Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 7, 2009

Kemana arah tuju MELAYU part 1 ...



Sebuah akhbar melapurkan tentang kegiatan gadis Melayu yang besedia menjual "tubuhbadan" mereka untuk mendapat dan mengecapi kehidupan mewah. Kebanyakan mereka berusia antara 16-18 tahun dan masih bersekolah. Modus operandi mereka ialah dengan memikat golongan yang dilihat mewah dan berpendapatan tinggi. Sambil berpakaian seksi, mereka akan memikat atau pun akan dipikat oleh golongan yang di panggil SugarDaddy.

Kisah gadis Melayu yang berani dah SugarDaddy bukan baru malah sejak aku di IPTS akhir 80an sudah ada. Gadis Melayu ketagih dengan kemewahan manakala SugarDaddy ketagih gadis-gadis berGETAH. Dizaman dimana pencapaian matereliastik menjadi "Tuhan" baru bagi generasi muda, apa yang mereka kejar hanyalah kehidupan mewah, ingin memiliki handphone yang ranggi, bermobil mewah, berpakaian jenama mahal dan minum sembang di Starbuck dan lain-lain kafe yang tidak mampu disediakan oleh ibubapa.

Ada yang pulang ke kampung bertudung liput tetapi bila kembali ke kampus jadi seksi meksi. Gadis kampung yang lebih bandar daripada gadis bandar. Setiap hujung minggu berpeleseran di kelab-kelab hiburan terutama malam yang digelar "lady's nite".

Gitulah PEMUDI harapan bangsa .... tak ada ke yang nak jadikan aku sugarDaddy ...harta tak seberapa, kereta kecik je, handsome pun tak tapi manis ada (pinjam kata-kata P.Ramlee) ...HA HA HA.... kauorang ada cerita menarik ke nak kongsi!!!

BERMINAT NAK MENJADI RAKAN USAHAWAN SAUDACARE, JADILAH YANG PERTAMA SEBELUM YANG LAIN @ ONE MALAYSIA BLOGSHOPS atau SMS : Taip ANSAR <> INFO hantar ke 36553 

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (15)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Urgh~

ni yg sellau jadik~

tak tau nak kata takde agama ke tak, tapi mungkin kesedaran diri sendiri tu~
Hmmm... ini gak lah di antara yg menjadi tanda tanya di benakku. Haku cuba utk mendapatkan kepastian ngan survey kat blog haku tp setakat ini baru 7 yg respon. aihhh ...
1 reply · active 813 weeks ago
nafsu menguasai pemikiran
ini terjadi sbb pendidikan kita pendidikan sekular
agama diajar setakat utk solat, zakat, haji tp x diterapkan utk kehidupan

Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah
bukan mereka tak tahu tapi tak amalkan
artis2 perempuan Islam di malaysia bukan tak tahu menutup aurat itu wajib tapi taknak amalkan ...

ahli2 korporat yg rasuah bukan tak tahu rasuah itu haram tapi mereka tetap ambilnya..

ahli2 politik beragama islam bukan tak tahu mesti mendaulatkan islam tapi mereka tak buat all-out utk naikkan islam ...

:)
1 reply · active 813 weeks ago
Islam di Malaysia Islam keturunan jadi ramai yg tak dapat menilai betapa berharganya lahir sebagai seorang Islam ....ramai kita lebih fikir dunia, harta, kuasa dan keseronokan dunia daripada fikir tentang iman, amal dan akhirat
mengejar kemewahan duniaaaa
bdk2 skrg dh makin bangang
1 reply · active 812 weeks ago
hehe.. bangang? ntah lah

tapi kalau depa jadi bangang tuuu tak boleh salahkan depa semata-mata. Persekitaran dan cara hidup masyarakat masa kini pun turut sumbangkan kepada semua itu. :)
akhirnya tanggungjawab/didikan ibu bapa dan tanggungjawab kerajaan dalam menangani permasalahan ini dipersoalkan.Adakah anak-anak kita dididik dengan cara hidup Islam@cara hidup beragama/berakhlak?Adakah sistem pendidikan kita mengutamakan soal pembentukan akhlak generasi akan datang?Adakah media elektronik dan media cetak memainkan peranan yang betul dalam pembentukan akhlak muda-mudi?Adakah penganjuran aktiviti dan program tertentu dalam negara sesuai dengan keperluan pembentukan generasi yang berakhlak?Kekadang kita terpaksa menerima kenyataan walaupun menghempap atas kepala kita sendiri.Walaupun kes-kes tertentu adalah masalah peribadi tetapi ini semua adalah pengaruh gaya hidup mewah,bebas,berfoya-foya dan meminggirkan soal agama dan akhlak.Allahuaqlam.
1 reply · active 812 weeks ago
Salam Cikgu,

Gaya hidup sekrang yang lebih menekankan kebendaan dan individual dari hidup berbudaya masyarakat antara salah satu punca nya cikgu.

p/s : saya datang sekolah hari ni cikgu :)
Bukan semua pemudi bangsa bersuamikan SugarDaddy <3
dh la pompuan2 skang suma bdn genit2..mantap

T___T

masyaAllah....
Gadis kampung di bandar yang lebih bandarnya - Setuju.

Bandar Kuala Lumpur Bukit Bintang yang araknya lebih dari arak bandar maju - Setuju.

Begitu sinonim. hehe.

Tang gadis kampung, bukan gadis kampung aja, tapi boleh rujuk juga kepada penduduk dari luar bandar di bandar yang lebih dari penduduk bandarnya. :)
Mana arah tuju melayu?Mana arah tuju melayu?

Melayu sekarang makin lesu,

Terlalu sibuk dengan hiburan, pesta, rempit jalanan, bergossip...

Terlalu kurang yang memenuhi minda2 mereka dengan penambahbaikan ilmu, memperbaiki ekonomi dan perkara-perkara yang baik.

Melayu terlalu banyak berhibur sekarang ni.

Kedua nya, Melayu terlalu suka MELATAH - penyakit bahaya ni. hehe.

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP