Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Aug 19, 2009

Kuasa Password yang boleh menjadikan kita JUTAWAN.

Apabila kita ada cita-cita yang nak dicapai maka Pakar Motivasi nasihatkan kita antaranya :

1. Letakan gambar apa yang kita cita-citakan itu di tempat yang kita boleh lihat setiap hari.
2. Setiap hari ambil masa 2 minit untuk fikir dan bayangkan bahawa kita telah mencapai apa yang kita cita-citakan itu.
3. Tuliskan cita-cita kita sebanyak 100 kali berulang-ulang setiap hari.

Contohnya jika kita ingin memandu kereta BMW 5series modal terbaru maka hendaklah kita melihat gambar kereta idaman kita, bayangkan selama 2 minit yang kita sedang memandu kereta idaman dan tuliskan di atas kertas berulang-ulang sebanyak 100 kali dan lakukan setiap hari. Tujuannya adalah untuk memasukan cita-cita kita itu ke dalam Minda Separa Sedar yang tidak pernah tidur. Kuasa Minda Separa Sedar yang menguasai 90% pemikiran kita sangat menakjubkan sekiranya kita pandai menggunakannya.

Aku nak cadangkan suatu lagi cara yang sangat praktikal yang boleh kita menyimpan cita-cita ke dalam Minda Separa Sedar. Cuba kita ingat satu hari berapa kali kita LOG IN ke dalam akaun samada akaun online banking, affiliate programmes, akaun blog, email, youtube, twitter, facebook, myspace dan sebagainya....BERAPA KALI AGAKNYA??? Selalunya kita gunakan nama, tarikh lahir, no hp, nama mak we/pak we dan sebagainya sebagai password untuk LOG IN sesuatu akaun.

APA KATA mulai hari ini kita tukar password kita kepada cita-cita kita contohnya "NAKKAYA, MATIBERIMAN, JADIJUTAWAN, MASUKSYURGA, SUKABMW" dan sebagainya mengikut cita-cita kita. Kalau nak lebih selamat tukarlah A=4, I=1 dan E=3. Bayangkan kalau 100 kali kita LOG IN sehari maka 100 kali lah kita taip cita-cita kita dan insyallah ianya akan disimpan ke dalam Minda Separa Sedar.

Daripada pengalaman aku kita PASTI AKAN DAPAT apa juga yang kita simpan dalam Minda Separa Sedar cuma masa yang akan menentukan..lagi pun kejayaan tak datang sekelip mata. Kalau tak percaya buatlah selama 1 TAHUN tanpa berhenti dan rasakanlah hasilnya sendiri....kalau dah berjaya jangan lupa INFAQ ke Sekolah Agama GHUFRAN ya!!!

Read more...

Jul 22, 2009

Fenomena Gerhana Matahari dan KepercayaanNya

Gambar sumbangan : Kesiberan teratakku

27 Rejab yang lepas kita baru memperingati peristiwa besar Israk Mikraj. Hari ini penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana matahari yang paling lama mencapai 6 minit 39 saat bagi abad ke-21 pada hari ini, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai. Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

Aku tertarik dengan komen Ahli astrofizik Amerika dan pakar gerhana, Fred Espenak telah menetapkan 22 Julai ini yang dijangka berlaku sebuah fenomena 'raksasa'. Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu, atau 'keseluruhan', apabila matahari dilitupi sepenuhnya.

Fenomena Gerhana Matahari ni memang banyak MITOSnya. Ada yang kata kita tak boleh tengok terus nanti buta Mata. Di India pula wanita yang hamil tidak boleh keluar rumah ditakuti memberi kesan kepada baby. Banyak juga filem Holywood yang buat cerita khas tentang Gerhana ni. Pernah tak teman-teman dengar orang tua-tua dulu cakap apa-apa kepercayaan semasa berlaku Gerhana ni......kalau ada kongsi-kongsikan lah.

Untuk umat ISLAM, Gerhana Matahari ini adalah salah satu kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mentadbir Alam. Kita disunatkan solat sunat gerhana sebanyak 4 rakaat dengan satu salam serta khutbah ringkas setelah selesai solat sunat jika solat berjemaah. Di samping itu habiskan masa dengan berdzikir sepanjang tempoh Gerhana, semuga Allah swt memberi keredhaan dan hidayah keseluruh alam. Aku menunggu mungkin ada fenomena raksasa lain yang akan berlaku.....

Fadhilat Amal : Diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda : "Pada malam aku dimirajkan, Aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji, dan lebih harum dari minyak misik, maka Aku bertanya Jibrail : Ya  Jibril, untuk siapakah sungai ini? Jibril menjawab : Untuk orang-orang yang selawat untukmu di bulan Rejab."(Hadith Shahih). 

~Terima Kasih~
Precious - Precious

Read more...

Jul 9, 2009

PPMSI Mansuh : Bahasa SMS ganti Inggeris

Aku dulu sekolah kampung, cikgu yang ajar Inggeris tu pun tak berapa faham bahasa Inggeris. Akibatnya aku memang bangang bahasa Inggeris ni sampai lah masuk U. Nasib baik sikit selepas SPM aku attend kursus khas bahasa Inggeris. Di U aku ambil bidang bio-medical jadi 98% buku rujukan dalam bahasa Inggeris, kalau ada buku terjemahaan Bahasa Melayu pun dah out dated...tak macam di Indonesia, Jepun, Korea, China yang cepat menterjemah buku-buku Inggeris.

Sekarang anak-anak aku tadika pun dah pandai Bahasa Inggeris. Anak saudara aku yang tinggal di bandar berprestasi bagus tapi anak saudara aku yang di kampung sedih dah lah emak bapak dia tak boleh nak bantu, cikgu yang megajar pun lemah bahasa Ingggeris.

Yang untung dengan polisi PPMSI adalah anak-anak Cina dan India di bandar serta golongan pertengahan Melayu dan yang rugi pulak adalah anak-anak Melayu di kampung yang terus tak faham dan ketinggalan bukan sahaja bahasa Inggeris tapi juga matematik dan Sains.

Yang untung apabila PPMSI dimansuhkan adalah anak-anak di kampung jadi mereka dikatakan akan lebih faham belajar Matematik dan Sains tapi tetap kurang pandai bahasa Inggeris dan juga untung ahli-ahli POLITIK yang terus mempolitikkan PENDIDIKAN anak-anak sejak beberapa dekad yang lepas. Mungkin bangsa lain juga suka melihat orang Melayu terus ketinggalan.

Tapi tak apalah PPMSI dimansuhkan 2012 jadi sempat lah anak aku yang bongsu belajar dalam bahasa Inggeris 3 tahun lagi. Selepas tu pandai-pandai lah....cuma aku pernah rasa berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah...rasa rendah diri kerana tak pandai berbahasa Inggeris bukan sahaja ketika belajar juga ketika berkerjaya. Joom lah kita guna bahasa SMS lagi mudah.....

~Terima Kasih~

Read more...

Jun 30, 2009

TAKUT untuk BERJAYA!!!



"SIAL betullah RUGI lagi" ..tu lah kata yang terlontar dari mulut kawan aku semalam.
"Kenapalah KAU ni BODOH sangat markah semunya merah je" .. minggu lepas aku dengar jiran aku marahkan anaknya.
"CELAKA betullah upline ni dia kaya aku ni tak dapat apa pun" ... bulan lepas aku dengar sepupu aku komplen Upline MLM dia.
"Malang betullah nasib aku asyik-asyik tak dapat TENDER" ... dua bulan lepas kawan kontraktor aku merungut.

Semua tu bagi aku keluhan KEGAGALAN. Buruk sangat ke KEGAGALAN ni. Ada orang bijaksana kata KEGAGALAN ini adalah langkah pertama kepada KEJAYAAN. ALLAH swt pula berfirman dalam banyak ayat Al-Quran "Tidak beriman kamu selagi kamu belum diuji". KEGAGALAN itu pasti ujian ALLAH. Mungkin juga KERUGIAN wang ringgit adalah suatu proses untuk ALLAH swt membersihkan harta benda yang kita miliki yang hanya kita sahaja tahu asal usulnya.

Kita sering membandingkan KEGAGALAN kita dengan mereka yang telah BERJAYA dan terus merasa KECEWA sehingga ada yang lansung berTAUBAT tak nak buat lagi. Pernahkah kita belajar dari mereka yang telah BERJAYA bagaiman pengalaman jatuh bagun mereka? Daripada pembacaan aku tidak ada JUTAWAN yang berjaya tanpa melalui KEGAGALAN.

Ingat pesan ALLAH swt bahawa DIA hanya menguji hambanya dengan ujian yang termampu oleh hambanya. KEGAGALAN adalah sebahagian dari kehidupan untuk menuju KEJAYAAN yang lebih hebat. Kalau kita TAKUT KEGAGALAN bermakna juga kita TAKUT UNTUK BERJAYA. Janji ALLAH swt bahawa DIA hanya menguji dengan KEGAGALAN yang termampu oleh kita. JANGAN TAKUT DENGAN KEGAGALAN dan jangan menyalahkan orang lain bila kita GAGAL.

Read more...

Jun 25, 2009

TAHNIAH Anda sudah BERJAYA!!

KEJAYAAN ini perkataan besar yang menjadi bualan ramai orang. Tapi apakah tanda aras KEJAYAAN itu??

Ada yang menjadikan tanda aras KEJAYAAN itu adalah :

1. Mempunyai kereta mewah seperti BMW 5 siris, Mercedes E Class, Volvo, Lexus atau Kereta Sport.
2. Membina rumah idaman di lokasi idaman.
3. Mendapat degree PHD bukan sekadar 1 mungkin 2 atau 3 dari Universiti terkenal.
4. Bergelar Dato' atau Tan Sri.
5. Menjadi CEO atau President sebuah syarikat.
6. Mempunyai perniagaan bernilai JUTAAN Ringgit.
7. Menjadi JUTAWAN.
8. Menjadi Yang Berhormat.
9. Anak-anak yang berjaya masuk Universiti.

Apakah tanda aras KEJAYAAN bagi ANDA???

Tips Kejayaan :

1. Work Hard Work Smart
2. Kerja berpasukan @ berjemaah jangan bersendirian.
3. Istiqamah dan Never Give Up.
4. Amalkan solat sunat Dhuha setiap hari.
5. Sedekah dan Infak seberapa banyak dan sekerap yang boleh dengan seikhlas hati @ kebaikan sedekah.

Orang-orang bijak ada berkata "Succes is a journey not a final destination"

Read more...

Jun 24, 2009

Apa erti NILAI dalam hidup manusia?

Tahu tak kenapa penyelok saku sanggup mencopet dompet dan pemecah rumah sanggup masuk walaupun penghuninya berada di rumah untuk mengambil handphone, laptop dan pelbagai gadget elektrik yang kecil. Tahu tak kenapa pencuri kenderaan sanggup mencuri motosikal, kereta dan kadang-kadang basikal walaupun di depan Pasar Raya yang sememangnya sentiasa ramai orang.

Sebabnya mudah sahaja kerana barang-barang yang mereka curi itu samada dompet, handphone, laptop, PSP, kereta, motor dan basikal tu ada NILAI. Kalau tak ada NILAI seperti daun kering, sampah, kertas pasti Sang Pencuri ni tak akan mengambil risiko untuk mencuri.

NILAI ini tak semua orang akan rasa dan menghargai-Nya walaupun benda-benda ini bersama kita setiap masa setiap saat. Yang kita cuma tahu NILAI 3 kat Negri Sembilan sebab banyak barang-barang murah. NILAI ini hanya kita rasa apabila kita kehilangan-Nya.

Kita tidak akan merasa NILAI kesihatan semasa kita sihat tetapi apabila Doktor diagnos kita sakit barulah kita merasa kehilangan dan menyesal kerana tak jaga kesihatan semasa sihat. Kita tak pernah NILAI kasih sayang dan pengorbanan IBUBAPA semasa hidup kerana kita sudah bersama mereka mungkin puluhan tahun bah pepatah "alah teggal jadi biasa". Tetapi rasa kesunyian dan kehilangan serta menyesal kerana tidak BERHIMAT dengan terbaik kepada IBUBAPA akan dirasai setelah mereka masuk ke lianglahat meninggalkan kita selama-lamanya.

Kita hanya dapat merasa NILAI kekayaan apabila kita jatuh miskin setelah membelanjakan duit kita secara tidak terurus. Kita juga merasa NILAI kuasa apabila kuasa kita diambil orang atau tewas dalam pilihanraya seperti tewasnya BN KEDAH, SELANGOR dan PENANG kepada PAKATAN.

Dan lebih besar lagi NILAI iman. Syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang mereka tidak akan tidur dan berusaha mencuri IMAN dari manusia dari mula manusia dicipta sehinggalah hari kiamat. Pencuri IMAN ini lagi hebat dari pencuri dompet, handphone, laptop dan segala harta di dunia. NILAI iman hanya kita boleh rasai di akhirat dan seandainya kita biarkan IMAN kita dicuri oleh Pencuri Iman tiada jalan kembali untuk mendapatkan IMAN yang telah hilang.

MAKA marilah kita JAGA IMAN kita lebih hebat dari kita menjaga kuasa, kekayaan, dompet, handphone, laptop, PSP dan segala harta dunia dan menyayangi IBUBAPA dan KELUARGA selagi mereka masih hidup bersama kita.

Read more...

Jun 23, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku jumpa Tag yang menarik di blog Nessa dan Emilayusof. Bila tengok je Tag ni rasa tercabar nak mencurah Yang Terbuku Di Hati. Yang bestnya MESTI dalam BAHASA MELAYU.

TAG 1

Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.

Bekas kekasih saya adalah: teman satu sekolah yang akhirnya berkahwin dengan teman baik saya.
Saya sedang mendengar: keluhan hati saya melihat bangsa saya yang ketinggalan segalanya.
Mungkin saya patut: kerja lagi kuat.
Saya suka : bersendirian fikir kebesaran Tuhan dan kecilnya diri saya ini.
Sahabat-sahabat baik saya: sentiasa bersama walaupun saya dalam kesusahan.
Saya tak faham: kenapalah orang-orang politik ini tak pernah rehat nak berpolitik..sudah-sudah lah tu.
Saya kehilangan: anak sulong.
Ramai yang berkata: saya ini bermotivasi tinggi.
Makna nama saya: ni baru nak pergi tengok kat senarai makna nama-nama.
Cinta itu adalah: Perasaan yang indah anugerah Allah.
Di suatu tempat, seseorang sedang: termenung baru kena buang kerja.
Saya akan cuba: merendah diri.
Ayat SELAMANYA membawa maksud: Istiqamah.
Telefon bimbit saya: ada berapa ya..banyak juga tapi semua NOKIA.
Bila saya terjaga dari tidur: bersyukur Allah pinjamkan umur sehari lagi.
Saya paling meluat apabila: sombong bodoh.
Pesta/Parti adalah: majlis makan minum sambil bergumbira.
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : monyet terkecil di dunia di zoo Taiping.
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : zaman persekolahan.
Hari ini: temankan kawan pergi suatu tempat.
Malam ini saya akan: tidur awal untuk bangun awal.
Esok pula saya akan: siapkan kerja yang belum siap.
Saya betul-betul ingin: Malaysia ini aman damai.
Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini: semangkin tua saya ini.
Pusat membeli-belah atau arked permainan: teringin nak tengok orang Melayu punya.
Makanan Barat atau Jepun: Barat. Dua-dua best.
Bilik yang terang atau gelap: Tidur memang bagus dalam gelap untuk pemulihan kesihatan.
Makanan segera adalah: KFC, McD, A&W, BurgerKing, PizzaHut.
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Power tu.

TAG 2

Apakah perasaan anda sekarang? Gelisah.
Saya nak makan? Nasi putih + Daging Salai masak lemak cili padi.
Saya tak suka? Putus asa.
Impian saya? Nak jadi Hafiz Al-Quran.
Haiwan yg saya tak suka? Ular.
Saya harapkan? saya dapat mendidik anak-anak dan keturunan saya menjadi insan yang soleh dan soleha.
Jika boleh putarkan masa? saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku kepada saya baik susah atau senang...pasti ada hikmahnya.
Saya pada 10 tahun akan datang? Lebih dekat dengan Allah.
Handphone saya adalah sebuah? alat yang sangat membantu perniagaan dan perhubungan kekeluargaan.
Saya pernah bercinta sebanyak? beberapa kali.
Kawan-kawan saya? majoriti berniaga sendiri.
Pernah dikhianati? pernah.
Apa yang hendak saya lakukan terhadap orang yang mengkhianati saya? Doakan semuga mereka mendapat hidayah.
Siapa yang saya nak Tag? Semua yang baca tag ini dan rasa tercabar.

Read more...

Jun 11, 2009

Aku sekeping TANAH

Teman-teman aku baru je balik mencari sedikit ILMU tu yang tak sempat nak update blog. Bagi yang tunggu result contest RM500 ..sabar ya..insyallah result 2-3 hari lagi.

Kali nak cerita TANAH. Sekeping TANAH jika dibiarkan dan terbiar pasti akan ditumbuhi lalang, naik belukar, jadi hutan rimba yang dipenuhi pelbagai binatang yang kecil dan besar yang boleh dimakan dan yang boleh memakan. Manusia pasti takut nak masuk hutan belukar.

TANAH yang di tanam dengan pelbagai pokok buah-buahan atau sayur-sayuran pasti disukai bukan sahaja Manusia tetapi juka binatang seperti burung dan unggas. Memberi hasil yang boleh menjimatkan dan juga meningkatkan ekonomi Manusia. Tetapi TANAH yang ditanam jika tidak diuruskan juga boleh ditumbuhi lalang dan jadi tidak subur. TANAH yang baik MESTI terus diuruskan, dibaja, disiram dan dibuang lalang yang tubuh berterusan sehingga bila-bila.

"Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna".

"Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur".

Begitulah MANUSIA yang dijadikan ALLAH swt dari TANAH jika dibiarkan dan tidak dibajai jasmani dan rohani ......jadi APA AGAKNYA YA???

~Terima Kasih~

Read more...

May 29, 2009

Anak-anak terdedah SEKS setiap hari

Ramai ibu-bapa membiarkan anak-anak menonton kartun dari barat. Bagi mereka lebih baik anak-anak tengok kartun dari mereka melihat program lain yang tak sesuai. Pemikiran beginilah telah digunakan oleh gerakan FREEMASONS untuk mempengaruhi minda anak-anak kita secara MAKSIMUM.

Lihatlah apa yang berlaku sekarang anak-anak muda menjadi BOHSIA, ketagih FILEM LUCAH, PEROGOL dan SEKS BEBAS. Anak muda yang bakal menjadi HARAPAN bangsa runtuh akhlaknya dan ini akan melahirkan PEMIMPIN negara yang juga runtuh akhlaknya.


KENAPA tidak PERCAYA ka???

Tontonlah videos ini dan lihatlah bagaimana kartunis barat mengunakan KEMALUAN LELAKI dan WANITA sebagai objek terselindung disebalik  kartun yang ditonton  oleh anak-anak kita.





APA KOMEN ANDA???

~Terima Kasih~

Read more...

May 28, 2009

Cara Isteri Kacau Air boleh merubah DUNIA.

Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam? Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan...adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!! Aku mencari jam tangan yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan.

~Terima Kasih~

Read more...

May 26, 2009

ILMU itu KUASA

ALLAH swt mewahyukan ayat pertama kepada Nabi Muhamad saw "Iqro" yang bermakna "Bacalah". Hikmah dari membaca adalah ILMU. ILMU menjadi sumber kekuatan manusia. ILMU adalah sumber segala kekuatan dan kejayaan manusia dari zaman berzaman. Bangsa yang kaya dengan ILMU membangunkan tamadun yang hidup subur dalam kegemilangan beratus tahun.

Alhamdulillah satu hari suntuk aku membaca banyak blog-blog yang hebat untuk menambah ILMU membuat blog. 2 ILMU baru aku belajar untuk menambah baik blog yang sedia ada.


1. Memasang Sexy Social Bookmark

Sexy social bookmark ni kita boleh letak disetiap akhir posting dimana kita boleh link terus kepada beberapa social bookmark seperti twitter, facebook dan stumbleupon. Aku dapat informasi yang bagus ini di blog Dilarang Melarang, kawan-kawan boleh visit blog ni kalau berminat nak tambah fasiliti ni di blog. Nak tengok hasil yang aku buat visit 1 Malaysia 1 Kehidupan

2. Adsense Google dalam Artikel

Iklan Adsense ini kita boleh letak dipelbagai tempat antaranya di header dan sidebar. Antara lokasi yang terbaik adalah diantara artikel yang kita tulis. Bagi yang berminat nak tahu secara detail sila lawat blog Tips For New Blogger dan untuk memudahkan tukar adsense code supaya boleh masuk dalam fomat XML blogger guna Blogrowds. Nak tengok hasil yang aku buat visit Semuanya Contest. Semuga lokasi baru ini akan menambah income insyallah.

Benarlah ILMU itu KUASA...

~Terima Kasih~

Read more...

May 17, 2009

Guru Sumber ILMU


RASULULLAH SAW bersabda: "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

Terima kasih kepada semua GURU ku yang telah mengajar aku walaupun satu ayat.

Jamaluddin, Manja, Robi, Abdullah, Habibah, Hamzah, Pak Hamid, Basar, Ghazali, Khalifah, Pak Sheikh, Fatimah, Jaafar, Aziz, Kamisan, Suria, Nuraini, Mazlan, Norizah, Wan Chak, Ismail,  Osman, Suhaina, Norizan, Buyong, Nasir, Amin, Ujang, Nafi, Ong Cooi Tong ... dan ramai lagi yang masih hidup juga yang sudah meninggal dunia.  Doa dan Al-Fatihah sering ku hadiahkan untuk kalian.


Guru memberi ILMU. ILMU itu KUASA. Kekayaan ILMU akan membuka misteri hidup, meneroka jauh ke daerah yang tidak pernah dilalui orang lain. Kekayaan ILMU menjadikan seseorang tidak gentar menghadapi cabaran kerana ILMU yang dimilikinya memberi kayakinan kepada dirinya untuk menghadapi apa saja cabaran dan risiko dalam pengembaraan hidup. ILMU menjadikan seseorang berani menempuh gelombang. Kata peribahasa Melayu kalau takut dilambung  ombak jangan berumah di tepi pantai. Mereka yang mempunyai ILMU tidak takut dilambung ombak kehidupan kerana ia yakin ILMU yang dimilikinya boleh menundukkan ombak yang ganas, mententeramkan jiwa yang gelisah dan mendamaikan mereka yang kecewa.

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP