Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label aidil fitri. Show all posts
Showing posts with label aidil fitri. Show all posts

Sep 29, 2009

Emosi Aidil Fitri


Bila Aidil Fitri yang putus jari dan buta mata anak-anak Melayu kerana bermain MERCUN. Bila Tahun Baru Cina dan Depavali kenapa tak ada pulak anak-anak Cina dan India putus jari dan buta mata. Adakah kerana orang Melayu ni miskin jadi beli Mercun murah so nak jadi power anak-anak Melayu modify supaya boleh meletup kuat?

Bila Aidil Fitri yang jadi korban kemalangan jalanraya orang Melayu. Orang Cina dan India pun balik kampung tapi kenapa kurang sangat yang terlibat dengan kemalangan ngeri jalanraya. Yang paling malang bila cuti Tahun Baru Cina dan India yang terkorban juga orang Melayu.

Aku rasa orang Melayu ni ramai yang sombong, EGO, tak sabar, tiada tolak ansur dan pantang tercabar terutama di atas jalanraya. Sifat kita mudah sangat berubah apabila berada di atas jalanraya. Orang Melayu adalah umat Islam yang hanya dibibir tapi tidak lansung di hati. Kita jadi umat yang kufur nikmat apabila Allah anugerahkan dengan kesenangan, keamanan, rezeki melimpah ruah, kereta yang cantik dan laju dan sebagainya. Dengan semua anugerah yang Allah beri ni kita jadi sombong dan EGO sehingga kita lupa pada ALLAH yang memberi. Kita rasa kita lah yang hebat, kereta kita lah yang hebat.

Jangan kita salahkan orang lain dan janganlah kita salahkan pemerintah. Marilah kita betulkan diri sendiri. Jika semua betulkan diri sendiri insyallah masalah kemalangan ngeri jalanraya akan dapat dikurangkan atau mungkin dapat dihapuskan.

Itu pendapat aku mungkin ramai yang tak setuju .... tak gitu!!! Apalah silapnya dengan orang Melayu ni??

Iklan : Cubalah keberkesanan MINYAK DARA HABBATUS SAUDA kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya sila klik @ PESANAN dan kepada yang nak jadi agen klik @ Rakan Usahawan SaudaCare atau sms dengan menaip ANSAR INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 25, 2009

Hikayat Dodol Melaka


Maaflah pada teman-teman kerana belum sempat balas komen-komen bernas. Masih dalam mood berhari raya dan masih lagi travel dari satu destinasi ke satu destinasi menziarahi sanak saudara yang sudah 2 kali Aidil Fitri tidak diziarahi.

Kali ni aku nak cerita pengalaman bisnis Dodol Melaka. Beberapa tahun yang lepas teman aku dapat tapak bisnis Ramadhan di jalan Tuanku Abd Rahman. Pada mulanya dia jual tudung tetapi kurang mendapat sambutan jadi aku syorkan dia jual bermacam jenis Dodol Melaka. Oleh kerana dia tak ada modal maka aku bersetuju untuk keluarkan modal permulaan. Perjanjiannya dia mesti bayar untuk next order.

Aku order Dodol Melaka daripada abang Arif di Merlimau, Melaka yang aku kenal sejak beberapa tahun yang lepas. Aku kenal abang Arif ketika dapat kontrak membekal makanan untuk Majlis Rumah Terbuka PM ke 4 di Sri Perdana, Putrajaya. Aku order berbagai jenis packaging dodol dari yang kiub, pack 1/2kg dan 1kg. Hasilnya gerai member aku ni unik sebab hanya menjual Dodol dengan berbagai packaging dan saiz. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan jualannya pun bagus. Pernah juga aku sendiri pergi ke Merlimau untuk mengambil bekalan Dodol kerana abang Arif kesuntukan masa untuk menghantar.

Aku hanya ambil komisen sikit sahaja sebab nak tolong member. Aku kira-kira insyallah aku akan dapat komisen lebih kurang RM2,500.00. Best juga tu bolehlah tambah duit persediaan hari raya. 2 hari sebelum Aidil Fitri aku melawat teman aku dengan harapan aku boleh dapat last payment yang merupakan komisen aku. Teman aku cakap insyallah besok dia akan bank in ke akaun MBB aku.

Yang sedihnya setelah beberapa kali Aidil Fitri duit yang dijanjikan oleh teman aku tu masih tak masuk-masuk akaun MBB aku lagi. Entah dah berapa puluh kali aku Call teman aku lansung tak berjawab dan sehingga hari ini aku tak pernah berjumpa dan bercakap dengan teman aku tu. Mungkin dia dah jadi JUTAWAN agaknya tapi yang pasti aku alhamdulillah masih belum MISKIN lagi ... emmmm rezeki dari Allah kan. Aku ingat janji Allah dalam Al-Quran rezeki kita tidak akan lebih atau kurang walaupun satu yang penting kita usaha sungguh-sungguh, doa dan tawakal.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 22, 2009

Hikayat Biskut Raya


Kisah biskut Raya ni mengingatkan aku kisah 5 tahun lalu. Ketika itu aku baru nak belajar berniaga jadi aku dan adik aku cuba-cuba jual kuih raya. Sebulan sebelum puasa kami buat promosi habis-habisan. Alhamdulillah adik aku dapat order daripada kawan sekolah dia lebih kurang 1,000 balang cookies. Aku pulak dapat order daripada kawan baik aku seorang Chef di Nilai.

Kawan aku yang Chef ni rupanya dapat order daripada kawan dia yang kerja pramugara. Kami berjumpa beberapa kali untuk finalise kan order. Aku dapat order lebih kurang 500 balang cookies. Katanya biskut ni akan dihantar ke Kuching. Aku minta deposit 50%, Alhamdulillah dapat.

Semua urusan berjalan lancar. Kami sewa lori untuk angkut biskut ke Nilai. Aku dan adik aku sendiri yang turunkan 500 balang biskut ke dalam stor yang disediakan di Nilai sebelum dihantar ke Kuching. Berpeluhlah ketiak nak memunggah semuanya, member Chef dan kawannya duduk kat tepi tengok je. Setelah beberapa jam semua selesai dan aku serahkan 500 balang biskut kepada pembeli dalam keadaan yang sempurna dan teratur.

Seminggu lepas raya aku dapat berita sedih daripada member Chef aku. Katanya kawan dia tu tak nak bayar baki 50% kerana kuih yang dikirimkan ke Kuching semuanya hancur. Aku cakap pada kawan Chef aku ITU TAK ADIL sebab tugas aku hantar sampai Nilai dah selesai dan sempurna tak ada kerosakan.  Proses penghantaran ke Kuching diluar perbincangan. Aku minta kawan Chef aku bayar sebab bisnis ni antara aku dengan dia tapi DIA tak ada duit. Setelah 5 tahun aku masih tak dapat lagi baki bayaran 50%.

Nak jadi lagi sedih kawan adik aku yang order 1000 balang biskut cancel order 3 hari sebelum raya, dah la tu adik aku tak minta seRinggit pun deposit sebab terlalu percaya kat kawan dia. Maka penuhlah biskut kat rumah, kami cuba jual malam raya tapi tak habis juga. Lepas raya toke yang buat kuih minta duit tapi adik aku tak dapat bagi. Dia ugut nak colek anak adik aku kalau tak bayar. Kisah sedih ni berpanjangan untuk beberapa bulan sehingga report mereport polis.

Banyak sungguh kami belajar daripada pengalaman ini. Nilah nasib berniaga dengan orang Melayu kot!!!

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Read more...

Sep 21, 2009

Kemalangan Jalanraya TIDAK berbau

Dalam sibuk kita menyambut Aidil Fitri, ziarah menziarahi jangan sesekali kita lupa keselamatan ketika memandu. Pastikan kita membaca doa kenderaan dan jika ingin berjalan jauh usahakan solat sunat Musafir, insyallah perjalanan kita akan dipelihara oleh Allah swt.

Jadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar :




1. Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini. “Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit. “Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan. - Utusan



2. Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini.  Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya. Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan. - Utusan

TERINGAT AKU KEPADA 2 ORANG ARWAH ABANG IPAR YANG MENINGGAL KEMALANGAN SELANG 40 HARI. PERISTIWA SEDIH INI MENYEBABKAN MAK MERTUA TIDAK STABIL SELAMA LEBIH KURANG 4 TAHUN. SEMUGA ARWAH DI TEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN. UNTUK KITA YANG MASIH HIDUP TOLONGLAH BERSABAR DI ATAS JALANRAYA DAN SENTIASA BERDOA SEMUGA KITA DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT. 

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP