Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 15, 2009

Komen terBEST Ogos - Tahniah kepada Pemenang


Komen yang menarik bulan Ogos yang bernilai RM50 ditaja oleh Anisha Online Mall (Pemborong Stokin Wudhu Malaysia) adalah luahan rasa talrasha2007 di entri Kuasa Password yang boleh menjadikan kita Jutawaan :

@talsasha2007 : Minda separuh sedar ni memang hebat kalau kita sedar nak gunakan. Kadang-kadang kita perasan ada pelajar yang tak boleh berjaya capai apa yang dihajati sebab sudah selalu sangat kata dalam hati mcm "matematik ni susah", " aku tak pandai matematik" itu la dan ini la. Rizal mengajar pun kadang2 alami para pelajar yang mengeluh " Encik Rizal, saya ni kalau bab2 mereka bentuk memang tak pandai.." sedangkan mereka bentuk bukanlah ilmu berdasarkan bakat 100%. Minda separa sedar ni boleh digunakan untuk positif kan dan majukan diri kita sebenarnya. Entri yang bagus ni.

Ada satu kisah, seorang ayah ada 2 orang anak, perempuan dan lelaki. Anak perempuannya study memang bagus bila exam selalu dapat top 3 tetapi anak lelakinya pulak selalu dapat top 3 dari bawah. Seorang rakan mencadangkan kepada si ayah ini untuk meransang minda separa sedarnya. Maka setiap hari sekembali dari sekolah si ayah akan tanya anak lelaki apa yang dibuat di sekolah. Apabila ada sahaja aktiviti yang baik si ayah  mengucapkan kata-kata tahniah dan mereka akan bertepuk tangan bersama-sama tanda penghargaan kepada si anak. Mereka lakukan setiap hari dan hasilnya memang memberangsangkan sehingga akhirnya anak lelakinya juga berjaya mencapai tahap top 5 setiap kali exam.

2 perkara yang kita boleh belajar iaitu kata-kata positif daripada si ayah telah merangsang minda separa sedar si anak dan tepukan tangan juga telah merangsang minda kreatif si anaknya. Gitulah jika kata-kata positif diulang-ulang setiap hari maka hasilnya juga positif tetapi jika kata-kata negatif seperti zalim, kejam, penipu, kafir dan sebagainya diulang-ulang setiap hari maka pastilah gambaran yang negatif akan tertanam dalam jiwa kita. Kenapa tak kita katakan berulang-ulang kuasa Allah lebih hebat dari kuasa makhluk, aku ingin mati dalam iman yang sempurna, aku ingin lahirkan zuriat dan keturunan yang soleh atau apa saja perkataan untuk persediaan alam akhirat yang kekal abadi .... dunia ini sementara saja .. gitu juga kuasa di dunia sementara sahaja ....

~Terima Kasih~
Khalifah Fedi - Tuan Uruchimaru

Entri lain yang menarik

contest


Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
matematik sbenarnye mudah klu kita taw kuncinyer..hee =p
1 reply · active 811 weeks ago
tahniah jadi penGOMEL pertama ... lebih kerap lebih baik ada hadiah menunggu ...
opss icnik denai hati sila amik kad raye diblog saye..
2 replies · active 810 weeks ago
terima kasih lah .. bila lawat blog khalifah dah terasa sangat suasana raya tu ... kami kuih raya pun tak beli lagi...
Bro, bercakap tentang kuih raya, rasanya petang ni macam nak beli sebalang la. Bukan sebab untuk persediaan raya, tapi sebab sajer nak kunyah-kunyah makan. Semalam yang nampak cokelat beralmond macam sedap je. hehe
Orait! Minda separuh sedar tu sebenarnya suatu kelebihan yang ada pada diri kita. Samada kita tahu mengaplikasikannya atau tidak jer ...
Yup ... sudah terima duit kemenangan daripada sdr Denaihati. Hanya ucapan terima kasih yg mampu diberi. Semoga murah rezeki sdr sekeluarga. Amin!!
Salam Bro,

Alhamdulilah, tak sangka pulak menang (hidung kembang tapi dok tahan tutup)

Aku doakan moga Denaihati semakin maju dan empunyanya juga dimurahkan rezeki.

Terima Kasih juga diucapkan kepada Anisha Online Mall yang sudi menjadi penaja.

Komen tu bukan harap apa, cuma seronok boleh komen panjang-panjang di sini. : )
hehehe~

aduyai~

tahniah2~
1 reply · active 810 weeks ago
Terima kAsh Zara.

Zara, bila pulak nak pulun pengomen terbanyak. Asyik-asyik wan dengan Zul jer dapat? Maghi kita dok pecahkan pulun depa :D
oh bro,

Terima kasih untuk pautan ke Restnrileks.com untuk entri yang terbaru ini. : )
hehe bila la aku nk mng kt blog ni ek? ekekeh pe2 pun tahniah kt pemenang tu..leh la bg duit raya skit ek..hoho
2 replies · active 810 weeks ago
Terima Kasih X-Po sebab ucap tahniah.

Aku rasa semua orang kat sini ada 50-50 peluang. hehe

Satunya aku suka komen di sini sebab lepas komen aku boleh melompat ke blog-blog pengomen yang lain di dalam entri DH ni.

Syiok tu bila dapat baca minda2 lain di dalam rumah-rumah lain juga. :D
Rizal aku pun suka lompat dari satu blog ke blog yang lain melalui ruang komen ni ... tu agak nya ada yang buat theblogfrogcommunity
Ratu salju's avatar

Ratu salju · 810 weeks ago

erm...macamna nak dapat point kat tepi gambar pengomen tu ea?..huhuhu..da lme nak tnya,soalan x kuar kat mulut...

i've already email u my account num
2 replies · active 810 weeks ago
Ratu mudah je nak dapat point tu daftar je dengan intense debate insyallah selesai masalah ...
Salam Ratu,

kami dapat gambar tu sebab kami komen guna sistem intense debate, sama konsep macam guna komen sistem JS-kit atau disquss. Yang tu kena jadi ahli la.

Kalau komen guna box bawah biasa ni rasanya tak dapat gambar avatar pengomen. : )
tahniah talrasha2007 kerana menang contest ni, kalau ada 3 hadiah untuk komen terbaik ni pun silap-silap bro sapu, sebab memang komen-komen bro mantap.. saya ni kuantiti jer banyak, yang kualiti tu sikit je.
1 reply · active 810 weeks ago
La, ada ka, ish.

Hang komen ada juga yang baguih. Semua pun sama.

Hang punya komen yang banyak tuu chantik juga isi kandungan. Tak dak masalah.

Zul? bila nak update blog? hari2 lepas ke DH che pgi lawat sambil bawak buah fig kering, tapi la ni tgk hang tak update lagi (mentang-mentang la aku dah update). hehehe
wow bestnya contes ni..tahniah

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP