Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Nov 10, 2009

Sanggupkah ANDA berKORBAN?

BerKORBAN ini suatu perkataan berat yang mudah dikatakan tapi susah nak praktik. Tapi itulah hakikat hidup nak berilmu perlu cari guru untuk belajar, nak jadi jutawan perlu berniaga, nak naik pangkat mesti pandai kerja dan bodek bos, nak jadi pemimpin negara mesti pandai berpolitik, nak berkeluarga mesti ada pasangan hidup, nak pahala mesti beribadah dan nak masuk syurga mesti patut perintah Allah swt ikut cara Nabi saw.



Apa juga yang kita inginkan baik untuk dunia dan akhirat mesti ada pengorbanan. Contohnya nak Solat Fardu bila dengar je azan kita perlu tinggalkan segala aktiviti terus bersiap bersihkan badan, ambil wudhu, mengenakan pakaian yang bersih dan sesuai lalu terus ke surau atau masjid. Solat awal waktu dan berjemaah akan mendapat pahala paling banyak. Tapi mudah ke nak buat? Selalunya kita solat dah lewat waktu, gigi pun tak gosok, pakaian ala kadar (ada yang berkemban dengan kain pelekat je) dan solat sendiri kat rumah. Lebih malang lansung tak solat. Bukan mudahkan kita perlu berKORBAN untuk dapat pahala solat fardu terbanyak.

Berjuta-juta warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam yang terpaksa berKORBAN meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki di Malaysia. Tak kurang juga ada yang terKORBAN seperti Mantik Hani demi mencari rezeki. Bukan mudah untuk kita mencapai apa yang kita ingini melainkan dengan berKORBAN seperti lagu P Ramlee "Berkorban Apa Saja".

Sanggupkah kita bersusah-susah berKORBAN demi kebahagian masa tua dan lebih penting kehidupan di alam akhirat kelak?? Sanggupkah kita berKORBAN sebagaimana Nabi Muhammad saw yang berjuang untuk menyampaikan agama Allah sehingga kini kita dapat mengecapi nikmat ISLAM? Sanggupkah kita berKORBAN seperti Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail? Sanggupkah kita mengeluarkan sedikit duit untuk mengerjakan ibadah KORBAN setahun sekali?

Kepada yang mampu berKORBAN jangan sayangkan duit KITA keluarkanlah jika tidak untuk seekor lembu mungkin seekor kambing atau mungkin juga  satu bahagian yang bernilai hanya RM250-350 sekali setahun. Ibadah KORBAN adalah sunat yang diwajibkan bagi yang mampu. Balasan kelak di alam Ghaib di akhirat kelak. Masih belum terlambat untuk KITA berKORBAN. Jangan tertinggal tahun ini kerana belum tentu ada tahun depan untuk kita........

(Kepada teman-teman yang berhasrat hendak berKORBAN yang akan laksanakan di Padang, Sumatera sila email ke denaihati [a] yahoo.com atau hantarkan massage ke twitter @ denaihati. 1 bahagian bernilai RM430).

~Terima Kasih~
Zul - Zul's Blog

Entri lain yang menarik

Islam


Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (15)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
semua perkara perlukan pengorbanan.. tapi tak semua orang sanggup berkorban. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sanggup.
8 replies · active 801 weeks ago
setuju bro.. tp sbaiknya biarlah pengorbanan krn Allah s.w.t diutamakan krn konsep korban tu universal.. jgn plak krn putus cinta sanggup mengorbankan diri sendiri.. kan tak berbaloi-baloi. huhu..
sbb cinta, mmg watkan aku bodo n frust gle baben..smpaikan aku xleh nk berkorban utk bnda lain
My recent post BUDAK SKEMA vs BUDAK TIDAK SKEMA
Bro tahniah jadi penGOMEL pertama. Kepincangan umat ISLAM sekarang adalah kerana kita kurang berkorban dan ada pulak yg terlibih berkorban hingga sanggup mengebom diri sendiri.
Pengorbanan itu memang perlu tetapi perlu juga kena dan berpada2. Kita disarankan mengutamakan kesederhanaan dlm apa jua yg kita buat, kan!
berkorban untuk ALLAH mesti maksimum kerana apa yang ALLAH bagi kepada kita tiada batasnya terlalu banyak jadi terpulang kepada kita bagaimana nak membalasnya untuk mendapat syurga. syurga yang terkecil itu luasnya 10 kali ganda dunia....bayangkan lah....
susah nak bayangkan sbb betapa agungnya kekuasaan allah, kita insan yg kerdil, lagi2 aku ni..byk dosa..huhu
My recent post BUDAK SKEMA vs BUDAK TIDAK SKEMA
tp pngorbanan yg wajib tu, kne la wat bersungguh2..ye dak?
My recent post BUDAK SKEMA vs BUDAK TIDAK SKEMA
kbykkan org zmn skrg ni, sggup je wat pe2, tp janji dpt duit..ada duit, sume jalan
sebentar lagi hari raya qurban ya denai? selamat hari raya qurban ya
2 replies · active 801 weeks ago
Eh dah nak Raya ya! Cepat betul masa berlalu ... Rasanya baru saja menyambut Hari Raya Aidil Fitri ... Selamat menyambut Hari Raya Qurban buat semua umat Islam.
haah, cepat btl masa berlalu..so taun ni korban ke tak? hehe hulur2kanlah sikit daging kt sini nnt ye
My recent post AKU 'DIBUANG' UPSI..OH!
Salam,

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.

:)
2 replies · active 801 weeks ago
Sama2lah kita bergembira menyambut Hari Raya Qurban sambil tidak lupa memperingati kejadian pengorbanan Nabi Ibrahim dan Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
hari raya korban pnuh dgn maksud tersirat, pnuh dgn perjuangan, pnuh dgn pengorbanan, sama2 la kita hayatinya nnt
My recent post AKU 'DIBUANG' UPSI..OH!

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP