Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Oct 31, 2009

Weblog Popular 1Malaysia suatu KeJayaan atau KeGagalan

Hari ini hari terakhir contest Weblog Popular 1Malaysia. Tepat jam 11.59 pm malam ini secara rasmi contest akan ditutup. Terima kasih kepada 90 weblog yang ikut serta contest dan 20 weblog yang dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Insyallah dalam tempoh 2 minggu keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia akan diumumkan.



Ini adalah percubaan pertama aku organise contest yang bersekala besar itu pun atas sokongan kawan-kawan bisnis yang sudi nak menjadi sponsor (Jangan lupa baca Berita Harian page 30 ada cerita Saudacare). Terima kasih juga kepada semua cadangan dan feedback dan antara yang menarik adalah Honest Review daripada Mysuperkids. Insyallah aku akan ambil beberapa panduan yang baik untuk next contest. Dalam dunia bisnis ini tips yang paling penting untuk berjaya adalah mesti BERANI GAGAL. KEGAGALAN adalah pengalaman yang sangat mahal untuk kejayaan di masa depan. Mereka yang tidak BERANI GAGAL pasti tidak akan bertemu dengan KEJAYAAN.

Banyak juga pengalaman manis selama menjalankan contest Weblog Popular 1Malaysia. Ketika aku memulakan contest ini apabila taip keywords Weblog Popular 1Malaysia di Google.com.my tiada lansung resultnya tetapi hari ini telah menghasilkan lebih daripada 200 ribu pencarian. Yang paling manis sekali aku kenal semakin banyak blog hebat dan ramai teman-teman baru antaranya Precious, Kak Jie, X-PO, Kak long, Mombloggersplanet, Mysuperkids, Emilayusof serta merapatkan lagi hubungan dengan teman-teman lama Azizwan, Rizal dan Zul (maaf kalau ada yang tak tersebut nama). Semua link peserta contest akan diabadikan di blogroll dengan header Weblog Popular 1Malaysia.

Walauapa pun tujuan kita berBlogging samada Hobi, berDiary, berSosial, Buat Duit dan berDakwah semuga suatu hari nanti akan ada weblog yang menyertai dan yang dicalonkan akan benar-benar menjadi WEBLOG POPULAR 1MALAYSIA. Kepada teman-teman jangan lupa terus singgah di blog ini kerana ada banyak insentif disediakan dan insyallah akan ada lagi kontest berskala besar. Aku pasti akan merindui contest Weblog Popular 1Malaysia.

Update DapatWang.Com



Sudi-sudilah klik link atau banner di atas untuk bantu aku dapat RM0.30 @ http://www.dapatwang.com/?id=denaihati  dan jangan lupa juga bantu-bantu klik link teman-teman yang dah join @ Buat Duit dengan DapatWang.com . Alhamdulillah bonus pertama masuk akaun MBB.


~Terima Kasih~

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (32)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Yer..
yang penting Berani Gagal..
debaran menanti detik 11.59 pm mlm ini.. hehe
12 replies · active 804 weeks ago
bro, so mksdnya skrg, ko just dpt untung rm0.12 je la baru ek dgn dapatwang tu? lps dia bank in kat kita blk, so kne bayar la lg rm50?
5 replies · active 804 weeks ago
pejam celik pejam celik dah nak tamat rupanya contest weblog popular tu yer. tinggal beberapa jam dr skrng je lg.. dan persoalan 'dimanakah kedudukan aku skrng ni?' masih menjadi teka-teki sbb aku hanya akan menyemaknya tepat pd jam 12 nanti. huhu..

byk juga cabaran yg sangat sukar utk dilalui disamping dpt menimba byk ilmu baru.. cabaran paling besar bg aku ialah bila blog down dan domain tiba2 expired.. serius, nk gugur je jantung ni. huhu.. tp takpe, klau tak menang aku still percaya pd rezeki.. kalau ada, adalah.. klau takde, aku redha. chewah..

apa2 pun, tahniah sbb dah dpt bayaran.. siapa2 yg baca komen ni, sudi2lah klik link juga yer http://www.dapatwang.com/?id=info (sorry bro, terpromo pulak. hahaha..)
2 replies · active 804 weeks ago
Betul tu Denaihati. Bukan semua orang terus berjaya untuk setiap percubaan yang dilakukannya dan bukan tidak ada orang yang terus berjaya dengan sekali percubaan. Yang penting usaha dan segala ketentuan-Nya.

Dah sampai hari terakhir peraduan ni. Kalau ada yang nak calonkan masih sempat lagi tu...ada beberapa jam lagi kan!

p/s...Ehem, tak sangka pulak hari ni dalam senarai denaihati tu. Terima kasih.
Selamat maju jaya.
1 reply · active 804 weeks ago
Hih hiii .. terima kasih kerana letak link aku dalam entri. Kalau tak letak, mau aku nangis tadi ... hih hiiii!!
1 reply · active 804 weeks ago
- finally.. alhamdulillah sbb tersenarai gak kat top 4. huh..

- kak jie memang mantap.. dr dulu statik je kat tempat pertama..

- congratz juga kat rakan2 yg dok top 8
1 reply · active 804 weeks ago
kak jie dah tua, kalo jatuh tak larat lagi nk panjat naik atas mcm korang..

cergas giler korang ni....aktif

tapi respect betul cara korang yg ligat berusaha...tahniah!
hohoho dah habis dah contest ni.. tak berkesempatan nak join.. hehehe buat masa sekarang aku sangat-sangat sibuk.. hohoho lain kali boleh try ni..
1 reply · active 803 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP