Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label infaq. Show all posts
Showing posts with label infaq. Show all posts

Nov 13, 2009

Sedekah itu Perisai Api Neraka

1. Orang yang suka bersedekah itu akan diberkati Allah swt rezekinya, dipanjangkan usianya, disihatkan tubuh badannya, dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya.
2. Kebaikan sedekah di dunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati dan berkat rezekinya.
3. Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaanya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga, juga sebaliknya.
4. Sedekah itu adalah perisai daripada api neraka (Ceramah Tuan Guru).


Sempena hari Jumaat, Penghulu segala hari :

1. Kepada teman-teman yang berniat untuk menyumbang untuk SAHAM AKHIRAT sila KLIK link http://bit.ly/2UCOPI. Setiap KLIK anda hari ini (12.00am - 11.59pm) bernilai RM0.30 akan didermakan kepada Tabung Pembinaan Sekolah Agama Ghufran.

2. Kepada teman-teman yang berhasrat hendak berKORBAN untuk Sambutan Aidil Adha yang akan laksanakan di Padang, Sumatera sila tinggalkan pesanan @ contact atau hantarkan massage ke twitter @ denaihati. (1 bahagian bernilai RM430).

3.  Boleh juga membuat tempahan KORBAN secara online @ http://www.ezqurban.org/

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Read more...

Oct 12, 2009

Infak : Yakinkah kita dengan janji ALLAH swt.



"Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyirami, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" Al-Baqarah : 265.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui" Al-Baqarah : 261.

"Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan." Al-Baqarah : 245.

"Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, "Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan." Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." Al-Baqarah : 215.

Pernahkah teman-teman berpengalaman membayar zakat, infak atau sedekah sejumlah duit kemudian mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka berkali ganda. Aku pernah melaluinya rasanya sungguh ajaib tetapi itulah JANJI ALLAH yang telah banyak diulang dalam Al Quran. Kita membantu mereka yang memerluka insyallah mereka yang kita bantu tidak akan menolong kita tetapi ALLAH pasti bantu kita. Contohnya Rakyat Malaysia antara yang paling pemurah dan suka membantu siapa sahaja di dunia yang mengalami kesusahan. Hasilnya ALLAH limpahkan rezeki yang berlimpah ruah kepada Malaysia sehingga boleh dikongsikan dengan berjuta pekerja asing. Biar pun sebahagian kecil Rakyat Indonesia mengutuk Malaysia usaha baik mesti diteruskan kerana kita bukan ingin dipuji Manusia tetapi kita ingin dilihat baik di sisi ALLAH swt.

Kepada yang sudi meminjamkan sedikit rezeki dari Allah untuk Allah adalah sangat-sangat dialu-alukan :

1. Sumbangan Membina Sekolah Menengah Ghufran akaun MBB 551191102792 (Sekolah Rendah Agama Ghufran). Pembinaan bermula pada 15/8/09
2. Sumbangan terus Mangsa Gempa Padang, Sumatera kepada Bapak Handriansyah akaun Bank Mandiri 1260005102545. Bapak Hanriansyah adalah sukarelawan yang menguruskan mangsa gempa (rumah ibu mertuanya juga hancur terkena gempa) lawat blog Wahana Muda atau boleh memberi sumbangan melalui tabung yang kami uruskan akaun MBB 562384105144 (Pn Arbainon).

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 11, 2009

Infaq Untuk Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran : Terima Kasih



Baki duit terkumpul daripada tajaan Al Ansar Properties sebanyak RM44.40 telah diinfaqkan ke projek pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran. Semuga semua yang menyumbang walaupun satu idea yang bernilai RM0.20 akan mendapat ganjaran di akhirat kelak dan dimurahkan rezeki di dunia.

Firman Allah swt surah Al Baqarah ayat 261 : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui."

Kepada teman-teman yang berniat untuk menambah pelaburan akhirat di 10 hari terakhir Ramadhan ni bolehlah infaq kepada projek Pembinaan Sekolah Agama Ghufran. Detail ada di sidebar blog ni. Janji Allah swt untuk melipatkali gandakan ganjaran untuk setiap infaq dan sedekah adalah benar dan bagi mereka yang sudah menikmati pasti tidak akan berhenti untuk bersedekah dan infaq.

Berita gembira Al Ansar Properties (Projek Garden Villa, Klang) dan One Malaysia Blogshops (Direktori Blogshop Malaysia) akan menyambung tajaan RM0.20 untuk setiap komen untuk bulan September dengan syarat-syarat yang sama ... selamat mencari Lailatul Qadar untuk semua.

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP