Anak ku sorry NO TV

Komen Rizal (kalau minat seni rotan Rizal adalah pakarnya) dalam entri aku Anak tak suka makan sayur :
"Ni aku kena dulu.. Tak habis makan nasi ngan sayur atau lobak dalam hidangan mangkuk Kecik, TAK BOLEH MAIN @ Tgk TV. hahahaha. Muka masam cuka setengah hidup (tak nak guna mati) habiskan. Adik beradik aku ketawa tgk aku payah nak habiskan. kekeke"
Anak-anak aku ni semakin kurang disiplin semenjak dua menjak ni. Dah mula lalai baca Al-Quran selepas subuh, dah mula lewat-lewatkan solat, dah mula tak patuh dengan jadual harian yang mereka buat sendiri, dah mula malas kemas bilik sendiri, dah mula banyak santai daripada buat latihan........banyak masa sibuk menonton TV. Tapi alhamdulillah mereka dan semakin kerap bersugi...kerap bersugi boleh menajamkan fikiran dan terang hati.
Kalau dulu rajin juga aku rotan sesekali dengan NIAT mendidik bukan emosi ammarah bak kata perpatah sayangkan anak rotan-rotankan tetapi bila anak-anak dah mula membesar ni nak guna cara psikologi pulak kurangkan denda secara fizikal.
Jadi aku gunakan idea dari komen Rizal. Semalam aku dah terangkan pada anak-anak bahawa this week NO TV. Mereka diam je semasa aku explain denda yang aku kenakan kepada mereka. Kita sebagai ibubapa mesti ada kekuatan dan keberanian untuk bertindak demi kebaikan anak-anak kita di masa hadapan...setidak-tidaknya bila kita di alam kubur kalau tidak dapat doa dari anak-anak, tidak juga anak-anak kita menyusahkan kita dengan dosa-dosa yang mereka buat. Jangan rosakkan anak-anak kita dengan kasih SAYANG yang terlampau dan akhirnya menyusahkan kita di alam akhirat kelak.
P/S : Tunggukan update contest weblog popular 1Malaysia, pemenang penGOMEN terbanyak Julai dan Peluang buat duit dengan Denaihati untuk bulan Ogos bulan Merdeka.
Fadhilat Amal : Firman Allah surah Luqman, 17 : "Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."
azizan444444 · 817 weeks ago
baru2 ni ada satu isu hangat yg menarik untuk dibincangkan. seorang ustaz menampar jepun seorang pelajar. sejurus kejadian itu bapa pelajar tersebut salahkn ustaz itu.
bg saya pendapat sebagai anak x slah klu bnda itu betol..lagpon ustaz mempunyai ilmu yg luas berkaitan buruk baik dalam Islam. memang berbeza zaman dulu dan skang. dulu bapak2 x pandai belajar sekolah tp pandai mengajar anak2 tp sbliknya yg berlaku skng..bapak berpengajian tinggi tp x pandai didik anak.
kesimpulannya,seorang bapa haruslah pandai mendidik anak mereka supaya tdj terjebak dgn masalah sosial masa kini dan mnjdikan mareka lebih berdisiplin.
denaihati 88p · 817 weeks ago
azizan444444 · 817 weeks ago
azizwan(dot)com · 817 weeks ago
bg aku, strategi bro ni best sesangat sebab anak2 skrng ni lebih mudah menerima didikan ibu bapa secara psikologi berbanding kaedah rotan.. kalau dulu, sekali je kena rotan gerenti takkan buat lg. tp skrng ni, kena je sekali rotan, anak bukannya nk berubah malah menyimpan rasa dendam sekaligus membuat perkara yg ibu bapa tak suka sebagai tanda protes mereka. no wonder la anak baru belasan tahun dah pandai keluar rumah ikut kekasih. huhu..
apa2 pun, kesian ler kat anak2 bro tu sbb dah tak boleh nk nengok TV. hehe.. tp kalau itu baik utk mereka, bro dan seluruh keluarga, memang berbaloi-baloi :)
denaihati 88p · 817 weeks ago
Aku pernah terbaca kisah pensyarah UKM yg kerosakan TV...dia janji nak service TV tapi tak sempat je...tapi tanpa dia sedari performance anak2 dia semakin bagus...dah akhirnya mereka semua setuju untuk tidak ada TV di rumah...
Precious · 817 weeks ago
denaihati 88p · 817 weeks ago
rizal · 817 weeks ago
Alahhh.. aku rasa nak guling2 dah ni sebab tadi dah karang , tapi tekan submit tak masuk 2kali tuu tekan guna intensedebate. Tak pa lah, aku komen lain entri.
Apapun..
Ops! terima kasih sebab beri pautan kasih sayang percuma kepada RestNrilekS.
Ops! RnR bukan lah pakar. Ada lagi yang pakar tu.
Ops! Bukankan "Sayangkan anak tangan-tangankan?" Owh, kesian sekali itu rotan kerana menjadi mangsa di dalam entri ini. :)
Precious · 817 weeks ago
denaihati 88p · 816 weeks ago
seli · 814 weeks ago
zuls 63p · 813 weeks ago
azizwan(dot)com · 813 weeks ago