Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label saudacare. Show all posts
Showing posts with label saudacare. Show all posts

Sep 27, 2009

iLuvislam permulaan untuk 1000 langkah kejayaan.

Kira-kira 7 bulan lepas semasa aku buat Blog Walking tetiba aku terjumpa dengan satu portal menarik iLuvislam.com. Aku mengambil masa lebih kurang 1-2 jam explore iLuvislam.com. Aku angkat tabik dengan Saudara Imran yang mengasaskan iLuvislam.com yang menjadi kegilaan ramai remaja dan juga yang tua macam aku ini bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.


Saudara Imran - Pengasas iLuvislam

Selepas tu aku pun terlupa dengan iLuvislam.com ni kerana sibuk dengan hal-hal lain sehingga suatu hari. Sebulan selepas aku terjumpa portal iLuvislam.com aku melawat rakan yang dah hampir 2 tahun tak jumpa. Kami berjumpa di ofis kawan aku di Bangi. Kami berbual macam-macam isu almaklumlah dah 2 tahun tak jumpa. Sedang syook cerita tiba-tiba masuk seorang pemuda dan bersalam dengan aku. Kawan aku perkenalkan kepada aku yang pemuda tu Saudara Imran, Pengasas iLuvislam.com. Aku tersenyum dan beritahu kat kawan aku yang aku baru terjumpa portal iLuvislam.com sebulan yang lepas dan dengan izin Allah aku dapat pulak berjumpa dengan Pengasas iLuvislam.com.

Pertemuan ini adalah suatu permulaan yang baru untuk kami. Aku dan teman aku berkerjasama dengan mengunakan platform One Malaysia Blogshops untuk menjadi Wakil Penjual SaudaCare Selangor dan Wilayah Persekutuaan. Yang lebih mengembirakan lagi Saudara Imran, Pengasas portal iLuvislam.com juga bersedia menjadi Duta SaudaCare. Insyallah dengan gabungan ilmu aku dan teman aku yang dah lama bergelumang dalam dunia perniagaan serta kerjasama iLuvislam.com kami akan melangkah jauh mempromosi produk SaudaCare bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Projek pertama One Malaysia Blogshops dan iLuvislam.com adalah iklan di Harian Sinar Wilayah tengah yang keluar pada 25-26 September 2009. Ini adalah langkah pertama untuk 1000 langkah kejayaan, insyallah.

Kepada yang berminat untuk menjadi Rakan Usahawan sila klik @ Rakan Usahawan SaudaCare atau sms dengan menaip ANSAR INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~
X-PO - Aku X-PO

Read more...

Sep 4, 2009

Jom Join Bisnis Bernilai JUTAAN Ringgit.

Dalam entri Kesusahan Melampau ada satu komen yang menarik daripada naim :

@naim : ada satu kedai di penjuru blok (corner lot) milik Melayu, Johana Bookstore di Bangsar.... kerana kawasan itu hendak dijadikan Little India, kedai itu ditawar pembeli RM1 juta, walhal harga semasanya RM400 ribu. Jika tuan jadi taukenya, adakah tuan tetap akan tolak tawaran yang lumayan itu? 

Aku cadangkan owner kedai ambil offer yang bagus ni. Jika owner ambil offer maka dia akan untung RM600 ribu tidak termasuk nilai buku yang masih ada dalam stok. RM400ribu boleh digunakan untuk buka kedai buku baru di lokasi baru. Dalam bisinis kadang-kadang kita tak boleh sayang sangat terutama apabila dapat GOOD OFFER. Aku teringat kisah pengasas GIANT yang dapat GOOD OFFER bernilai Billion Ringgit, dia jual kepada pelabur dari Hong Kong dan set up pasar raya baru kalau tak silap The Top dan akhir di jual juga kepada GIANT.


Bisnis ni mesti kena berani GAGAL jadi bila UNTUNG kita happy sangat tapi kalau RUGI kita dah bersedia. Saja nak bagi tahu kat kawan-kawan yang aku dan beberapa teman telah mengambilalih pemasaran produk SaudaCare untuk kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kami yakin produk SaudaCare yang berasaskan Habbatus Sauda boleh diterima dan bernilai Jutaan Ringgit. Perancangan pemasaran yang agresif telah dibuat samada secara online dan offline seperti iklan di Facebook, tabloid Sinar dan harakah, majalah Al-Islam dan lain-lain.

Kami juga yakin produk SaudaCare ini boleh melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Kepada yang berani untuk BERJAYA bersama kami joom join kami sebagai Rakan Usahawan Saudacare di One Malaysia Blogshops. Aku memang tercabar dengan cabaran baru dan melihat bisnis berkembang hasil air tangan sendiri. Insyallah dengan perancangan dan latihan yang betul pasti ramai usahawan dari rumah akan dihasilkan melalui kehebatan produk Saudacare. Untuk maklumat lanjut boleh juga SMS : Taip ANSAR <> INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~

Read more...

Jul 14, 2009

Menunggu pelawat ke 22,222

Alhamdulillah ni posting aku yang ke 100..rasanya baru semalam aku ngeblog ni. Tapi tak boleh lawan calon Weblog Popular 1Malaysia emilayusof.com yang dah buat 1000 posting...bilalah aku nak cecah angka tu?? emila pun baru lancarkan online stornya yang menjual pelbagai kad ucapan yang unik

Terima kasih kepada 5577 studio yang telah beri award kepada Denaihati. Ini adalah award pertama untuk blog yang tak seberapa ni. Award ini pasti menambahkan semangat lagi untuk terus menulis.

Alhamdulillah juga semakin ramai blogger yang join contest Weblog Popular 1Malaysia untuk merebut hadiah berjumlah RM5,000 yang disponsor oleh Saudacare.com dan Anisha Online Mall. Saudacare.com pun baru lancarkan program affiliatenya yang berminat bolehlah join free je. Dalam suasana kegawatan ekonomi ni sapa yang tak nak RM5,000 tapi masih tak boleh lawan 11 Hadiah dari DS Najib sempena 100 hari pentadbirannya.


Aku juga sedang menunggu pelawat yang ke 22,222. Aku dah janji ada hadiah untuk pelawat yang ke 22,222. Kepada pelawat yang bertuah itu akan dapat token bernilai RM20 cuma pelawat yang bertuah itu perlu buat posting di blognya dan copy pastekan visitor counter yang menunjukkan angka 22,222.

Semuga blog ini terus bercahaya menerangi diri aku dan teman-teman yang tak henti-henti datang dan pergi...Insyallah.

Fadhilat Amal : Hazrat Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda "Sesiapa membaca sepuluh ayat darpada Al-Quran pada satu malam maka dia tidak akan dikira di kalangan orang yang lalai daripada mengingati Allah"

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP