Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Dec 20, 2009

Aku kena Santau

Jangan marah ya saja nak bagi gempak je. Ni nak cerita, dulu aku pernah bisnis kedai makan. Selepas setahun mula timbul macam-macam masalah. Biasalah bila dah ada masalah maka aku akan rujuk kepada Tok Guru (bukan dukun ya dan bukan juga Nik Aziz!!). Tok Guru akan beri beberapa amalan yang mesti dibuat dan insyallah dengan izin Allah boleh membantu selesaikan masalah yang sedang dihadapi. Selalunya aku pasti kena marah sebab buat kerja terbalik sepatutnya minta panduan amalan sebelum mula bisnis bukannya dah ada masalah baru nak pergi jumpa Tok Guru.

Budaya kita orang Melayukan gitu. Bila dah kena SANTAU, bisnis dah jatuh, rumahtangga sudah kacau, anak degil, anak asyik tak lulus periksa, sakit, putus cinta, kerja dah lama tapi tak naik-naik pangkat, buat bisnis asyik rugi je dan macam-macam hal barulah kita kehulu kehilir mencari bantuan. Nasib tak baik sanggup jumpa bomoh siam.

Apa kata mulai tahun baru hijrah 1431 dan 2010 yang kian dekat ini kita azam dalam diri untuk HIJRAH minda dan amalan. Kita sama-sama azam belajar daripada Tok Guru yang terdekat amalan-amalan yang dapat membantu kita untuk terus berjaya dunia dan akhirat.

Berikut adalah amalan-amalan baik yang aku dapat daripada beberapa Tok Guru dari Malaysia dan Indonesia iaitu Solat Fajar, Baca Al-Fatihah sebanyak 21x antara Sunat Subuh dan Solat Subuh, Baca Yassin selepas Solat Subuh, Dzikir asas sebanyak 300x pagi dan 300x petang, Dzikir Khas Pagi, Solat Sunat Isyak, Solat Sunat Dhuha, Dzikir Bismillah sebanyak 786x di waktu siang, Dzikir Khas Petang, Dzikir Ya Allah sebanyak 5,000x selepas Solat Isyak, Banyakkan Solat Sunat Taubat pada bila-bila masa dalam sehari, Solat Sunat Tahjud dan Solat Witir. Jangan lupa niatkan di hati untuk mendapat REDHA ALLAH untuk setiap amalan yang kita buat.

Aku yakin pasti ada banyak lagi amalan lain yang teman-teman boleh kongsikan. Mulakan dengan satu setelah istiqamah maka tambahkan dengan amalan yang lain tanpa meninggalkan yang fardu. Insyallah apabila kita mulakan dengan amal yang baik maka Allah ada bersama kita dalam apa-apa juga aktiviti yang kita lakukan. Seandainya aktiviti itu berakhir dengan kegagalan maka adalah HIKMAH disebalik kegagalan tersebut.

Alhamdulillah aku telah mengamalkan sebahagiannya dan hasilnya memang hebat. Apa yang perlu adalah kesabaran kerana amalan adalah benda GHAIB. Jangan harap buat hari ini besok dapat hasilnya. Hasilnya kita akan kecapi apabila Allah merasai sudah sesuai untuk dikurniakan kepada kita. Kuasa Allah Subhanallah kerana itu Allah berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 yang maksudnya "Hanya pada Engkaulah kami sembah dan Hanya pada Engkaulah kami mohon pertolongan". Mintalah tolong dengan ALLAH jangan sesekali minta tolong dengan selain daripada ALLAH.

Entri adalah khas untuk peringatan diri aku sendiri. Aku berazam utuk terus berHIJRAH diri dan minda dari buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Semuga semangat 'HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" terus subur dalam hidup aku. Semuga Allah perkenankan dan permudahkan segalanya.

Entri lain yang menarik

Islam


Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (70)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Orang yang iri hati je yg suka main santau² ni.. sanggup memusnahkan kehidupan org lain... family aku dulu pernah kena.. :( tp alhamdulillah skrg semua da setle.. :) harap dijauhkan lah.. x sanggup lagi nak idup dlm serba kekacauan.. :(
12 replies · active 796 weeks ago
Memang dalam dunia sekarang macam2 berlaku sihir..
Akhir zaman le katakan..
1 reply · active 796 weeks ago
amalan senang - zikir tiap kali masa drive gi dan balik kerja ...
My recent post Berdosa Tau Duduk Rapat-rapat
1 reply · active 796 weeks ago
ilmu allah...tiada siapa bleh tandingi....
3 replies · active 796 weeks ago
kebiasaannya ilmu santau nih banyak digunakan masyarakat dalam kalangan melayu,indon, jawa..susah nak kata ilmu santau digunakan orang india,cina atau masyarakat barat walaupun mungkin ada tapi sedikit. dan bese jugak dengar yang kene sering dalam kalangan orang2 yang mempunyai bisnis untung sampai orang lain iri hati..so, cara terbaik utk mengelakkan diri kita terkena kpd 'bende' jahat ni, eloklah amalkan pendinding diri secara Islam. moga kita sume dijauhkan dari malapetaka ilmu hitam. Nauzubillah..
My recent post HIDUP BERANI UNTUK GAGAL?
10 replies · active 796 weeks ago
Eh kalau di kalangan orang luar tu mereka panggil amalan vodoo, haa ... lebih kurang sama ngan santau ler tu ...
My recent post Berdosa Tau Duduk Rapat-rapat
6 replies · active 791 weeks ago
Zyma_Saad's avatar

Zyma_Saad · 797 weeks ago

Sila jauhi santau. ianya sgt dimurkai oleh ALLAH s.w.t. Jgn cari penyakit la dgn santau2 nihhhhh. Aiyoooooo!!!

;)
My recent post YB Singgah Alor Setar.
3 replies · active 796 weeks ago
Ckp psal santau ni..
t'ingin nk tgk cite santau..
mcm best la plak..
My recent post New Style 4 New Year
1 reply · active less than 1 minute ago
Dulu aku pun penah bukak kedai makan,tapi x lama,..kes mcm ko la cuma kedai aku x kena ..last2 payah sgt,jual je barang2 sebb x ramai custmer coz dorg takut nk mkn kat kwsn situ.padahal xde ape pun..sje je provok..aduhai..
1 reply · active 796 weeks ago
Insyallah apabila kita istiqamah dengan amalan baik maka kita akan Redha dengan ketentuan Allah swt maka ujian kita boleh lalui dengan tenang dan sabar. Kita akan hanya merasai ujian itu sangat BERAT apabila kita tidak redha atau tidak dapat menerima ujian Allah swt. Sesungguhnya Allah hanya menguji kepada hambayang DIA kasih.
My recent post Aku kena Santau
3 replies · active 796 weeks ago
Salam
Panduan & pedoman yang bagus buat kita semua
terima kasih saudara
sesungguhnya hidup & mati kita kerana Allah
apa jua yang kita terima, kita serah segalanya kepadaNya
Allah jua yang Maha Besar & Maha Berkuasa
My recent post Tidak tutup aurat, kompaun RM500
1 reply · active 796 weeks ago
aku pun pernah kena. tapi aku lebih melihat kepada peringatan dari Allah yang aku sedang alpa.

insya allah pengalaman seperti ini buatkan aku akan lebih dekat kepada-NYA
My recent post Menangani Pasangan Keras Kepala
1 reply · active 796 weeks ago
Setiap yg berlaku memang ada hikmatnya. Kita mesti amik secara positif dan belajar drp apa yg berlaku. Jgn cepat kecewa dan putus asa.
Owh ... link pengomel pertama terhebat sudah berganti ... huhuhuuuuu! Tahniah kp sdr Azizwan. Wah .. memang hebat!
My recent post Tak Basuhpun Tapi Memang Bersih
2 replies · active 796 weeks ago
Salam Bro, terima kasih kerana berkongsi sesuatu dengan Kami semua.

InsyaALLAH, akan diamalkan : )
My recent post Hidup Berani Untuk Gagal
2 replies · active 797 weeks ago
Bro, baru ajer turut serta di dalam peraduan ini.

Kalau ada nak kena tambah tolong maklumkan yer. Merapu-rapu lah pulak rasanya entri tu. Haha.

Jadi Peserta yang ke 115 ke ? Haha
My recent post Hidup Berani Untuk Gagal
1 reply · active 796 weeks ago
salam tuan tanah.
sedih btul dgn kes santau. orang kampung aku pon mati yg dikabarkn disebabkan oleh santau. aku sgt sedih.
pegi la santau makluk sepeti nyamuk dan lalat yang menyampah....
My recent post Exclusive Timepiece
1 reply · active 796 weeks ago
pernah jumpa kes ni, memang sedih tengok orang yang teraniya itu.
Pelik juga kenapa orang kita susah hati tengok kaumnya sendiri hidup senang.
My recent post Di manakah anak anda?
1 reply · active less than 1 minute ago
mungkin ianya ujian buat kita. Yang pasti, kita mesti banyak bersabar.
My recent post Make Money Online with Adoori
1 reply · active 796 weeks ago
Awesome post. I’m a normal visitor of your web site and appreciate you taking the time to maintain the nice site. I’ll be a frequent visitor for a long time.
hotmail.com sign in

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP