Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label berani gagal. Show all posts
Showing posts with label berani gagal. Show all posts

Dec 8, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bersama Littlemama

Aku telah berjanji untu siarkan interview dengan salah seorang pemenang contest Weblog Popular 1Malaysia. Littlemama pengendali blog Mombloggersplanet telah menang hadiah tertinggi sebanyak RM550 untuk contest tersebut. Mari kita sama-sama selami pengalaman, visi dan nasihat Littlemama.

1. Bila mula blogging.

Saya mula blogging sejak 2006 tapi tidak serius sebab lebih fokus membangunkan websites (guna HTML editor/upload pakai FTP). Masa tu saya ada blog peribadi yang sangat jarang di update.

Tapi sejak akhir 2007, saya mula lebih serius berblog setelah mengandung anak saya, Izzah. Masa tu kebanyakan entry saya adalah mengenai kehamilan dan risiko. Blog-blog saya yang awal adalah di Blogspot.com dan beralih ke dot.com sendiri sejak awal 2008 iaitu http://littlemamadiary.com.

Masa tu saya baru perasan rupanya ramai mak-mak yang ada blog. So, saya create http://mombloggersplanet.com untuk menyatukan mak-mak blogger se Malaysia pada akhir tahun 2008 dan launch pada January 2009. Pejam celik dah nak setahun dah MomBloggersPlanet ni.

2. Kenapa blogging.

Saya ada banyak sebab kenapa saya blogging.

1. Nak kongsi pengalaman dengan other moms
2. Nak kenal lebih ramai kawan
3. Nak buat duit banyak-banyak dengan blog ;)

3. Apa matlamat dimasa depan.

Matlamat saya ada banyak tapi yang utama adalah.

1. Menaikkan MomBloggersPlanet supaya lebih popular atau sama popular dengan blog-blog yang sedia popular (target mesti lebih..ha..ha)
2. Buat steady income melalui blog-blog supaya saya boleh resign dan buat business dari rumah (target mesti lebih dari gaji sekarang)
3. Publish ebook berkongsi pengalaman saya tentang everything blogging
4. .... dan banyak lagi matlamat kecil-kecilan.

4. Bagaimana nak jadi famous macam blog mombloggersplanet

Famous ke MomBloggersPlanet ni..he..he? Rasanya belum popular seperti blog-blog yang lain.. especially kalau compare dengan blog yang wujud sejak bermulanya Blogger atau blog-blog yang kerap mendapat free publisiti di media... Masih sangat jauh nak capai tahap itu.

Pada pendapat saya, sekarang ni nak jadi popular bukan satu benda yang mudah.. kena ada something yang 'umph' kat blog so readers akan sentiasa datang balik ke blog.. dan new readers akan muncul melalui 'word-of-mouth' atau 'stumble-upon'.. maksudnya new reader terjumpa blog anda masa membaca blog lain samada direkomen melalui special entry atau melalui contest.

Lainlah kalau anda adalah seorang artis, anak orang kenamaan, wanita jelita yang bergaya dengan barang branded atau seseorang yang mempunya lifestyle yang unik.. maka tak perlu susah payah walapun baru berblog sebab orang akan terjah blog anda. Sebab manusia ni kan ada sifat ingin tahu atau 'kepochi' yang tebal tentang perkara macam cerita artis, cerita orang kaya berbelanja dan sebagainya.

Lainlah juga kalau anda antara blogger terawal dan menjadi rujukan/inspirasi kepada blogger yang lain. Biasanya sesiapa yang mulakan sesuatu lebih awal akan mendapat liputan publisiti percuma dan dari orang akan menjadikan dia role model.

Jadi, nak jadi popular pada masa sekarang ini memang agak susah sebab dunia blogging ni bukan benda yang asing lagi. Semua orang ada blog.

Sebab semua orang ada blog maka kita kena ada sesuatu yang lain/unik (umph) untuk menjadi popular.


Read more...

Dec 7, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update cerita menarik

Aku pasti tak semua blogger akan membaca entri daripada peserta yang ikut serta contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Oleh itu hari ini aku pilih 3 petikan daripada entri yang menarik semuga cerita mereka insyallah boleh merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita sebagai pembaca.

1. Saya pasti cara baca ayat di atas adelah begini - "Hidup -Berani Untuk Gagal". Itu satu kenyataan. Jika kita mahu hidup, maka kita mesti berani untuk gagal juga!! Ia menandakan bahawa hidup ini tidak menjanjikan yang manis2 sahaja. Malah kita harus bersedia menghadapi saat2 tersungkur juga.

2009 sudah mahu pergi. Saya ingin sekali mengatakan bahawa saya tahun ini adalah antara banyak2 tahun yang saya pernah gagal. Apa yang saya gagal? To be truth...kebanyakannya adalah kerana kewangan. Tetapi alhamdulillah, ni saya nak cerita apakah kekuatan yang saya ada.... nak tahu baca terus @ http://sitisifir10.blogspot.com

2. Walaupun telah mengasaskan Advertlets yang kini akan menjadi 3 tahun pada March 2010, dan saya telah bekerja dalam bidang web untuk lebih dari 8 tahun dan telah membuat projek dan kempen periklanan untuk pelanggan tempatan dan seluruh dunia, saya tidak menggelar diri sebagai seorang yang telah berjaya dalam kehidupan. Tunggu 4 tahun lagi la (at least, untuk Phase 1 complete, masih ada Phase 2, Phase 3…) Perjuangan saya masih belum selesai. Dan, saya telah gagal beberapa kali dalam kehidupan - tapi, tak putus asa. Tahu tak, bila saya seorang belia muda, saya cuba mendapat pekerjaan di McDonald’s? McDonald’s pun tak mahu saya! FAIL betul.... baca kisah Josh Lim, Pengasas Advertlets selanjutnya @ http://josh.my

3. Sudah menjadi tabiat manusia, apabila diri menghadapi kesukaran atau kegagalan, mereka akan menyalahkan takdir. Malah yang lebih teruk lagi mereka sanggup memarahi orang-orang di sekeliling dengan alasan mereka inilah yang menjadi punca kegagalan tersebut. Di sini kita perlu ingat bahawa kegagalan kita adalah disebabkan oleh diri kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain. Kenapa? Kerana hanya minda dan diri kita sahaja yang berupaya menentukan sama ada usaha kita akan menghasilkan kejayaan ataupun kegagalan! ... adakah kita manusia yang mampu menerima kegagalan sila baca terus @ http://anarm.net


Banyak lagi cerita menarik yang akan aku kongsikan petikannya dalam entri yang akan datang. Kepada yang ingin turut serta contest sila terus ke contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan kongsikan cerita menarik sebagai sumbangan untuk merangsang MINDA BAWAH SEDAR bagi menempuh 2010 yang pasti sangat mencabar.

Update : Tahniah kepada Yuitsumuni kerana telah menjadi peserta bertuah ke 50 dan menang hadiah bernilai RM50. Sila kirimkan detail untuk urusan penyerahan hadiah di twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact.

~penGOMEL pertama~
Anarm - Anarm.net

Read more...

Dec 6, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

Hari ini adalah hari ke 5 contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Dengan rasa rendah diri aku sangat terharu dengan sambutan yang diterima. Yang sungguh tidak disangka ramai sungguh blogger-blogger HEBAT yang turut serta contest dan insyallah lebih ramai lagi yang akan ikutan. Tak kurang juga banyak pengisian contest yang menarik dan pasti boleh merangsang MINDA BAWA SEDAR pembaca-pembaca. Insyallah dengan izin ALLAH swt contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" akan memberi kesan jangka panjang kepada sebahagian blogger yang terkesan dengan pengisian yang ditulis oleh peserta contest.

Aku menerima beberapa pertanyaan daripada dalam dan luar negara yang berminat dengan contest ni berkaitan dengan ranking di Google.com.my.  Mengikut syarat yang telah aku buat menyatakan bahawa contest ini terbuka untuk Satu Dunia Melayu maknanya bukan sahaja untuk blogger Malaysia tetapi mengapa menggunakan sesawang pencarian Google.com.my? Jadi aku nak buat sedikit perubahan pada syarat iaitu :

Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian Google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Menjawab respond daripada Josh Lim : Untuk makluman contest ini terbuka kepada semua bangsa bukan sahaja untuk orang Melayu dan diterima dalam bahasa Melayu, English dan Indonesia dengan mengekalkan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".


Tahniah kepada Taufidris yang telah berjaya menjadi peserta ke 25 yang melayakan untuk menang hadiah bernilai RM50. Insyallah ramai lagi akan mendapat rezeki daripada contest ini dengan bermacam hadiah-hadiah terkejut.

Kepada yang ingin turut serta sila terus ke contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Ramai manusia GAGAL dalam hidup kerana mereka GAGAL MERANCANG UNTUK BERJAYA.

~penGOMEL pertama~
Aenaz - Aenaz.com

Read more...

Dec 4, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Masih ramai yang pening dengan contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Sebenarnya mudah je buat je satu entri bebas tapi bagus kalau boleh beri manafaat kepada semua contohnya cerita KEGAGALAN anda dulu dan akhirnya sekarang dah BERJAYA seperti cerita JoshLim (Josh contest terbuka untuk semua bukan untuk orang Melayu je). Kalau malas nak mengarang copy paste je dan tukarkan link yang perlu pun boleh juga yang penting ikut syarat yang telah ditetapkan.

Ada juga yang pening sebab tak ada akaun Twitter dan Facebook. Jangan risau bagi yang belum ada akaun Twitter dan Facebook masih boleh ikut serta dan daftar akaun-akaun tersebut kemudian. Untuk buka akaun Twitter dan Facebook tak susah yang penting mesti ada email. Bagi yang dah ada akaun Twitter dan Facebook cuba guna TweetDeck memang best. Aku boleh monitor siapa yang retweet hanya dengan masukkan kata kunci BERANI GAGAL diruangan search di Twitter.

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ini akan ada banyak kejutan. Kejutan pertama ialah apabila Zai Kulim dan Zie Fauzi telah menang hadiah bernilai RM50 setiap seorang. Tahniah juga kepada Ratu Salju yang telah menang hadiah sebagai peserta ke 10. Apakah lagi hadiah kejutan yang lain? Mungkinkah penulisan contest paling menarik? Mungkinkah penyumbang trafik tertinggi? Segala kemungkinan akan ada dalam contest ini.

Tapi yang paling best tu ramai juga yang dah join contest ni tapi masih belum tinggalkan link diruangan komen. Apa agaknya strategi mereka ni? Apa pulak akan berlaku sekiranya seseorang join contest dan tinggalkan link di ruangan komen tetapi introducernya masih belum buat lagi?

Contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" bukan sekadar mengejar HADIAH tetapi insyallah secara tidak lansung akan merangsang MINDA BAWA SEDAR BLOGGER untuk menempuh 2010 yang lebih mencabar. Kepada BLOGGER-BLOGGER HEBAT pasti ada cerita KEGAGALAN sebelum KEJAYAAN yang hendak dikongsikan dengan blogger-blogger baru. Mungkin ini wadah terbaik untuk kalian berkongsi bersama kami. Kepada yang ingin turut serta sila terus ke contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

@ Tahniah kepada x-po kerana menjadi pelawat bertuah ke 66,6666.(Denaihati has transferred RM66 to your Maybank account for hadiah pelawat ke 66,666 on 12/04/09 11:45:07 via Maybank2u.com.)
@ Kepada yang nak belajar strategi SEO untuk up kan ranking kat google.com.my tu boleh visit Tips SEO oleh JejakTrend. 

penGOMEL pertama
X-PO - Aku X-PO

Read more...

Oct 31, 2009

Weblog Popular 1Malaysia suatu KeJayaan atau KeGagalan

Hari ini hari terakhir contest Weblog Popular 1Malaysia. Tepat jam 11.59 pm malam ini secara rasmi contest akan ditutup. Terima kasih kepada 90 weblog yang ikut serta contest dan 20 weblog yang dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Insyallah dalam tempoh 2 minggu keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia akan diumumkan.



Ini adalah percubaan pertama aku organise contest yang bersekala besar itu pun atas sokongan kawan-kawan bisnis yang sudi nak menjadi sponsor (Jangan lupa baca Berita Harian page 30 ada cerita Saudacare). Terima kasih juga kepada semua cadangan dan feedback dan antara yang menarik adalah Honest Review daripada Mysuperkids. Insyallah aku akan ambil beberapa panduan yang baik untuk next contest. Dalam dunia bisnis ini tips yang paling penting untuk berjaya adalah mesti BERANI GAGAL. KEGAGALAN adalah pengalaman yang sangat mahal untuk kejayaan di masa depan. Mereka yang tidak BERANI GAGAL pasti tidak akan bertemu dengan KEJAYAAN.

Banyak juga pengalaman manis selama menjalankan contest Weblog Popular 1Malaysia. Ketika aku memulakan contest ini apabila taip keywords Weblog Popular 1Malaysia di Google.com.my tiada lansung resultnya tetapi hari ini telah menghasilkan lebih daripada 200 ribu pencarian. Yang paling manis sekali aku kenal semakin banyak blog hebat dan ramai teman-teman baru antaranya Precious, Kak Jie, X-PO, Kak long, Mombloggersplanet, Mysuperkids, Emilayusof serta merapatkan lagi hubungan dengan teman-teman lama Azizwan, Rizal dan Zul (maaf kalau ada yang tak tersebut nama). Semua link peserta contest akan diabadikan di blogroll dengan header Weblog Popular 1Malaysia.

Walauapa pun tujuan kita berBlogging samada Hobi, berDiary, berSosial, Buat Duit dan berDakwah semuga suatu hari nanti akan ada weblog yang menyertai dan yang dicalonkan akan benar-benar menjadi WEBLOG POPULAR 1MALAYSIA. Kepada teman-teman jangan lupa terus singgah di blog ini kerana ada banyak insentif disediakan dan insyallah akan ada lagi kontest berskala besar. Aku pasti akan merindui contest Weblog Popular 1Malaysia.

Update DapatWang.Com



Sudi-sudilah klik link atau banner di atas untuk bantu aku dapat RM0.30 @ http://www.dapatwang.com/?id=denaihati  dan jangan lupa juga bantu-bantu klik link teman-teman yang dah join @ Buat Duit dengan DapatWang.com . Alhamdulillah bonus pertama masuk akaun MBB.


~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP