Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Oct 12, 2009

Infak : Yakinkah kita dengan janji ALLAH swt.



"Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyirami, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" Al-Baqarah : 265.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui" Al-Baqarah : 261.

"Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan." Al-Baqarah : 245.

"Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, "Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan." Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." Al-Baqarah : 215.

Pernahkah teman-teman berpengalaman membayar zakat, infak atau sedekah sejumlah duit kemudian mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka berkali ganda. Aku pernah melaluinya rasanya sungguh ajaib tetapi itulah JANJI ALLAH yang telah banyak diulang dalam Al Quran. Kita membantu mereka yang memerluka insyallah mereka yang kita bantu tidak akan menolong kita tetapi ALLAH pasti bantu kita. Contohnya Rakyat Malaysia antara yang paling pemurah dan suka membantu siapa sahaja di dunia yang mengalami kesusahan. Hasilnya ALLAH limpahkan rezeki yang berlimpah ruah kepada Malaysia sehingga boleh dikongsikan dengan berjuta pekerja asing. Biar pun sebahagian kecil Rakyat Indonesia mengutuk Malaysia usaha baik mesti diteruskan kerana kita bukan ingin dipuji Manusia tetapi kita ingin dilihat baik di sisi ALLAH swt.

Kepada yang sudi meminjamkan sedikit rezeki dari Allah untuk Allah adalah sangat-sangat dialu-alukan :

1. Sumbangan Membina Sekolah Menengah Ghufran akaun MBB 551191102792 (Sekolah Rendah Agama Ghufran). Pembinaan bermula pada 15/8/09
2. Sumbangan terus Mangsa Gempa Padang, Sumatera kepada Bapak Handriansyah akaun Bank Mandiri 1260005102545. Bapak Hanriansyah adalah sukarelawan yang menguruskan mangsa gempa (rumah ibu mertuanya juga hancur terkena gempa) lawat blog Wahana Muda atau boleh memberi sumbangan melalui tabung yang kami uruskan akaun MBB 562384105144 (Pn Arbainon).

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (31)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Memang betul. Jika kita ikhlas dan tidak kedekut utk membelanjakan sedikit wang kita kerana Allah, InsyaAllah balasan nya berlipat kali ganda.
6 replies · active 805 weeks ago
Come to think of it, sumer ni tidak semestinya harta fizikal kan? Maksudnya, kita juga boleh sedekahkan ilmu yg kita ada, dgn ikhlas mengajar org lain tanpa meminta bayaran ... atau apa jua jenis pertolongan yg mampu kita hulur kp org lain (selain drp kewangan), semua itu bakal membuahkan hasil yg lebih lumayan bagi kita. InsyaAllah!
9 replies · active 805 weeks ago
Infak~
Kalau dulu di Universiti dalam persatuan selalu buat camni~
=)
1 reply · active 808 weeks ago
betul tu, sbg contoh, bila kita menderma..bila kita menderma, duit kita xkn abis, malah makin bertambah sbb tuhan dh janji, sape yg derma, rezekinya akan bertambah..
Betul, menderma secara ikhlas memang boleh mendapat kebaikannya. Sedekat dah juga membayar zakat (harta @ pendapatan) memang bagus sebab ramai yang melakukannya merasakan nikmat dan duit itu tidak putus.

Ilmu yang diperturunkan kan pun bagus juga. : )
2 replies · active 807 weeks ago
yea betul bila menderma dengan ikhlas nie kadang-kadang dengan secepat kilat Allah balas balik.. Subhanallah
alhamdulillah.. aku pernah mengalaminya dan ianya berlaku dalam hari yg sama juga.. maka benarlah janji Allah.. what you give, you can it back.. cuma kita tak tahu dlm bentuk apa dan bagaimana ianya diperolehi..
Kesedaran perlu ada sebab selalunya kita alpa atau kita lupa, dalam banyak2 harta kita ada hak org lain jugak sebahagian drpnya ...
salam sahabat...teman sudah lama tidak dapat melawat blog ini kerana seolah-olah ada yang menghalang apabila setiap kali klik, akan berlaku error yang memaksa untuk menutup window.kali ini nampaknya selamat pulak.agaknya sahabat sudah merajuk sebb tu dah lama tak ke blog teman.hehe...
1 reply · active 806 weeks ago
bukan sahaja Allah melipat gandakan pahala dan rezeki, malah Allah juga akan tetap memelihara dan melindungi harta orang yang suka bersedekah.

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP