Ronaldo seNILAI RM462 juta ...ANDA berapa??
Beberapa tahun yang lepas aku menghadiri seminar motivasi. Penceramah minta kami semua menganggarkan Gaji mengikut prestasi pembelajaran. Secara purata berikut adalah hasilnya :
1. SRP : RM500 - 700
2. SPM : RM700 - 800
3. STPM : RM800 - 1000
4. DIPLOMA : RM1000 - 1300
5. IJAZAH PERTAMA : RM1800 - 2100
6. MASTER : RM2500 - 3500
7. PHD : RM4000 - 7000
Kesimpulan yang terhasil bahawa masyarakat telah menetapkan NILAI Manusia mengikut prestasi pelajaran sehingga ramai yang terperangkap dengan angka tersebut. Tahap pelajaran adalah hanya sebagai batu loncatan untuk kita menjadi Manusia yang lebih berjaya.
Lihat sahaja Ronaldo, Bill Gates, Mark Zuckerberg, Warren Buffett, Syed Mokhtar Al-Bukhary, adakah mereka diNILAI mengikut tahap pelajaran mereka. Ramai anak bangsa kita menjadi rendah keyakinan diri hanya kerana mereka berkelulusan rendah. Mereka telah terperangkap dengan angka di mana jika kita belajar tahap SPM maka GAJI kita sekadar RM700 - 800 sahaja.
Pelajaran itu sangat penting tetapi jangan pula kita menghadkan kemampuan kita sekadar mengikut tahap kelulusan kita. Sebenarnya kita mampu mencapai tahap yang lebih baik daripada apa yang kita fikirkan dengan bekerja lebih kuat, kreatif dan inovasi. Tiada kejayaan tanpa Pengorbanan dan Tidak mustahil ANDA menjadi next MARK ZUCKERBERG!!!
kuina · 820 weeks ago
denaihati 88p · 820 weeks ago
hydir · 820 weeks ago
tp nilai manusia di mata Allah tak sama .. nilai lah dgn iman kita :)
denaihati 88p · 820 weeks ago
atok · 820 weeks ago
stimpal tak dgn harga stgh billion diaaa.
gagaga
denaihati 88p · 820 weeks ago
azizwan(dot)com · 820 weeks ago
entah la, soalan ni takde jawapan yg tepat krn ianya sangat subjektif.. apa yg penting, nilai kita disisi Allah s.w.t adalah tinggi. itu sdh memadai
apa2 pun, tq utk point2 tu.. rasa mcm rendah sangat nilai aku ni "=.=
KhairiL · 820 weeks ago
hehe
azizan444444 · 820 weeks ago
ronaldo adlh salah seorng yg bertuah dikurniakan keistimewaan tu..
denaihati 88p · 820 weeks ago
sepohonkayu · 820 weeks ago
biar saya jawab dengan nasyid ni...
~Pandangan mata selalu menipu, pandangan mata selalu tersalah....
hah sambung lah!
denaihati 88p · 820 weeks ago
sepohonkayu · 817 weeks ago
nilaian dunia tiada apa2 apa di sisi Allah... nilai yang dipandang Allah adalah Agama (ISLAM)... apa yang ada kaitan dengan agama ia mulia... walau orang memandang kita dengan pandangan yang mahal ($), pangkat darjat dan harta yang banyak sekalipun tetapi...
jika Allah murka dengan kita tiada ertilah hidup ini....
denaihati 88p · 817 weeks ago
rohaizad · 820 weeks ago
p/s: mak... anak mak dan boleh duduk satu meja dengan Professor... !
denaihati 88p · 820 weeks ago
topo · 820 weeks ago
x-po · 819 weeks ago
denaihati 88p · 816 weeks ago