Gagal PMR bukan berakhir KEHIDUPAN
Hari ini keputusan PMR akan diumumkan. Laporan Utusan Online memberitakan lebih 28ribu mendapat semua A. Tahniah kepada yang mendapat semua A atau sebahagian A. Adat peperiksaan apabila ada yang cemerlang pasti ada yang tidak cemerlang dan tidak kurang juga ada yang mendapat keputusan diluar jangkaan. Ada yang dijangka dapat bagus tapi keputusannya sangat mengecewakan.
Siapa yang akan bersama pelajar yang GAGAL? Setiap tahun pasti ada berita Pelajar bunuh diri kerana tertekan dengan keputusan PMR yang diperolehi. Sebagai pelajar pasti mereka kecewa dengan KEGAGALAN tetapi siapakah akan bersama mereka untuk melalui masa susah.
Ramai guru-guru dan ibubapa yang kecewa apabila anak didik mereka GAGAL. Guru-guru akan meraikan pelajar yang BERJAYA tanpa ambil kisah kepada pelajar yang GAGAL. Ibubapa pula akan menyalahkan anak yang GAGAL dengan macam-macam kesalahan. GAGAL adalah suatu benda yang terlalu negatif dan memalukan di dalam masyarakat kita. Ibubapa malu kepada keluarga dan jiran-jiran apabila mengetahui anak mereka GAGAL.
Adakah KEGAGALAN PMR bermakna berakhir HIDUP ini? Berapa ramai pelajar yang gagal PMR tetapi berjaya cemerlang dalam SPM dan KEHIDUPAN. Berapa ramai pulak yang berjaya dalam hidup malah jadi jutawan walaupun mereka pernah GAGAL PMR. Kepada yang GAGAL jangan kecewa, KEGAGALAN adalah permulaan kepada KEJAYAAN. Alhamdulillah anda GAGAL awal sekarang kerana ada mereka yang berjaya PMR, SPM, STPM dan UNIVERSITI tapi GAGAL mengurus HIDUP hingga terjerumus dalam kancah dadah dan sebagainya. Kepada ibubapa dan guru-guru, JANGAN sekali pandang negatif kepada anak-anak yang GAGAL. Dekati mereka dan berikan kata semangat untuk mereka terus melalui kehidupan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
@Kepada yang perlu bantuan nak buat duit dengan sponsoredtweet sila tinggalkan msg di twitter atau FB.
@Semakan TAWARAN ke sekolah BERASRAMA penuh @ KPM.
MrBintang 27p · 796 weeks ago
Jika GAGAL dalam PMR.. jadikanlah ia sebagai pengajaran kepada kita.. masih terlalu awal untuk anda (pelajar PMR) yang meletakkan diri kamu sebagai GAGAL.. masa depan kamu semua masih cerah.. yang penting berusaha.. jika anda GAGAL, anda telah berusaha.. bermakna anda GAGAL bermaruah.. usahakan lagi di masa hadapan.. SPM sedang menunggu. hahaha..
Acik 82p · 796 weeks ago
My recent post PMR 55 Straight As
eliss · 796 weeks ago
muda lagi tapi jgn lupa utk bangkit bila menemui kegagalan, mcm aku.muahahaha
My recent post Membawa kereta 110KM/J di jalan jalan persekutuan adalah heaven bila sedang menangis
sha-hir@meng · 796 weeks ago
tp xtnye lg die dpt ape..
My recent post XPO (mohdhafizuddin.com) HILANG!!!
iradinar · 796 weeks ago
Perlu diingat PMR bukan ukuran untuk ke Universiti, cabaran SPM lebih mendebarkan, TEKADkan dari sekarang utuk 2 tahun lagi...Biarpun Hidup Berani Untuk Gagal, Gagal SPM memburukkan masa depan...jangan main2 lg...K...
My recent post Hidup Berani Untuk Gagal Contest
ilhamusafir · 796 weeks ago
My recent post Luahan Rasa...
naz · 796 weeks ago
My recent post Digital wallpaper
Salwa · 796 weeks ago
mak ayah pung kalu anok tak dapat stret A jgn la pi hukum or bandung2 dgn adik beradik lain
kecik la rasa anak tu..
My recent post Saladin The Animated Series – antara bahan pengajaran untuk homeschool
salwa · 796 weeks ago
typo di situ
My recent post Saladin The Animated Series – antara bahan pengajaran untuk homeschool
zie_fauzi 47p · 796 weeks ago
My recent post HIDUP BERANI UNTUK GAGAL hadiah referral
Nad.Cydot · 796 weeks ago
knightblogger · 796 weeks ago
My recent post 5 Tips to attract More loyal readers
Acik 82p · 796 weeks ago
My recent post Belajar Buat Button Bottom to Top
Acik 82p · 796 weeks ago
My recent post PMR 55 Straight As
Zul · 796 weeks ago
kenalah berusaha lagik..
sebab zul pun pernah rasa..
at last...
jadi pengalaman dalam hidup..
silap pilih skolah, kawan dan ajaran cikgu juga main peranan banyak sangt..
My recent post Kelahiran Sebuah Blog
@aminjohar · 796 weeks ago
Hal berkaitan Internet Marketing nak berbisnes internet tak la pula tak perlu PMR @ SPM nih coz budak2x bawah 12 tahun pun boleh buat duit banyak.. hehehe. Pandai2x lah rajin2x membaca.. :-)
My recent post DOMAIN PERCUMA UNTUK SEMUA BLOGGER