Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label dera. Show all posts
Showing posts with label dera. Show all posts

Oct 23, 2009

Anak ku diliwat, dirogol dan didera

Siapa yang tidak inginkan anak setelah bergelar suami isteri? Anak akan menjadikan rumahtangga lebih bermakna dan lebih ceria. Demi terlalu inginkan anak ada pasangan yang sanggup melakukan hubungan seks 5 kali sehari. Ada ibubapa yang terlalu sayangkan anak sehingga sanggup memberi apa sahaja walaupun akhirnya akan merosakkan anak tersebut. Ada ibubapa sanggup mempertahankan anak sehingga titisan darah terakhir walaupun anaknya penjenayah.

Begitulah kasih sayangnya ibubapa kepada anak walaupun akhirnya anaknya akan pulang melawatnya setahun sekali, jarang-jarang sekali telefon bertanya khabar, tidak pernah kirim duit walaupun dulu ibubapa bergolok gadai nak sekolahkan anaknya dan yang paling hebat akan meletakkan ibubapanya di rumah orang tua.

Kasih sayang ibubapa kepada anak sememangnya tiada batasan sehingga tak kurang juga kasih sayang itu melebihi daripada kasih sayang kita kepada Allah swt dan Nabi saw.Tetapi kenapa masih ada juga ibubapa yang tidak menyayangi anak yang dilahirkan sendiri.


Melihat gambar ini tiada kata yang aku dapat katakan selain termenung dan berfikir panjang ....

IKLAN :

1. Sumbangan Membina Sekolah Menengah Ghufran akaun MBB  551191102792 (Sekolah Rendah Agama Ghufran). Pembinaan bermula pada 15/8/09
2. Sumbangan terus Mangsa Gempa Padang, Sumatera kepada Bapak Handriansyah akaun Bank Mandiri 1260005102545. Bapak Hanriansyah adalah sukarelawan yang menguruskan mangsa gempa (rumah ibu mertuanya juga hancur terkena gempa) lawat blog Wahana Muda atau boleh memberi sumbangan melalui tabung yang kami uruskan akaun MBB 562384105144 (Pn Arbainon).

~Terima Kasih~

Read more...

May 18, 2009

Jangan Dera Kami



Firman Allah swt surah Al-Baqarah yang sebahagian ertinya :

Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya.

Aku memang tak setuju dengan Ibu-Bapa yang mendera anak-anaknya. Yang buang bayi ni lagi ..subhanallah..tak takut ALLAH ke? Ada pulak yang tak nak anak sebab takut tak cukup duit...emmmm...bahaya ni macam tak percaya pada ALLAH swt je.

Firman ALLAH swt surah Al-Baqarah yang sebahagian ertinya :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dibuatnya.

Yakin ni lah ALLAH swt melihat kita setiap masa setiap saat dan menguasai alam dan seisinya...yakinlah!!!

Apa pandangan teman-teman??

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP