Yasmin Ahmad : Al-Fatihah
Minggu lepas kita dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah Pengarah Yasmin Ahmad, seorang sutradara tersohor yang membawa konsep 1Malaysia sejak sekian lama. Pemergian secara mengejut tanpa pesanan terakhir dan ditangisi oleh ribuan peminat dan rakan-rakan beliau. Kita juga dikejutkan dengan kemalangan yang mengorbankan 4 orang di Kulaijaya dan 5 orang di Maran. Kedua-dua kemalangan bukan disebabkan kesalahan pemandu kereta tetapi pemandu lain yang memandu laju. Al-Fatihah untuk semua yang lebih awal pulang ke rahmatullah.
Begitulah janji Allah swt apabila tiba masa untuk pergi mengadapnya tidak dapat ditahan walaupun sesaat tak kira bila, di mana, sihat atau sakit, tua atau muda. Begitu juga untuk kita dan jangan sesekali fikir bahawa kita akan hidup berpuluh tahun lagi. Dunia ini ibarat ladang untuk kita bercucuk tanam dan akhirat itu adalah kampung halaman kekal abadi. Jika bercucuk tanam yang baik di ladang maka di kampung kita akan hidup aman damai dengan bekalan yang ada tetapi jika kita biarkan ladang semak dan penuh lalang maka miskinlah kita di kampung tanpa bekalan.
Jika DSNajib sibuk dengan KPInya sudahkah kita ada KPI peribadi untuk di NILAI di akhirat kelak. Kalau ahli politik sibuk usaha atas politiknya untuk mendapat kuasa, ahli perniagaan sibuk usaha atas bisnisnya untuk mendapat keuntungan, wanita sibuk usaha atas kosmetiknya untuk kelihatan cantik, pelajar sibuk usaha atas pelajarannya untuk mendapat 17A....tapi pernahkah kita USAHA ATAS IMAN untuk mendapat SYURGA...atau kita rasa kita lambat lagi MATI...atau rasa banyak masa nak bertaubat.
Ingat setiap hari 5 kali kubur menyeru kita :
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran,
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam,
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan,
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar dan
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Untuk berkuasa, untung berniaga, sentiasa kelihatan cantik dan berjaya dalam pelajaran pasti perlukan pengorbanan begitu juga untuk berjaya ke SYURGA sudah pasti perlu PENGORBANAN. PENGORBANAN Nabi dan para sahabatlah yang menyebabkan kita merasai nikmat IMAN. Jika kemarin YASMIN AHMAD pergi mengadap ALLAH yang MAHA Agung...mungkin esok giliran KITA...sudahkah kita bersedia??
Fadhilat amal : Firman Allah surah Al-Ankabut 2-3 : "Apakah manusia menyangka akan dibiarkan berkata : Kami telah beriman, padahal mereka belum diuji? Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang yang dahulu, sehingga mengetahui siapa-siapa yang beriman dan siapa-siapa yang bohong."

~Terima Kasih~
Lizz - Harajuku