Gagal Merancang Untuk Berjaya
Seronok aku baca entri Kak Jie bertajuk Kalender Kuda Tinggal Sekeping yang mengingatkan aku yang kita dah masuk bulan terakhir tahun 2009. Begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam menyambut tahun baru 2009. Tu lah Nabi saw bersabda hidup di dunia ni ibarat berteduh sebentar di bawah pohon untuk perjalanan seterusnya.
Bayangkan sehari di akhirat sama 1000 tahun di dunia jadi kalau kita dah hidup 40 tahun di dunia sama seperti 1 jam hidup di akhirat. Tapi apa yang kita fikir dan usaha sekarang lebih kepada dunia yang hanya beberapa jam sahaja nilainya di akhirat. Beruntunglah kepada mereka yang fikir dan usaha untuk hidup bahagia kekal abadi di akhirat.
Alhamdulillah kebanyakan azam tahun 2009 dah selesai. Jadi tugasan aku sekarang sedang merancang azam tahun 2010. Untuk berjaya dalam hidup MESTI ada perancangan. Ramai di antara kita tidak merancang untuk gagal cuma mereka gagal nak merancang untuk berjaya. Tetapi apabila kita dan rancang kita mesti ada kekuatan untuk melaksanakan apa yang kita rancang ibarat kata orang putih "walk the talk".
Tetapi berapa hebat pun perancangan kita, perancangan Allah lebih hebat sebab itu kita selain berusaha MESTI selalu berdoa dan bertawakal. MESTI mohon doa supaya Allah swt permudahkan urusan dunia dan akhirat sebagaimana Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat Para Rasul, Nabi dan Orang-orang Soleh.
Untuk teman-teman yang belum selesai azam 2009 masih ada 30 hari untuk selesaikan. Jangan GIVE UP teruskan usaha hingga titisan peluh terakhir.
@ Insyallah kalau tiada halangan tunggu besok ada suprise.
Incik RestNrilekS 89p · 800 weeks ago
Selamat Hari Selasa
Aha macam tak percaya. Hehe
My recent post RestNrilekS on Mindless Ramblings
Incik RestNrilekS 89p · 800 weeks ago
Hehe.
Apapun, Incik RnR suka yang ini
"Ramai di antara kita tidak merancang untuk gagal cuma mereka gagal nak merancang untuk berjaya. "
Nak pinjam dan selalu gunakan ya, memang boleh digunakan sebagai motivasi @ bebelan di dalam PnP nanti : )
Kalau dah merancang tapi tak berjaya macam Bro sebut di dalam entri sebelum ni, kena lah REDHA. : )
Thomas Edison pun buat 1000 percubaan baru dapat hasilkan mentol.
Orait, Incik RnR hendak tweet ini entri : )
My recent post RestNrilekS on Mindless Ramblings
Zara · 800 weeks ago
isk3~
My recent post Bulat, Tembam, Keriting : Aku Memang Bulat! Mendambakan Sebuah Kasih Sayang Dari Dunia Yang Berbentuk Sfera, Bukan Bulat.
Kujie · 800 weeks ago
slow sungguh internet.
2009 - rasanya semuanya dalam kawalan
2010 - ada beberapa perancangn mini mega saja...
zuls · 800 weeks ago
My recent post Biar saya tolong Retweet Contest anda :)
titan · 799 weeks ago
My recent post Life: Bandwidth and Sami Yusuf
Sifu_din · 799 weeks ago
My recent post Takaful Keluarga