Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Dec 6, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

Hari ini adalah hari ke 5 contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Dengan rasa rendah diri aku sangat terharu dengan sambutan yang diterima. Yang sungguh tidak disangka ramai sungguh blogger-blogger HEBAT yang turut serta contest dan insyallah lebih ramai lagi yang akan ikutan. Tak kurang juga banyak pengisian contest yang menarik dan pasti boleh merangsang MINDA BAWA SEDAR pembaca-pembaca. Insyallah dengan izin ALLAH swt contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" akan memberi kesan jangka panjang kepada sebahagian blogger yang terkesan dengan pengisian yang ditulis oleh peserta contest.

Aku menerima beberapa pertanyaan daripada dalam dan luar negara yang berminat dengan contest ni berkaitan dengan ranking di Google.com.my.  Mengikut syarat yang telah aku buat menyatakan bahawa contest ini terbuka untuk Satu Dunia Melayu maknanya bukan sahaja untuk blogger Malaysia tetapi mengapa menggunakan sesawang pencarian Google.com.my? Jadi aku nak buat sedikit perubahan pada syarat iaitu :

Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian Google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Menjawab respond daripada Josh Lim : Untuk makluman contest ini terbuka kepada semua bangsa bukan sahaja untuk orang Melayu dan diterima dalam bahasa Melayu, English dan Indonesia dengan mengekalkan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".


Tahniah kepada Taufidris yang telah berjaya menjadi peserta ke 25 yang melayakan untuk menang hadiah bernilai RM50. Insyallah ramai lagi akan mendapat rezeki daripada contest ini dengan bermacam hadiah-hadiah terkejut.

Kepada yang ingin turut serta sila terus ke contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Ramai manusia GAGAL dalam hidup kerana mereka GAGAL MERANCANG UNTUK BERJAYA.

~penGOMEL pertama~
Aenaz - Aenaz.com

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP