jaya 1Malaysia. LOVE MALAYSIA.

Sedang fikir-fikir untuk ubahsuai wajah blog Denaihati ... ada yang sudi bantu ke???

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (24)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Setiap benda bermula ngan rasa asing ... Yalah, benda baru. Sebelum org boleh terima, tentulah rasa pelik dulu. Hari ini, internet dah jadi keperluan bukan lagi kemewahan ...
2 replies · active 809 weeks ago
wah jadi penGOMEL pertama tu ... tahniah. nampaknya bulan ni boleh tahan perebutan penGOMEL pertama ni.
betul tu.
rasanya sekarang internet dah jadi keperluan.
terlalu banyak perkara yagn boleh belajar dan dapat dari internet.
rasanya tidak habis untuk explore. :)
Wah blognya dah makin mantap, harap-harap PM kita ni bagi tweet-tweet yang memberi inspirasi daripada twitter beliau.
bro, buat wajah blog yang ringkas cukuplah macam http://orangette.blogspot.com
sangat clean dan kemas.
4 replies · active 809 weeks ago
Salam Bro,

Cadangan Faiz tu memang bagus juga

Mungkin bro boleh ambil dan suaikan sedikit.

Blog orangette tu stail blog artistik. Lebih-lebih lagi ada "Handmade Pledge Widget" Kalau tgk blog2 artistik (hand made artists) di luar negara, memang kebanyakkannya sukakan paparan yang kemas dan bersih. Keduanya juga, kebanyakkan mereka ni memang amalkan "No adverts" di dalam blog mereka. Widget juga seminima yang mungkin.

Mungkin bro boleh suai dan padan kedua-dua gaya ni kot sebab rasanya blog bro speks. dia masih nak letakkan widget pengiklanan kan?

Eh, Denai Hati kira okay apa. Susunan dia lawa dan mantap. Masih dalam Clean, Clear Style dengan Warna Tema yang sedap Mata Memandang. :)
Hmmm ... baru jer menjengah blog orangette. Hmmm ... padaku ianya terlalu kemas dan bersih. Putih sangatlah! Hmmm ... terserahlah kp minat individu but it definitely is not in my list. I prefer sedikit warna ... sedikit!
terima kasih beri cadangan yang baik .. tengah survey beberapa templates ni .. aku pun memang suka yg plain je mudah nak tengok dan tengah fikir2 nak buang widget2 yg tak penting...
wah, mmg tersangat simple blog orangette ni. :)
Membuat sesuatu "Out of The Box" memang bukan mudah terutamanya kalau kita adalah pelopornya.

Satu lagi, idea yang bernas juga bergantung kepada masa dan tempat yang bersesuaian. Kalau terlalu awal dikeluarkan, mungkin pasaran belum sedia dan akhirnya terkubur.

Kalau nak dikirakan netbook = Psion tapi netbook lebih berjaya sebab pasaran dah sedia, sebab internet dah mula menjadi suatu kebiasaan.

Sekarang kita lihat, web 1Malaysia macam mana penerimaannya nanti?

Apa2pun setuju juga la, Memang den anak Malaysia err Minang plus Jawa yer.. hehe
bila baca post ni, aku semakin tertanya-tanya, siapakah 'orang' disebalik blog denaihati ni.. serius, curios sangat2 ni. huhu.. dah puas aku godeh page 'about' tu, tp still tak jumpa gambaran jelas yg boleh aku subscribe pasal bro. apa kata bro letak 1 gambar since ramai yg nak nengok wajah owner blog ni. huhu..

back to topic.. dah tgk wajah baru blog DS Najib tu dan kali ni nmpak lebih mudah berbanding yg sblmnya.. kalau sblm ni nk baca mana2 post kena bersusah payah cari sbb tu tak berapa rajin baca perutusan beliau. huhu.. tp kali ni buka je dah boleh tau blog tu ada entri baru atau tak.. kesimpulannya, boleh tahan..

apa2 pun, aku menunggu transformasi blog bro pula :)
5 replies · active 809 weeks ago
Wan,

bukan hang sorang ajer yang "Curious". Aku pun sama, puas godek2 kat Facebook tapi tak juga gambar empunya tuan punya blog ni. Hehe
adeh.. BI aku FAIL rupanya. huhu.. tak prasan pulak aku tertinggal huruf u. hahaha..

dan lg 1, bkn subscribe tp describe. hahaha.. betul2 FAIL la ini mcm. neway, sila jgn gelakkan aku yer :)
Hahahaaaa ... rasanya bukan seorang dua yg tertanya2 ni. Semua readers Denaihati, kot! Kita tunggu saja saat dan ketikanya ... siapa dia, ya?
Insyallah bila tiba masanya aku letak gambar beso-beso .. lagi pun aku tak tulis yang kontroversi kan kan kan sekadar nak berkongsi ilmu yg sikit-sikit ni
betul tu..
ada juga terpikir macam mana rupa sebenar owner blog ini.
nnt bila letak gambar tu jgn la kabur²kn pula ye. :)
Haha,

Wan, tak perasan pun hang dok tuleh silap. Sebenarnya, aku letak pembuka dan penutup kata sebab nak biasakan kalau ayat bahasa inggeris di dalam komen BM, letak " ", bukan nak perli yer. Sebab aku dok bising2 kat pelajar aku, bila buat laporan tak dak beza penggunaan BM dan inggeris.

Cuma aku kecualikan "" kalau buat "tweet" sebab kengkangan huruf.

Macam hang tweet. Maaf Zahir Batin ya. :D

Loooo, dah berkali-kali guna ID ni baru perasan ada "smiley" - aduihh aku tuleh ni terpaksa berhati-hati nak letak "". Padan muka aku :D :D :D
Yup ... saya pun prefer layout yg ringkas dan kemas. Gadget2 extra yg x perlu tu kurangkan. Bukan x boleh tp kurangkan! Haku paling pantang ada lagu bebagai atau pun popup welcome dan yg seangkatan tu ... Sori ler sapa yg terkena. Bila haku dah suka suatu blog tu, haku tetap baca gakkkkk ...
Salam. Malam ni caya start gerak balik kampung. Caya nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Semoga jumpa lagi ...
1 reply · active 810 weeks ago
Selamat hari raya dan maaf zahir batin semuga perjalanan lancar dan selamat tu...
Bro, kalau nak ubah boleh aja ikut citarasa bro.

Janji pembaca boleh baca dengan selesa tuu yang penting. Sebab kalau nak yang skema atau terang berwarna-warni, agak susah la bro. Pengunjung sini ramai musti macam2 citarasa. Asal penting sedap mata memandang untuk baca, tuu yang penting.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga bro sekeluarga Selamat di dalam perjalanan pergi dan pulang

Ingin ucapkan juga Maaf Zahir dan Batin. :)
Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada Denaihati & Keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
aku pun sedang mencari template yang sesuai.
dah berpuluh² template tengok, tapi masih tidak ada yang berkenan.
ada berkenan satu, tp warna hitam pula.
igt nk cari warna cerah sikit. :)
nnt spe² da cadangan leh la bg gak ek. :)
sebenarnya ada satu cadangan untuk owner ni.
bagi pandangan aku yang membaca dan mengomen di blog ini, kehadiran nuffnang di sebelah kiri ini agak sedikit menggangu.
sebab iklan nuff ni agak besar berbanding ruang yang ada disebelah kiri.
kalau disebelah kanan macam adverlets tu tak de hal.
dan rasanya lagi bagus kalau letak nuffang disebelah kanan tu.
sebab adverlets......
ada cerita yang kurang menarik pasal adverlets.
dan aku pun sudah terkena.
rasanya lebih baik dapatkan status gliteri utk nuffng dan letakkan disebelah kanan menggantikan adverlets.
.
sekadar cadangan. :)

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP