Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 8, 2009

Kemana arah tuju MELAYU part 2 ...


Semalam sebuah akhbar melaporkan dua kejadian. Kejadian pertama seorang menantu menumbuk ibu mertuanya di bazar Ramadhan yang menuntut hutang RM200 dan kejadian kedua seorang biras terpaksa menerima 12 jahitan kerana dipukul oleh birasnya yang berhutang RM500.

Aku teringat kisah 3 tahun lepas, seorang teman aku boleh dikatakan setiap pagi dah tercegat depan pagar rumah aku. Apabila pertemu macam-macam hal yang kami bincangkan dari soal bisnis hinggalah politik. Setelah beberapa minggu berulang-alik ke rumah aku akhirnya dia meluahkan hasratnya untuk meminjam duit untuk projek di MINDEF. Katanya 2-3 bulan dia akan dapat semula payment. Aku tahu kalau keluar je duit ni tak tahu zaman bila dapat semula tapi demi nak menyokong usahawan Melayu maka aku pun bagi juga pinjam duit sebanyak RMxx,xxx.00.

Setelah dia dapat duit yang dihajatkan muka dia pun tak nampak. Sehingga sekarang aku tak tahu apa cerita dengan projek MINDEF. Telefon pun dah tak dapat dihubungi. Rupanya nilai persahabat aku dengan teman aku tu hanya RMxx,xxx.00 je. Aku juga kehilangan seorang teman yang lain hanya kerana dia bawa lari keutungan jual dodol di Jalan Tunku Abd Rahman bernilai RM2,500. Sehingga sekarang tak dapat dikesan. Tak kan lah begitu murah nilai persahabatan. Aku dah lama halalkan semua duit yang kawan-kawan pinjam dan tak bayar balik. Kalau dapat semula tu ibarat dapat bonus.

Majoriti Melayu memang senang nak meminjam baik pinjaman pelajaran, pinjaman perniagaan sehinggalah pinjaman peribadi tapi MAHA susah nak bayar balik walaupun mereka berduit dan akibatnya mereka menyusahkan orang Melayu lain yang jujur. Bagi manusia yang tidak suka bayar hutang walaupun 10 sen ada janji seksa daripada Allah swt.

BERMINAT NAK MENJADI RAKAN USAHAWAN SAUDACARE, JADILAH YANG PERTAMA SEBELUM YANG LAIN @ ONE MALAYSIA BLOGSHOPS atau SMS : Taip ANSAR jarak INFO hantar ke 36553 

~Terima Kasih~
Khalifah Fedi - Tuan Uruchimaru

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
melayu mudah lupa !!!
kalau dah pinjambanyak-banyak tu macam tulah biasanya berlaku.. kalau dulu-dulu tu dah dikira "hamba berhutang" dah tu..
Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut! Susah kan org yg jenis menanam tebu di bibir ni ... bila nak sesuatu bukan main manis. Bila dah dapat ...?
betul la, aku ada member baik, aku bg hutang rm50, sampai skrg pun x nampak btg idong dia... YM pun dia invisible... padahal apa la sgt nilai rm50 tu berbanding persahabatan... aku takde pun nk tuntut...
beselah kawan, ada yg suka kawan makan kawan
Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta) (Aali-'Imraan: 74)
yer, kadang2, kita sebagai kawan

kita pun boleh faham kalau kawan kita mempunyai masalah untuk membayar semula.

tapi dalam masa yang sama, si penghutang pun janganlah ambil kesempatan mengelak atau beri alasan yang melalut. :)
Bro, bercakap tentang kawan hang yang setiap pagi tercegat depan pintu pagar.

Teringatlah pulak trend sekarang.

Ni tak dak kena mengena fasal hutang

Tentang budaya rakaian sosial atas talian.

Kelakar, ramai member2 lama yang nak tambah bila perasan ada di FB atau Friendster atau yang seangkatannya. Siap kawan2 yang lain pun cadangkan juga. Dah tambah, tak per laa senyap. Lepas tuuu alih-alih msg masuk, melalui tweet ka apa, terus jaja nak jual barang.

Aiyaaaa... dah habis ke sopan santun berkawan, tanya khabar dulu walaupun nak berniaga. Tak pernah msg tanya khabar sekali hantar msg jual barang seolah-olah kita ni orang luar tak pernah berkawan.

Rasanya orang sekarang macam dah lupa bila bersosial untuk berinteraksi mudah-mudah mcm..

"Ko apa khabar sekarang? Famili sihat ker?"

Benda-benda mudah yang orang dahulu banyak buat (yang aku rasa bagus laa nilai-nilai dulu itu)

Banyak yang memula-mula "aku tension hari ni.." lebih kepada sikap keakuan di dalam hubungan sosial.. Aku tujukan jugak kat aku ni (hehehehe)

Opss bro.. lupa pulak

Bro sihat? Keluarga apa khabar? (apa kata kita jadikan budaya di dalam mengomen selepas ucap salam.. bagus jugak kan)

:D
1 reply · active 821 weeks ago
Betul tu kita kena mulakan budaya yang positif mungkin tak semua ikut tapi sebahagian pun ok ... tak gitu

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP