Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sep 17, 2013

Tempat menarik di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, minat kembara dalam dan luar negara semakin mendapat perhatian ramai. Kepada yang suka cuti-cuti Malaysia berikut disenaraikan tempat menarik di Malaysia (sila klik untuk cerita selanjutnya) :


  1. Tempat menarik di Langkawi
  2. Tempat menarik di Cameron Highlands
  3. Tempat menarik di Kuala Lumpur
  4. Tempat menarik di Terengganu
  5. Tempat menarik di Bukit Fraser
  6. Johor Premium Outlets
  7. Taman Tema Legoland
  8. Tempat menarik di Kuching
  9. Menarik di Bukit Jugra
Kongsikan tempat menarik anda di Malaysia untuk panduan kita semua.




Read more...

Aug 31, 2009

MERDEKA : Aku bukanlah seorang PERWIRA

Kempen Kibar Jalur Gemilang


1. Alhamdulillah setelah lebih seminggu bermusafir melawat keluarga akhirnya pulang juga aku ke rumah. Esok genap 10 hari kita berpuasa dan ini bermakna kita meninggalkan 10 malam pertama Ramadhan malam Kerahmatan dan akan memasuki 10 malam kedua bulan Ramadhan yang penuh BERKAT. Esok juga kita akan menyambut KEMERDEKAAN yang ke 52.

2. Aku lahir sebagai anak MERDEKA yang lahir setelah NEGARAKU Malaysia MERDEKA. Tetapi aku bukan dilahirkan dizaman serba pantas zaman ICT. Aku masih merasai jalan tanah merah berdebu, air telaga yang akan kering kontang di musim kemarau, dari pelita diganti lampu gasolin, dari berjalan kaki kemudian berbasikal dan menunggang motosikal, makan daging setahun sekali, melastik burung, bermain teng teng, mandi di sungai, berjalankaki ke sekolah sejauh 5 km dan banyak lagi memori silam yang pasti tidak akan dapat dilalui oleh anak-anak aku.

3. Alhamdulillah ALLAH swt telah memberi peluang Aku bermusafir lebih daripada 10 buah negara daripada negara yang kaya hinggalah negara yang miskin. Daripada yang mampu makan beratus ringgit hinggalah yang menunggu sisa makanan di belakang restaurant untuk dimakan. Aku sangatlah bersyukur kerana dilahirkan di MALAYSIA dalam keluarga beragama ISLAM. MALAYSIA terlalu istimewa jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

4. Alhamdulillah aku anak kampung dapat mengecapi NIKMAT KEMERDEKAAN kurniaan ALLAH swt. Dari seorang kakitangan kerajaan kepada pengurus di syarikat multinasional hinggalah menjadi usahawan. Dari tinggal di rumah sewa satu bilik hinggalah mempunyai rumah sendiri 5 bilik. Dari berjalankaki, naik bas mini, motor honda cabok, drive kereta wira hingga BMW 7 series. Solat di surau kayu hinggalah ke Masjidil Haram... semua itu nikmat ALLAH hasil daripada KEMERDEKAAN.

5. Apa yang kita kecapi ini tidak datang begitu sahaja tanpa ada usaha daripada datok moyang kita dengan izin ALLAH. Semuga kita dapat mengekalkan dan menambah baik untuk anak cucu cicit dan keturunan kita akan datang. Janganlah kita tinggalkan MALAYSIA yang hancur mancur untuk keturunan kita..... insyallah selagi kita patuh dengan perintah ALLAH swt dengan cara Nabi saw kita pasti tidak tersasar daripada kejayaan dunia dan akhirat.

6. Apa makna KEMERDEKAAN untuk ANDA teman-teman ku ..............





Diriwayatkan dari Umar, bahawa dia berkata : "Pangkal ketawadhuan adalah : engkau hendaknya mendahului salam kepada orang Islam yang engkau temui, hendaknya engkau rela mengambil tempat duduk yang lebih rendah (bawah), hendaklah engkau tidak suka disebut0sebut kebaikanmu dan ketaqwaanmu." (Al Hadith)

Read more...

Jul 7, 2009

Bercerai Kerana Seks

2-3 hari lepas aku ada baca artikel kat Metro tentang cerai berai ni. Salah satu faktor perceraian adalah seksual. Sebelum nak teruskan aku nak minta maaf sebab apa yang aku nak tulis ni mungkin sesuai untuk 18 tahun ke atas.

Biasanya kita akan kaitan masalah seksual ini dengan lemah tenaga batin tetapi sebenarnya perceraian akibat masalah seksual bukan sahaja masalah lemah tenaga batin tetapi juga kerana seks ganas, kasar, lesbian dan homeseksual.

Ada isteri mengadu suaminya tidak menyentuhnya sepanjang 2 tahun perkahwinan dan apabila diselidik, rupa-rupanya si suami gay dan ada hubungan dengan lelaki lain. Ada kes suami suka meliwat isteri dan memasukkan botol mineral dalam kemaluan isteri. Baru-baru ini seorang isteri memohon cerai kerana suaminya yang lemah tenaga batin selepas kemalangan mendera seks dengan memasukan carrot atau terung dalam kemaluan isterinya.

Ada isteri meminta cerai kerana si suami hanya mampu beraksi selama 2 minit meskipun mereka sudah ada 7 orang anak. Kes paling mengejutkan apabila se isteri berzina dengan penjaga lif sebuah hotel di Makkah ketika dia mengerjakan haji kerana tidak mampu menahan gelora nafsu dan meminta cerai sekembalinya ke Malaysia.

Tak kurang juga ramai suami-isteri yang ada pasangan gelap atau pasangan launch hour dimana ketika launch hour mereka mengambil kesempatan beraksi tanpa dapat dikesan oleh pasangan mereka yang berada di lokasi kerja yang lain atau di rumah. Kebanyakan mereka bukanlah pasangan kekasih tetapi saja berseronok untuk merasa selera seks yang berbeza.

Kepada lelaki dan wanita yang lemah tenaga batin jangan bersedih ada pelbagai cara, teknik yang betul dan tips boleh membantu untuk selesaikan masalah ANDA kan ALLAH dah janji setiap penyakit ada ubatnya. Ada pasangan yang bermasalah kerana tidak ada masa yang sesuai untuk bersama, jadi fikirkan untuk seks di pagi hari yang juga bagus untuk kesihatan berdasar kajian pakar.

~Terima Kasih~
x-pkr - x-pkr

Read more...

Jul 5, 2009

Penawar SELSEMA BABI atau Influenza A (H1N1)

Jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga 4/7/2009 yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga hari ini meningkat kepada 90,218 kes dengan 383 kematian daripada 126 negara, iaitu pertambahan 9,189 kes dan 43 kematian. Lima negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Amerika Syarikat (6,185), Mexico (1,234), United Kingdom (1,089), Singapura (91) dan New Zealand (87)..Di Malaysia sebanyak 35 lagi kes jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di negara ini hari ini menjadikan jumlah terbaru meningkat kepada 326 kes berbanding 291 sebelumnya, tanpa ada kes kematian.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengistiharkan wabak selsema babi sudah di tahap ke 6 iaitu tahap pandemik.

Dunia sebenarnya dalam ketakutan tetapi ianya tidak diberita dengan sebenarnya supaya tidak timbul rasa panik. Amerika, Jepun dan beberapa negara dengan beribu saintis dan jutaa dollar sedang berusaha keras mencari penawar selsema babi.

Hadis riwayat Al-Bukhari menyebut yang maksudnya seperti berikut  "Habbatus Sauda’ mempunyai penawar bagi semua penyakit kecuali maut.”

Mencegah lebih baik daripada merawat. Kenapa kita tidak bersedia dari sekarang? Berdasar kepada keyakinan Hadis Nabi ini insyallah pengamalan Habbatus Sauda boleh menjadi penawar kepada selsema babi kecuali bagi mereka yang memang telah ditakdirkan dijangkiti selsema babi. Cara pengamalan yang terbaik adalah dengan Basmallah, Selawat dan Niat dilindungi oleh Allah dari wabak penyakit. Insyallah dengan izin Allah kita dan keluarga akan dihindari dari wabak yang sangat menakutkan ini dan mendapat berkat kerana mengamalkan Sunnah Nabi. ANDA boleh beli Habbatus Sauda dari sponsor contest Weblog Popular 1Malaysia di Saudacare.Com. Aku pun tengah risik-risik nak jadi agen Habbatus Sauda insyallah bisnis bagus untuk Penawar Selesema Babi. Mereka yang berjaya sering berkata dalam apa juga keadaan pasti ada PELUANG.

Teringat pulak beberapa filem Holywood, manusia dijangkiti virus dan berubah menjadi ganas seperti haiwan. Di Malaysia pun ada filem yang serupa Zombi Kampung Pisang. Aku ada terbaca sebuah buku tapi lupa tajuknya bahawa di akhir zaman kelak akan berlaku dimana manusia akan diserang wabak yang mengubah manusia menjadi ganas. Mungkinkah wabak 1918 yang membunuh jutaan manusia akan berulang lagi?

~Terima Kasih~

Read more...

Jun 23, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku jumpa Tag yang menarik di blog Nessa dan Emilayusof. Bila tengok je Tag ni rasa tercabar nak mencurah Yang Terbuku Di Hati. Yang bestnya MESTI dalam BAHASA MELAYU.

TAG 1

Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.

Bekas kekasih saya adalah: teman satu sekolah yang akhirnya berkahwin dengan teman baik saya.
Saya sedang mendengar: keluhan hati saya melihat bangsa saya yang ketinggalan segalanya.
Mungkin saya patut: kerja lagi kuat.
Saya suka : bersendirian fikir kebesaran Tuhan dan kecilnya diri saya ini.
Sahabat-sahabat baik saya: sentiasa bersama walaupun saya dalam kesusahan.
Saya tak faham: kenapalah orang-orang politik ini tak pernah rehat nak berpolitik..sudah-sudah lah tu.
Saya kehilangan: anak sulong.
Ramai yang berkata: saya ini bermotivasi tinggi.
Makna nama saya: ni baru nak pergi tengok kat senarai makna nama-nama.
Cinta itu adalah: Perasaan yang indah anugerah Allah.
Di suatu tempat, seseorang sedang: termenung baru kena buang kerja.
Saya akan cuba: merendah diri.
Ayat SELAMANYA membawa maksud: Istiqamah.
Telefon bimbit saya: ada berapa ya..banyak juga tapi semua NOKIA.
Bila saya terjaga dari tidur: bersyukur Allah pinjamkan umur sehari lagi.
Saya paling meluat apabila: sombong bodoh.
Pesta/Parti adalah: majlis makan minum sambil bergumbira.
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : monyet terkecil di dunia di zoo Taiping.
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : zaman persekolahan.
Hari ini: temankan kawan pergi suatu tempat.
Malam ini saya akan: tidur awal untuk bangun awal.
Esok pula saya akan: siapkan kerja yang belum siap.
Saya betul-betul ingin: Malaysia ini aman damai.
Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini: semangkin tua saya ini.
Pusat membeli-belah atau arked permainan: teringin nak tengok orang Melayu punya.
Makanan Barat atau Jepun: Barat. Dua-dua best.
Bilik yang terang atau gelap: Tidur memang bagus dalam gelap untuk pemulihan kesihatan.
Makanan segera adalah: KFC, McD, A&W, BurgerKing, PizzaHut.
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Power tu.

TAG 2

Apakah perasaan anda sekarang? Gelisah.
Saya nak makan? Nasi putih + Daging Salai masak lemak cili padi.
Saya tak suka? Putus asa.
Impian saya? Nak jadi Hafiz Al-Quran.
Haiwan yg saya tak suka? Ular.
Saya harapkan? saya dapat mendidik anak-anak dan keturunan saya menjadi insan yang soleh dan soleha.
Jika boleh putarkan masa? saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku kepada saya baik susah atau senang...pasti ada hikmahnya.
Saya pada 10 tahun akan datang? Lebih dekat dengan Allah.
Handphone saya adalah sebuah? alat yang sangat membantu perniagaan dan perhubungan kekeluargaan.
Saya pernah bercinta sebanyak? beberapa kali.
Kawan-kawan saya? majoriti berniaga sendiri.
Pernah dikhianati? pernah.
Apa yang hendak saya lakukan terhadap orang yang mengkhianati saya? Doakan semuga mereka mendapat hidayah.
Siapa yang saya nak Tag? Semua yang baca tag ini dan rasa tercabar.

Read more...

Jun 18, 2009

Erti Pengorbanan, Selsema Babi dan Kerajaan Perpaduan.

PENGORBANAN ini perkataan besar yang mudah di katakan tapi bukan mudah nak buat.

Bagi aku erti PENGORBANAN ini adalah melakukan sesuatu yang tak suka kita lakukan untuk mencapai satu kejayaan.

Contohnya untuk sukses dalam PELAJARAN kita mesti bersengkang mata untuk belajar siang dan malam. Kalau setakat goyang kaki dapat telur ayam je lah nampaknya. Nak berjaya dalam BISNIS juga mesti kerja kuat, tinggal keluarga, kurang berseronok-seronok dan tidak mudah putus asa. Bagunan yang tinggi dibina dengan kerja kuat siang dan malam. Nak masuk SYURGA lagi lah perlu bersusah-susah. Tengok je lah macam mana Nabi SAW berkorban tenaga, harta dan masa. Hasil dari pengorbanan Nabi SAW kita sekarang mengnikmati ISLAM walaupun sudah lebih 1400 tahun kita ditinggalkan.

Dunia sekarang sedang diduga dengan masalah bermula dengan penguncupan EKONOMI dan terkini masalah wabak Selsema Babi. Kes pertama jangkitan tempatan Selsema Babi sudah terjadi di Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini perlukan PENGORBANAN. Isu penguncupan Ekonomi dan Selsema Babi adalah isu besar tetapi di Malaysia tenggelam oleh isu POLITIK.

Seminggu dua ni 1Malaysia sedang sibuk dengan isu Kerajaan Perpaduan, bagi aku secara peribadi kalau untuk perpaduan UMAT ISLAM supaya menjadi tuan di negara sendiri kenapa tidak??? Musuh-musuh ISLAM memang suka kita bersengketa. Tak salah berbeza Pendapat, Tak salah berbeza Parti tapi perpaduan Umat Islam mesti dijaga. Ini semua hanya akan berlaku bila ada PENGORBANAN. Jangan sia-siakan PENGORBANAN yang telah Nabi SAW buat untuk kita. Siapalah kita ini jika dibandingkan dengan Nabi SAW.

Apa makna PENGORBANAN bagi ANDA??


~Terima Kasih~

Read more...

Jun 14, 2009

Selsema Babi(H1N1), El Nino, Jerebu dan Apa Lagi...


Ini bukan mimpi tetapi kenyataan......

The pandemic lasted from March 1918 to June 1920 call Spanish Flu caused by an unusually virulent and deadly Influenza A virus strain of subtype H1N1, spreading even to the Arctic and remote Pacific islands. It is estimated that anywhere from 50 to 100 million people were killed worldwide, or the approximate equivalent of one third of the population of Europe. An estimated 500 million people, one third of the world's population (approximately 1.6 billion at the time), became infected.

Selsema Babi - 2009 - 2011 : kini sudah 12 di Malaysia, BERAPA RAMAI LAGI AGAKNYA YANG AKAN JADI MANGSA???

EL NINO is coming : Thousands of meters into the atmosphere, the great trade winds over Southeast Asia are starting to slow, as they have done 14 times in the last century. The oceans surrounding Indonesia, Malaysia, the Philippines and Australia are beginning to grow warmer. And thousands of miles away, in Ecuador and Peru and the west coast of the United States, the weather could be in for drastic change.

JEREBU dah mula melanda Malaysia dan Asia Tenggara. Kenaikan suhu yang melampau, kekeringan dan bermacam bencana alam akan melanda kita yang sedang sibuk berpolimik dengan benda-benda yang kecil di sisi pandangan ALLAH swt.

Firman ALLAH swt surah Al-Rahman ayat 7-13 :


Dan langit telah ditinggikan-Nya dan diciptakan keseimbangan, agar kamu jangan merosak keseimbangan itu. Dan ditegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu. Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk-Nya, di dalamnya ada buah-buahan dan kurma yang mempunyai kelopak mayang dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

ALLAH swt tidak pernah menzalimi hamba-Nya tetapi kita hamba-Nya yang menzalimi diri kita sendiri. Maka Nikmat Tuhan Manakah yang KITA Dustakan??


~Terima Kasih~

Read more...

Jun 6, 2009

Manohara Odelia Pinot dan Ambalat

Manohara Odelia Pinot nama lengkapnya. Namun orang banyak memanggilnya, Manohara. Minggu-minggu terakhir ini, wanita cantik berdarah campuran Bugis-Perancis itu begitu popular kerana penganiayaan terhadapnya oleh Tengku Temenggong Muhammad Fakhry kerabat DiRaja Kelantan.

Di minggu ini juga heboh cerita TLDM ceroboh AMBALAT satu kawasan di Utara Sulawesi yang masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Indonesia.

Blogger Indonesia yang anti Malaysia atau yang sering mereka panggil MALINGsia sentiasa dahagakan isu. Isu Manohara dan Ambalat ini menjadi mereka lebih aktif mengutuk Malaysia. Tak percaya lawatlah MALINGsia tapi jangan pulak kita marah-marah tak tentu pasal seperti mereka..kita jauh lebih profesional dari blogger INDONESIA.

Bagi aku ini semua adalah sentimen :
1. Calon-calon Presiden Indonesia yang sedang melobi untuk menang menggunakan isu ini bagi memainkan perasaan Rakyat Indonesia. Ini bukan kali pertama, beberapa tahun lepas President Indonesia, SBY telah memainkan Isu Ambalat ketika SBY menaikan harga pertol. Pemerintah menggunakan isu Ambalat untuk mengawal perasaan Rakyat yang protes kenaikan harga petrol.

2. Blogger INDONESIA terus-terusan menghentam Malaysia dengan pelbagai isu tanpa melihat jasa Malaysia memberi rezeki dan menghantar pulang lebih RM8billion hasil dari pekerja Indonesia di Malaysia. Ada statistik mengatakan ianya adalah hasil ke 3 terbesar di Indonesia. Sikap kecewa dengan keadaan sosial, ekonomi dan politik di negara mereka yang tidak menentu menyebabkan mereka terus agresif mencari sasaran lain sebagai tempat meluahkan perasaan.

Tapi buka semua Blogger Indonesia seperti gerakkan MALIGsia...

Petikan dari Blog Renungan Senja :
Celakanya, berita tentang dirinya, menurutku terlalu di dramatisir dan terkadang tidak proporsional lagi. Karena kalau mau jujur, masih begitu banyak tragedi di negeri ini yang layak untuk diangkat guna memberikan informasi yang lebih objektif tentang bencana, prahara, dan duka yang tengah menimpa saudara-saudara kita di tanah nusantara ini. 


Mungkinkah suatu masa kelak kita juga akan jadi seperti mereka???


Nota : Contest RM500 secara rasmi ditutup jam 12pm 5/5/09.



~Terima Kasih~

Read more...

May 31, 2009

Melayu diKHIANATI??

Tersentuh dengan fakta di Utusan hari ni. ALLAH swt dalam Al-Quran berulang-ulang kali mengatakan bahwa SEJARAH Rasul, Nabi, Kaum dan sebagainya yang diceritakan kembali kepada umat Nabi Muhamad saw adalah untuk ikhtbar. Semuga ianya menjadi IKTHIBAR kepada semua warga MALAYSIA.

Petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain ATAU orang Melayu sudah benar-benar bersedia untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah??


~Terima Kasih~

Read more...

May 14, 2009

Siapa Jutawan Online Malaysia

Dalam dunia blog ni ramai kawan-kawan kita yang sukses buat duit secara online samada di Malaysia juga di seluruh dunia. Di Malaysia ada yang mendapat pendapatan sehingga belasan dan puluhan ribu RINGGIT sebulan.

Berikut ada senarai Top 10 Make Money Online Dunia
1. Problogger
2. Shoemoney
3. Daily Blog Tips
4. Dosh Dosh
5. JohnChow
6. Entrepreneurs Journey
7. Performancing
8. Blogstom
9. Blogging Tips
10.Blogsessive
nota : Senarai Top 100 Make Money Online



Sebagai contoh JohnChow berjaya mengumpul pendapatan sebanyak USD40,125.99 pada June 2008. Beliau mula buat duit secara online pada awal 2005. Apa yang kita boleh belajar dari mereka yang berjaya adalah kesabaran membina BRAND atau jenama. Nama-nama seperti JohnChow, Prologger, DoshDosh dan lain-lain telah menjadi suatu jenama yang terkenal satu dunia. Beribu-ribu blogger melawat blog mereka setiap hari.

Di zaman kegawatn ekonomi ini Make Money Online merupakan suatu peluang untuk semua rakyat Malaysia yang sedang mencari sesuatu. Ramai yang telah berjaya dan ramai juga yang gagal dan putus asa di separuh jalan. Apa yang perlu adalah kerjasama antara blogger untuk memastikan kita semua berjaya. Kejayaan tidak boleh dikecapi dengan bekerja sendirian. Kejayaan bersama dengan bekerja dalam suatu pasukan.

Aku pun baru belajar nak buat duit secara online, baru join beberapa program yang dicadangkan oleh Top Blogger. Kepada yang berminat nak buat duit secara online joom kita fikir-fikir idea kreatif untuk menandingi mereka yang telah berjaya.

Menangi RM500 di sini 

~Terima Kasih~

Read more...

May 11, 2009

1Malaysia


Firman ALLAH swt surah Al-A'raf ayat 100 yang ertinya :

Atau apakah belum jelas bagi orang-orang yang mewarisi suatu negeri setelah (lenyap) penduduknya? Bahawa kalau Kami menghendaki pasti Kami seksa mereka kerana dengan dosa-dosanya dan Kami mengunci hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar pelajaran.

Petikan wawancara bersama Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, Angkasawan pertama Malaysia :

Bagi saya kita harus berfikiran jauh dan bukannya memendekkan akal ini. Saya sebenarnya bukanlah ke bulan tetapi ke angkasa lepas dan menggalas segala tanggungjawab yang diberikan. Dugaan yang hadir dalam hidup tidak sekali digentari, saya sudah lihat dengan dua pasang mata betapa kecilnya kita di bumi ALLAH ini.  Bermakna setiap masalah yang timbul saya anggap hanya secebis kuman, kerana ALLAH lebih mengetahui kebenarannya.

1Malaysia adalah gagasan yang dibawa oleh Dato' Seri Najib untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih terurus. Barah yang disuntik oleh Penjajah semakin parah dimana isu perkauman menjadi semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Selogan DEMOKRASI bebas yang di pelopori BARAT menjadi desakan kepada sistem pemerintahan Demokrasi Raja Berperlembagaan yang telah lama diamalkan di Malaysia.

Kita hanyalah manusia kecil di atas muka bumi dan tidak kelihatan pun kalau dilihat dari angkasa. Begitu kecilnya diri kita di sisi ALLAH tetapi kita setiap hari merasakan besarnya diri ini. Pergolakkan yang terus berlaku dikalangan ahli-ahli politik Malaysia sepertinya mereka tidak merasa bahawa diri mereka di lihat oleh ALLAH yang telah membinasakan banyak negeri-negeri terdahulu akibat kesombongan manusia itu sendiri.

1Malaysia yang aku impikan adalah Malaysia yang aman dan tenteram serta umat Islam nya bersatu hati memimpin kaum-kaum lain. Jangan sampai kaum-kaum lain memimpin kita kerana berdasar pengalaman aku yang sering melawat di negara lain..susahnya umat Islam jika negara yang didiami itu di pimpin oleh bukan Islam.


Apakah 1Malaysia yang ANDA inginkan...kongsikan mungkin ada yang mendengar!!!

Menangi Hadiah RM500 di sini

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP