Yang Terbaik Sepanjang Oktober
Yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah jumlah komen bulan Oktober bertambah dan yang paling penting semakin ramai penGOMEL baru yang meninggalkan jejak di blog DENAIHATI. Jumlah keseluruhan komen adalah 712 yang bernilai RM142.20.
Perjuangan untuk menjadi penGOMEL Pertama juga semakin sengit. Berikut antara yang berjaya menjadi penGOMEL pertama Precious(3), AzharSalleh(1), Eliss(1), Zara(2), Rizal(1), Uruchimaru(1), Sitisifir10(1), Azis(1), Rosse(1), Azizwan(1), Kaklong(1), RatuSalju(1) dan Azuan(1). Pemenangnya tak lain dan tak bukan Puan Precious dan hadiahnya adalah iklan banner selama sebulan di blog DENAIHATI.
3 orang penGOMEL terbanyak pulak jatuh kepada Precious(124) menang RM50 manakala Rizal (116) dan X-PO(116) mempunyai jumlah komen yang sama maka aku campurkan hadiah 2 dan ke 3 dan bahagikan 2 jadi sorang dapat RM25.
4 orang berjaya cash out insentif komen iaitu Precious sebanyak RM24.80, Rizal dan X-PO sebanyak RM23.20 setiap seorang serta Azizwan sebanyak RM14.80. Baki sebanyak RM56.40 akan diinfakkan untuk projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran.
Ucapan tahniah juga kepada Azizwan yang telah menang RM55 kerana menjadi pelawat bertuah yang ke 55,555. Kepada yang tak berjaya tunggukan angka keramat 66,666.
Terima kasih juga kepada blogger hebat yang sudi tinggalkan jejak komen seperti Zul (aku menang contest zul lah), Jejaktrend, Topo, Megat, Kak Jie, Cikgu PJ, Ladyjava, Dilot dan ramai lagi yang tak tersebut. Alhamdulillah juga dengan keywords Mantik Hani (Al Fatihah) blog ini juga bisa dijelajahi beberapa blogger dari Indonesia seperti Anazkia (makaseh mbak). Aku juga bersyukur PageRank (PR) blog DENAIHATI juga dah up ke PR3 setelah sangkut kat PR2 agak lama.
Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang join contest Weblog Popular 1Malaysia. Insyallah dalam beberapa hari lagi keputusan akan diumumkan. Tungguuuuu ....
ratusalju 54p · 803 weeks ago
ratusalju 54p · 803 weeks ago
yangbaik · 803 weeks ago
tapi tak per...hmm.... pas ni kalo singgah jap... mesti tinggal pesan tak gitu?
x-po · 803 weeks ago
x-po · 803 weeks ago
Acik 82p · 803 weeks ago
fathiha zainal · 803 weeks ago
eliss · 803 weeks ago
azizwan(dot)com · 803 weeks ago
p/s: PR blog aku tak pandai nk naik2.. hahaha..
eldy · 803 weeks ago
zuls 63p · 803 weeks ago
@talrasha2007 · 803 weeks ago
dan tahniah juga kepada semua pemenang.
Tahniah juga kepada bro yang akhirnya PR telah pun naik ke PR3. Hehehe.
Ni RnR pun dah naik ke PR3, boleh la mula cuba-cuba masuk meminang PP. hehe