Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 13, 2009

Qiamulai di Masjid KLCC


1. 3 tahun lepas pada 10 Ramadhan terakhir aku pergi bisnis trip ke Jakarta. Kebetulan Masjid di depan hotel yang aku stay tu ada buat Qiamulai pada malam ganjil 21, 23,25 dan 27 Ramadhan. Yang datang beribu orang dan diketuai oleh seorang Ulama. Aku extend trip aku beberapa hari untuk hadir semua Qiamulai tersebut. Memang best dan rasanya aku memang dapat sesuatu daripada Qiamulai tersebut. Minggu lepas aku terasa rindu sangat dengan majlis Qiamulai tersebut. Aku cakap kat wife rasa macam nak ge Jakarta nak join Qiamulai yang memang dilaksanakan setiap kali Ramadhan tu. Tapi suasa tegang Malaysia - Indonesia membatalkan niat tersebut.

2. 3 hari lepas wife ajak pergi KL untuk uruskan beberapa hal peribadi. Aku memerah otak memikirkan hotel yang sesuai yang tak terlalu mahal dah dekat dengan masjid (tak mahu ketinggalan terawaih berjemaah). Banyak option tapi hati aku ni macam tak selesa je jadi aku solat isthiqarah dan serah pada Allah. Lepas solat Jumaat aku dapat ilham kenapa tak cuba Darby Park, masjid ada, mall dekat, nak makan mudah dan nak travel dengan LRT pun mudah. Nak best lagi aku teringat member PNB aku kot-kot dapat staff price. Apalagi aku terus sms member aku tu dan alhamdulillah semua berjalan lancar.

3. Sebelum zohor Sabtu kami sampai di Darby Park, alhamdulillah semua dah diuruskan jadi kami terus je lah masuk bilik. Lewat petang kami jalan-jalan di KLCC dan berbuka di tepi tasik sebab semua tempat makan dah penuh. Lepas berbuka aku terus ke Masjid KLCC untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Yang paling mengembirakan aku ada satu banner bertulis Majlis Qiamulai bersama Astro Oasis.

4. Aku pergi l ke Masjid jam 1.00 am. Majlis Qiamulai mula jam 3.00 am diimamkan oleh Ustaz Zul. Jemaah memang ramai dah macam solat Jumaat pulak. Subahanallah Allah maha kuasa minggu lepas aku terfikir nak join Qiamulai dan Allah perkenankan cuma di lokasi yang lain. Allah sentiasa mendengar bisikan hati kita dan Bila kita mencari Allah pasti Allah juga mencari kita.

~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (15)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Alhamdulillah! Patutlah sunyi benar blog ini beberapa hari ni yer. Seronok dapat berQiamulai.
3 replies · active 813 weeks ago
Semuga Allah terima ibadah dan taubat kita ... Ramadhan depan belum tentu kita berjumpa lagi ...
Semoga ALLAH terima ibadah dan taubat kita juga.

Alhamdulilah ke atas segala nikmat syukur
Salam Precious,

Tahniah sebab jadi pelontar komentar yang pertama. :)

Selamat BeRamadhan
teringin jugak nak qiamullail situ. ingt zmn2 jahil dlu, slalu lpak2 area msjid.ish2 =)
1 reply · active 813 weeks ago
Salam Naz,

aku pulak dah lama tak jejak kaki kat kawasan KLCC dan sekitarnya. Walahal rumah dalam sepotong rokok jer jauh perjalanan.

Dulu kerja area masjid jamek, tapi kadang2 kalau hari jumaat, sengaja naik LRT sembahyang kat masjid KLCC
saya masih blm kuat utk perkara .. =(
1 reply · active 813 weeks ago
Semuga Allah kurniakan Hidayah kepada kita semua .... insyallah kita akan ada kekuatan ...
Alhamdulillah...Dunia dapat akhiratpun dapat...begitulah hendaknya...
ratusalju's avatar

ratusalju · 813 weeks ago

salam...ye sy stuju dgn anda...

klu kita cari Allah,Allah akn mudahkan urusan kita...semuanya...oleh itu,solat jemaah untuk lelaki tidak harus ditinggalkan hatta 1 waktu...mudah2an kita sama2 mendapat manfaatnya...insyallah..amin...
1 reply · active 813 weeks ago
Nabi saw tidak pernah solat sendirian sejak solat fardu difardukan sehinggalah baginda wafat. solat berjemaah di tempat azan dilaungkan adalah hampir wajib bagi kaum lelaki .... insyallah kita azam solat berjemaah demi mengejar syurga yang kekal abadi...
Darby Park tu boleh tahan tempatnya kan? Ramai Jepun dan org Arab. pernah makan kat sana tahun lepas ...
1 reply · active 813 weeks ago
Darby Park ni menarik juga fasiliti dan lokasinya ...
KLCC baru pernah pergi sekali kot.
itupun masa sekolah rendah.
maklumlah, orang kampung. :)
hehe bgs2..satu amalan yg ptt dicontohi

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP