Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Dec 4, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Masih ramai yang pening dengan contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Sebenarnya mudah je buat je satu entri bebas tapi bagus kalau boleh beri manafaat kepada semua contohnya cerita KEGAGALAN anda dulu dan akhirnya sekarang dah BERJAYA seperti cerita JoshLim (Josh contest terbuka untuk semua bukan untuk orang Melayu je). Kalau malas nak mengarang copy paste je dan tukarkan link yang perlu pun boleh juga yang penting ikut syarat yang telah ditetapkan.

Ada juga yang pening sebab tak ada akaun Twitter dan Facebook. Jangan risau bagi yang belum ada akaun Twitter dan Facebook masih boleh ikut serta dan daftar akaun-akaun tersebut kemudian. Untuk buka akaun Twitter dan Facebook tak susah yang penting mesti ada email. Bagi yang dah ada akaun Twitter dan Facebook cuba guna TweetDeck memang best. Aku boleh monitor siapa yang retweet hanya dengan masukkan kata kunci BERANI GAGAL diruangan search di Twitter.

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ini akan ada banyak kejutan. Kejutan pertama ialah apabila Zai Kulim dan Zie Fauzi telah menang hadiah bernilai RM50 setiap seorang. Tahniah juga kepada Ratu Salju yang telah menang hadiah sebagai peserta ke 10. Apakah lagi hadiah kejutan yang lain? Mungkinkah penulisan contest paling menarik? Mungkinkah penyumbang trafik tertinggi? Segala kemungkinan akan ada dalam contest ini.

Tapi yang paling best tu ramai juga yang dah join contest ni tapi masih belum tinggalkan link diruangan komen. Apa agaknya strategi mereka ni? Apa pulak akan berlaku sekiranya seseorang join contest dan tinggalkan link di ruangan komen tetapi introducernya masih belum buat lagi?

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" bukan sekadar mengejar HADIAH tetapi insyallah secara tidak lansung akan merangsang MINDA BAWA SEDAR BLOGGER untuk menempuh 2010 yang lebih mencabar. Kepada BLOGGER-BLOGGER HEBAT pasti ada cerita KEGAGALAN sebelum KEJAYAAN yang hendak dikongsikan dengan blogger-blogger baru. Mungkin ini wadah terbaik untuk kalian berkongsi bersama kami. Kepada yang ingin turut serta sila terus ke contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

@ Tahniah kepada x-po kerana menjadi pelawat bertuah ke 66,6666.(Denaihati has transferred RM66 to your Maybank account for hadiah pelawat ke 66,666 on 12/04/09 11:45:07 via Maybank2u.com.)
@ Kepada yang nak belajar strategi SEO untuk up kan ranking kat google.com.my tu boleh visit Tips SEO oleh JejakTrend. 

penGOMEL pertama
X-PO - Aku X-PO

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Jejak Komen

Sponsored

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP