Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Aug 1, 2009

Demonstrasi Jalanan Strategi YAHUDI

jalur gemilang kibar banihassim


Kalau mengikut promosinya hari ini beratus ribu orang akan turun ke jalanan untuk berDemonstrasi untuk Menentang dan Menyokong ISA. Sudah pasti pihak keselamatn akan membuat sekatan jalanraya yang mengakibatkan jalanraya sesak dan ini sudah pasti menganggu penduduk tempatan.


Demokrasi dan Demonstrasi ini bukanlah sistem ISLAM. Sistem ini diperkenalkan oleh YAHUDI kepada dunia untuk memusnahkan sistem ISLAM dan menjadi kita patuh kepada YAHUDI. Antara 10 strategi YAHUDI untuk melemahkan sesebuah negara yang tidak patuh kepada mereka dengan menganjurkan Demonstrasi jalanan melalui agen-agen dalaman.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, "Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.". Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, " Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki." Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw.

Apabila kita ada masalah dan mungkin tidak suka kepada sesuatu kerajaan maka bermunajatlah dengan solat dan doa kepada ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang memilih KUASA sesebuah kerajaan dengan pelbagai cara yang Allah lebih Maha mengetahui bukan dengan berDemonstrasi di jalanan yang merupakan budaya YAHUDI dan sudah pasti semangat iblis akan meresapi kejiwa penDemonstrasi dan pihak keselamatan. Iblis dan Musuh-musuh Islam memang menunggu sahaja peluang untuk melemahkan IMAN umat Islam.

Di sisi Allah urusan Demokrasi, Demonstrasi dan ISA ini terlalu kecil. Allah hanya melihat IMAN dan AMAL umatnya dengan mengikut Perintah ALLAH dengan cara hidup atau sunnah Nabi saw. Lebih baik kita risau melihat umat Islam yang tidak solat 5 waktu dan Rumah Allah yang kosong setiap kali solat 5 waktu walaupun semua umat Islam tahu bahawa Solat 5 waktu ibadat yang paling penting yang yang diperintahkan Allah terus tanpa perantaraan kepada Nabi saw ketika Israk Mikraj.

Seperti dalam entri Kak Jie Marilah Kita Bersangka Baik antara satu sama lain. Bila tiba masa mengundi pangkahlah mana-mana Parti yang kita suka itu pun atas kehendak Allah swt. Masa tu kita boleh nak ubah mana-mana parti yang kita suka untuk memerintah Malaysia yang kita cintai ini...tetapi kalau parti yang kita pangkah tidak dapat majoriti jangan pulak marah ..kan kita ikut sistem Demokrasi yang majoriti memerintah...parti menang majoriti itu pun atas kehendak Allah yang mengerakakan hati pengundi untuk mengundi mereka bukan kerana kempen mereka bagus dan yang memerintah itu tidak mesti betul semua...kan manusia tidak sempurna.

Air mata aku pasti menitis bila membaca kisah kewafatan Nabi saw yang begitu mengutamakan umatnya walaupun di saat akhir-Nya masih menyebut Umati Umati Umati tetapi pasti Nabi saw sedang bersedih melihat umat Islam terus bercakaran sesama Islam demi KUASA dan HARTA BENDA.

~Terima Kasih~
Khalifah Fedi - Warna Kehidupan

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (22)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
yg haram tulah kita suke buat..!!!
first, thanks kerana menyahut kempen kibarkan bendera Malaysia. suker bila tengok bendera dikibarkan di merata tempat ... cyber dan nyata!
1 reply · active 817 weeks ago
semangat keMerdekaan membara di hati ini..........
Bangsa Yahudi memang pandai menyucuk menggunakan jarum tajam halus sehingga tidak terasa tusukannya ... sedar2 dahpun tertanam dalam jiwa ... Minta dilindungi Allah drp apa2 yg mungkar!
1 reply · active 817 weeks ago
Yahudi hanya akan berhenti apabila telah dihapuskan oleh Nabi Isa ...insyallah....jangan ada bangsa kita yang jadi agen sudah lah...
Dunia sudah akhir zaman. Entahlah... isu ISA pulak diutamakan, sekarang kan kita berdepan ngan masalah H1N1. Huhu.. kalau sama-sama fikirkan penyelesaian masalah ni kan bagus.
1 reply · active 817 weeks ago
Insyallah Demo ini akan merangsang H1N1 jadi lagi parah...mereka ni lupa kuasa Allah...dok pikir kuasa manusia je...
benar sahabat...tapi kita juga harus ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu sendiri berusaha mengubahnya...
cuma kaedah kita berusaha itu mesti menepati apa yang di anjurkan oleh Islam.Kalau kita hanya berdoa dan bermunajat sahaja, tidak menepati syari'at seperti yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W.Allahuaqlam...
4 replies · active 817 weeks ago
Cikgu, rakyat ada peluang untuk pilih kerajaan yang mereka suka pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) ...jika sekarang minoriti tak hormat kepada majoriti....setelah PRU13 katakanlah minoriti jadi majoriti kemudian minoriti masa tu pulak buat kacau macam sekarang...ni namanya politik balas dendam...jadi sampai bila nak aman Malaysia ni.....cuba kita tiru negara Barat apabila satu2 parti politik kalah mereka terima dan tunggu NEXT election...masa tu pukul abis....TAK GITU kE? ..tu pun usaha juga kan!!!! ..Apa yang monoriti perlu buat Perintah negeri yang mereka menang betul2 macam Kelantan pasti Rakyat akan tengok dan UNDI mereka....
benar sahabat...tetapi cpj ada beberapa kemuskilan bagi N3 sahabat kali ini, mungkin dengan meneliti jawapan drpd sahabat nanti, cpj dapat mempelajari sesuatu, maklumlah ilmupun bukan cukup di dada...

1. Adakah menahan orang tanpa bicara 2+2+2+......tahun boleh dinamakan amalan demokrasi yang harus dihormati?
2.Adakah bila menang pilihan raya, majoriti yang menang boleh berbuat apa saja dan minoriti hanya perlu ikut saja dan kalau ada apa-apa masalah tunggu 4 tahun dan tukar pemimpin baru?
3.Adakah kita patut redho, dengan menahan seseorang suami tanpa bicara, lalu memisahkan dia dengan isteri dan anak-anaknya tanpa pembelaan?
4.Samakah penderitaan seorang peniaga yang tidak dapat berniaga sehari dengan seorang suami yang tidak dapat menyara keluarganya selama 6 tahun?
5. Apa alasan kita mudah menghukum begitu dan begini kepada orang yang berdemo tu?Mengapa mereka sanggup hadapi masalah begitu? Bodohkah mereka? Beranikah kita seperti mereka?
6.Betulkan saya kalau saya salah kerana perkara ini berkait dengan aqidah, pada pendapat saya ; kita sendiri yang membuat pilihan bila kita mengundi sesuatu calon atau parti itu...sebab itu kitalah yang perlu di pertanggungjawabkan atas pilihan kita...kita tidak boleh menyalahkan Allah yang menggerakkan hati kita untuk memilih calon ini atau parti itu.....Allahuaqlam...
cikgu beri masa untuk saya menjawab komen ni..saya nak solat istiharah dan buat rujukan sikit...saya tak mahu jawab ikut emosi tetapi mengikut fakta yang betul. Allah janji hambanya masuk syurga apabila patuh kepada perintah Allah dengan cara Nabi saw.....
Alhamdulillah...silakan sahabatku...cpj akan sabar menunggu...InsyaAllah...mudah-mudahan kita semua akan mendapat petunjuk-Nya...
Ada orang akan terus melenting bila disuruh tiru negara Barat tuuu ... Sensitip uh! Itu kan negara kafir. Huh ... memang malang bagi org kita yg berfikiran sempit dan kolot segitu. Sedangkan yg kita nak tiru adalah yg baik dr mereka, bukan nak jadi mereka tapi nak amik iktibar drp apa yg mereka buat ...
1 reply · active 817 weeks ago
kita nak ikut sistem demokrasi..tu sistem barat tapi orang barat bila dah kalah terima hakikat diaorang kalah dan tunggu next election tapi kita ikut sistem demokrasi barat tapi bila kalah buat kacau tak sanggup tunggu next election....
setuju.. tah apa-apa.. asyik2 nak demonsrasi jea tak habis-habis... menyusahkan orang jea.... tau dah tak suka gunalah saluran yang betul.... keje nak condem orang jea... Bila dah menang mana2 negeri tu jagalah rakyat negeri masing2 dengan baik...... banyak lagi isu yang perlu dan lagi penting perlu diselesaikan...
nama pun politik..... mana2 pun sama...
tapi yang pelik 200,000 ribu orang yg berarak tu pun sama terikut2...tak fikir ker?
nadnye, diaorang ni di pergunakan oleh pemimpin-pemimpin mereka....pemimpin yang tak sabar nak berkuasa....kenapa tak mereka buat seminar yg berilmiah untuk pengikut mereka...atau seminar macam MLM supaya setiap orang cari penyokong baru...pasti menang next election....tapi buat kecoh2 ni belum tentu boleh menang...tak percaya tengoklah....aku jangka diaorang akan tewas teruk.....
Dalam satu perkara, baguslah, Malaysia ni sudah makin kerap ada demonstrasi, tunjukkan rakyat Malaysia semakin matang.. kebebasan bersuara.. syabas

Tapi.... apa guna asyik berdemonstrasi kalau tiada apa perubahan. Tandanya.. cara nak luahkan kepuasan atau tindakan tuu salah satu atau kurang berkesan. Macam Thomas Edison kata, kalau cara ini kurang berjaya, kena cuba cara yang lain.

Sama laa kalau dua-dua rakan bertelagah, dua 2 kumpulan jerit bahasakan pendapat, rasanya apa yang ingin disampaikan tuu tak akan masuk kepada dua orang itu, sebab ke dua-dua sibuk jerit nak kuatkan hujah tanpa mendengar hujah yang satu lagi.

Aku tak sokong mana-mana. CUma pemerhatian aja.

Apa lah gunanya berdemonstrasi kalau kita semakin lupa adab untuk berbudi bahasa dengan panggilan yang kurang enak. Whoaho!! kita semakin maju bila masyarakat semakin fasih menggunakan ayat2 luahan barat yang lebih kepada ekspresi diri dan ada kala dalam bentuk cemuhan. Oh islamku dan oh pudarnya nilai santun budaya melayu itu sendiri.

Negara jirang begitu lantang berdemonstrasi, macam2 isu didemonstrasikan, tetapi hakikatnya, hmm, negara itu tetap di situ, di dalam kemelut samanya yang tersendiri. Demonstrasi bukan jalan yang bijak. Kerap demonstrasi, seperti juga ibu berkata ke anak. Satu kali jadi nasihat, berkali-kali ibu ucapkan kepada anak perkara yang sama, dia akan menjadi "bebelan". Bebelan, selalunya orang tak dengar sebab bunyi seperti merungut @ Whine

Kadangkala, di dalam perbalahan, perkara yang paling bijak adalah berundur untuk diam dan membuat percaturan yang lebih bijak. To withdraw, sometimes doesnt mean that you loose, but an opportunity to see matters differently.

"kenapa tak mereka buat seminar yg berilmiah untuk pengikut mereka...atau seminar macam MLM supaya setiap orang cari penyokong baru...pasti menang next election....tapi buat kecoh2 ni belum tentu boleh menang...tak percaya tengoklah" - haha, yang ni aku suka. AKu bagi 5 bintang yer kat hang denai hati. * * * * *
Intipatinya, tak kira laa, MLM ke apa ke, yang utamanya adalah = work hard, work smart (dalam erti kata lain beretika) sebab work hard semata-mata, tak boleh juga sebab itu akan jadikan usaha kita sia-sia. Work Smart semata-mata, pun tak boleh juga, sebab mungkin tak beretika.

Yang penting = lets do our best and Leave to ALLah do the rest., dan kat sini kena tanya, adakan dengan demonstrasi titu the best that we can do.. the real best without menyusahkan orang lain. : ) Everybody is entitled to his/her own opinion, dan mereka boleh demonstrasi (walaupun selalunya diakhiri dengan kecoh dan serang sana-sini). JAdi pendapat aku, sudah2 lah demonstrasi ni. banyak lagi perkara penting seperti :

.Ekonomi negara
.Kecintaan ilmu anak muda itu sendiri (whoaho! terlalu banyak hiburan sekarang ni ilmu itu diletakkan tanda aras di bawah hiburan owh sedihnya)
.Isu perbetulkan generasi islam dan anak muda sekarang, yang rasanya, bakal beberapa tahun nanti akan lahirkan generasi Malaysia yang ? - atau paranoia aku sendiri sahaja.

dan bermacam-macam lagi.

p/s : Denai, mencabar sungguh la untuk memberi komen di dalam blog hang, tapi aku suka sebab cabaran memberi pandangan di sini, memaksa restnrileks untuk perbaiki penggunaan BM nya yang semakin merosot. Whoaho!! aku suka dan terima kasih. Lagi lime bintang aku beri. hahaha * * * * *
Bro, sori ye kalau terpanjang komen,

tak perasan laa komen aku panjang menjela sebab aku taip je. Ni dah dua kali terkomen panjang menjela di denai hati. hari tu fasal komen BI tu. Aha!

Jom makan tghari
Rizal, sepanjang mana pun komen aku terima...ini ruang untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...kita meluahkan rasa secara rasional untuk kebaikan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.....
saya peraih undi.....

jom g blog saya.......dah tibe masa utk voting....

luangkan masa 2 minit jek vote utk pu3 saya
Joommm kita pakat ramai-ramai vote roslina..cute juga lah anak roslina ni...kalau menang jangan lupa belanja ya....
demokrasi bukan sistem Islam
demonstrasi bukan sistem islam

"Apa yang tak dapat ditegakkan melalui al-Quran, akan dapat ditegakkan melalui kuasa" - maksudnya, hukum2 Islam yg sempurna tidak dapat ditegakkan dengan sempurna jika Islam tidak mempunyai kuasa. Boleh lihat contoh semasa Rasulullah di Mekah dimana Baginda membawa risalah benar tp ketika itu dikuasai oleh kaum kafir. Rasulullah mendapat wahyu dan berhijrah ke Madinah sehingga terbentuknya negara Islam Madinah di mana undang2 Islam dapat ditegakkan setelah Rasulullah dan Islam berkuasa di situ.

Negara kita dikuasai oleh2 ahli2 politik islam tetapi dasar Islam masih tak ditegakkan dengan sempurna. Kita masih mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Perlembagaan negara kita adalah tertinggi dalam segala kanun dan undang2 di Malaysia dan mana2 undang2 yang lain yang bertentangan dengan undang2 atau Perlembagaan Malaysia maka akan terbatal dengan sendirinya.

Sebab itu keputusan mahkamah syariah boleh dicabar oleh mahkamah sivil, mahkamah persekutuan dan mahkamah tinggi sbb agama Islam bukan no.1 dinegara ini walaupun politik kerajaan adalah dipegang org2 Islam. Sebab itu org melayu Islam boleh murtad melalui mahkamah tinggi/sivil/persekutuan atas dasar kebebasan beragama dan hak asasi manusia kerana undang2 agama Islam bukan no. 1 dinegara ini. Apakah kita dah lupa kes Aisyah Bukhari?

Jika rasa isu demonstrasi jalanan dan ISA itu isu kecil maka marilah bersama2 berjuang agar undang2 Islam letak lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia sekarang. Itulah isu yang paling besar sekarang ini untuk semua umat Islam di Malaysia.

1Malaysia untuk semua. Mari kita 1Islam dan jadikan ia tertinggi kerana tiada apa yg lebih tinggi darinya. Jika kerajaan dan pembangkang bertunjangkan Islam dalam gerak kerja, Insya Allah umat Islam di Malaysia lebih maju dan bukan maju keduniaan semata2.

Apakah dalam 1Malaysia menyatakan hak Islam tertinggi?
Adakah mana2 ahli parlimen Islam akan mengusulkan agar perlembagaan Malaysia dirombak dan meletakkan undang2 Islam tertinggi dan mengatasi undang2 anjuran British dahulu?

Fikir dan di mana kedudukan kita sekarang.
"Mulia aku kerana Islam. Tiada Islam (penghayatan, amalan) maka dimanakah letaknya kita ini disisi Allah kelak?"

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP