Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 21, 2009

Kemalangan Jalanraya TIDAK berbau

Dalam sibuk kita menyambut Aidil Fitri, ziarah menziarahi jangan sesekali kita lupa keselamatan ketika memandu. Pastikan kita membaca doa kenderaan dan jika ingin berjalan jauh usahakan solat sunat Musafir, insyallah perjalanan kita akan dipelihara oleh Allah swt.

Jadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar :




1. Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini. “Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit. “Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan. - Utusan



2. Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini.  Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya. Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan. - Utusan

TERINGAT AKU KEPADA 2 ORANG ARWAH ABANG IPAR YANG MENINGGAL KEMALANGAN SELANG 40 HARI. PERISTIWA SEDIH INI MENYEBABKAN MAK MERTUA TIDAK STABIL SELAMA LEBIH KURANG 4 TAHUN. SEMUGA ARWAH DI TEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN. UNTUK KITA YANG MASIH HIDUP TOLONGLAH BERSABAR DI ATAS JALANRAYA DAN SENTIASA BERDOA SEMUGA KITA DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT. 

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Salam Aidilfitri, dan Maaf Zahir Batin Sekali Lagi.

Semoga Roh Arwah Abang Ipar Bro dicucuri Rahmat

Semoga Mereka yang telah pergi dahulu daripada kita dicucuri rahmat juga.

Al-Fatihah
2 replies · active 821 weeks ago
Al Fatihah juga kp arwah abang ipar sdr Denaihati. Kehilangan orang yg tersayang sememangnya suatu dugaan yg teramat berat. Namun kehilangan itu juga sebenarnya menjadikan kita lebih matang dan kuat ...
Rizal, tahniah jadi penGOMEL pertama. Semuga roh mereka ditempatkan bersama mereke yg beriman. Alam kubur ini TOL pertama kita ke akhirat kalau lepas maka lepas lah semuanya tapi kalau tidak susahlah keseluruhannya dan ianya abadi no U turn.
AlFatihah! Ya Allah ... malang tidak berbau tp kita sepatutnya berhati2 di jalan raya. Semoga kita terpelihara drp terlibat ngan kemanlangan seperti ini ...
3 replies · active 821 weeks ago
Orang Malaysia khas Melayu ni ego, sombong dan tidak sabar di atas jalan raya. Saban tahun apabila cuti perayaan yang ramai terlibat dengan kemalangan majoriti Melayu ...kenapa???? Orang cina dan india tak balik kampung ke?? Tak juga kan!!!
Haku sebenarnya bangga dilahirkan Melayu. Tapi itulah, makin banyak difikir2kan, makin banyak lak mende negatif yg haku jumpa tentang org kita nih. Malas ... kuat meminta2 ... sehingga ada lak frasa - janji Melayu! Kenapa gitu eh? Sedihhhh ...
Bukan semua Melayu MUDAH lupa. Melayu yang ALLAH uji dengan keAmanan, Kekayaan, kereta LAJU dan kuasa membuatkan MELAYU ramai yg lupa dan kufur nikmat dan semakin JAUH daripada ALLAH. selangkah kita jauh dari ALLAH 100 langkah ALLAH jauh dari kita ....semuga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut
Diharapkan semua beraya di dalam keadaan sihat dan selamat.

Berhati-hati memandu apabila pulang untuk bekerja nanti.
makin truk org2 kita skrg ni
aku yang balik dengan moto pun takut rasa.
ye la, besar mana sangat moto berbanding kenderaan lain.

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP