Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Nov 7, 2009

Piala Malaysia : Kelantan Vs Negeri Sembilan

Demam Piala Malaysia sedang melanda Kelantan dan Negeri Sembilan. Diberitakan semalam 85,000 tiket telah habis dijual dan ada yang marah-marah kerana tak dapat membeli tiket untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Skuad Wira Merah telah menunggu selama 40 tahun manakala Skuad Hoben Jang Hoben telah menunggu selama 61 tahun untuk menjejaki kaki ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia.



Aku sebenarnya dah  bertahun-tahun tak mengikuti sangat perkembangan Bola Sepak Malaysia yang sering diselubungi macam-macam kontroversi. Prestasi Bola Sepak Malaysia pun setakat itu sahaja tak ada peningkatan berbanding negara-negara jiran. Maaflah kalau aku katakan bahawa aku lebih mengenali team favorite aku ARSENAL lebih daripada perkembangan Bola Sepak Malaysia. Aku mengenali hampir semua pemain ARSENAL termasuk pemain gantiannya dan pemain yang sudah berpindah ke kelab-kelab besar lain.

Aku bukan sahaja tertarik dengan cara Fabregas, Gallas, Van Persie, Walcott, Nasri, Ashavin bermain tetapi yang paling aku angkat tabik adalah cara Pengurusnya, Arsene Wenger menguruskan ARSENAL. Sebagai seorang usahawan banyak strategi yang boleh aku pelajari daripada Arsene Wenger. Arsene Wenger tidak mengenepikan untuk memburu Kejuaraan tetapi lebih mementingkan Keuntungan kepada syarikat yang diuruskannya. Arsene Wenger pandai mencari pemain muda berkemahiran tinggi dengan harga yang murah dan berani menjualnya ketika pemain di Top Form dengan harga yang mahal seperti Adebayor, Toure, A. Cole dan Thierry Henry.

Kembali kepada cerita Bola Sepak Piala Malaysia. Tepat jam 8.45 pm pasti majoriti mata peminat bola sepak yang tidak ke Stadium Nasional, Bukit Jalil akan terpaku di depan TV menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Semuga penyokong Kelantan yang terkenal dengan Panas Barannya dapat mengawal perasaan samada Menang atau Tewas kelak. Jadi pada tekaan teman-teman SIAPA JUARA?? Aku pilih Kelantan 3-2.

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (25)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hahaha.. aku pun tak layan bola sepak malaysia ni.. tp klau skuad negara lawan ngan mana2 skuad luar malaysia, aku layan juga..

neway.. die hard fan arsenal nmpak :)
5 replies · active 804 weeks ago
Wahh ... congrats jadi first commentator. Ko lagik ek!! Bola malam ni ... mestilah Kelantan menang, kan!
hahaha.. N9 yg menang sbb N9 kan ada player kebangsaan plus skuad pelapis. hahaha :)
Kot ya pun tak kanlah kalah teruk sampai macam tu sekali. Kesian!! Kesian ... penat je main!! Takpe, dapat pengalaman!

--- On Sat, 11/7/09, IntenseDebate Notifications <notifications@intensedebatemail.com> wrote:

terlalu tinggi harapan yg diberi kepada pemain Kelantan sehingga mereka tak terbawa tu yg main tak tentu hala diawal permainan. Bila dah kena sebiji jadi lagi panik maka n9 kawal game.
Adat bermain memanglah ada kalah ada menang! Asal saja yg menang tidak terlalu angkuh dan yg kalah tidak terlalu kecewa ...

--- On Sat, 11/7/09, IntenseDebate Notifications <notifications@intensedebatemail.com> wrote:
huhu..aku still layan bola sepak malaysia nie..still kenal ngn player2 malaysia..wpun...pe2pun..aku fan MU..hehe..mlm nie aku rase n9 menang 2-1..
3 replies · active 804 weeks ago
Naper pulak n9 yg menang? Ya ker? Apa2lah, bukannya aku tengok pun .. hih hi hiii!
memang N9 pun yang menang puan precious. hehehe.. lps ni masing2 ler dpt habuan.. tebal poket para player :)
Poket ko? Poket aku? Hih hi hiiii .... poket penonton? Penonton dapat kepuasan? Yang menang mungkin la kot. Pun dapat suara yg lebih garau sebab banyak bersorak ...

--- On Sat, 11/7/09, IntenseDebate Notifications <notifications@intensedebatemail.com> wrote:

kelantan menang..sebab n9 takut bas kena bakar hehehe
4 replies · active 804 weeks ago
ekekekeee ... ko ni nak buat lawak ke hape? Mana boleh main bakar2 bas pulak! Hish!! Eh .. ye ker?
tak best lah sebahagian kecik penyokong Kelantan (bukan semua)...main bakar2 kerusi pulak.
itu la pasal.. nmpak gayanya adalah pasukan yg takde penyokong ni nanti.. manalah tahu kan, penyokong kelantan dah kena banned dr masuk mana2 stadium. huhu..

jom nengok video ni bro http://zonbebas.com/penyokong-kelantan-berpesta-m...
tp akhirnya.. N9 juga yg menang.. huahuahua.. apa2 pun, tak dpt bakar bas, bakar kerusi stadium pun jadilah. huhu..

tgk video di http://zonbebas.com/penyokong-kelantan-berpesta-m...
live sekarang Kelantan vs n9 (0-1)
2 replies · active 804 weeks ago
keputusan akhir N9 (3) - Klate (1).. hehehe.. nmpak gayanya 'ramalan' bro tak mengena.. takpe, cuba lg tahun depan.. sape tahu mengena plak :)
biasalah bro selalu tak menjadi...malam ni layan chelsea vs MU. aku ambik Chelsea 3-2
Uihh .. ada rancangan live kat sini ... hebat!! Tak payah tengok tv lagi. Bukak blog DH jer ...
best ar slm tengok bola .. bkn ape, 1st time tgk ade api membakar kerusi penonton xD
1 reply · active 798 weeks ago
yg aku heran, makin bunyi mercun atau bakar2, lagi la rmai yg sorak2..pelik2
My recent post AKU TAK AKAN TOLONG ORANG TU, SORRY YA
aku gi smlm bukit jalil..ada sekor dua ekor pykong yg cam sial..menggangu btl la nk tgk bola
3 replies · active 798 weeks ago
tulah dikata sebab nila setitik rosak susu sebelangga ... tapi gitulah manusia. semuga Allah bagi hidayah kepadanya insyallah.
betul.. biar terbuka sket minda separa sedar mereka yg suka buat onar tu..
diorg tu, tak makan saman kalau ditegur atau disound..mmg dh perangai cam setan
My recent post AKU TAK AKAN TOLONG ORANG TU, SORRY YA

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP