Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Mar 30, 2009

Romantik Kah Aku?


Dah masuk angka belasan tahun juga aku mendirikan rumahtangga dengan my belove wife, Balqis.  Alhamdulillah dah dikurniakan putera puteri yang hebat. Sehingga ini kami berjaya mengharungi semua dugaan berkeluarga bak kata perpatah sedangkan lidah lagikan tergigit.

Semalam aku baca majalah Keluarga. Ada artikel menarik yang nak dikongsikan bersama teman-teman. Tajuk artikelnya 8 cara kekalkan sikap romantik.

1. Sentiasa memberi ciuman mesra kepada suami atau isteri terutama ketika mahu keluar rumah biarpun sekadar ciuman di dahi.

Komen : Alhamdulillah aku memang tak pernah tinggal ni sejak hari pertama terutama apabila nak keluar mencari rezeki.

2. Mendakap pasangan ketika mahu keluar rumah atau ketika berada di rumah.

Komen : Aku sering lakukan bila nak outstation dan dalam rumah tu ada jugalah 2-3 kali seminggu tak termasuk pelukan yang special tu.

3. Selalu ucapan perkataan kasih dan sayang kepada isteri.

Komen : Adalah sesekali aku kata sayang, darling, love you dan sebagainya pada waktu-waktu tertentu.

4. Memanggil pasangan gelaran tertentu

Komen : Aku selalu panggil ibu dan sesekali panggil ayang atau darling.

5. Sering bergurau senda dengan pasangan.

Komen : Dalam seminggu tu pasti ada 2-3 kali buat kelakar bodoh ..heee.

6. Berjalan beriringan ketika keluar rumah dan berpegang tangan antara satu sama lain.

Komen : Susah juga nak buat ni bila dah ramai askar. Selalu terlupa tapi bila ingat cepat-cepat jalan bersama-sama dan berpegangan tangan.

7. Mengingati hari istimewa dan membelikan pasangan hadiah.

Komen : Memang tak pernah lupa 2 date..birthday dan ulang tahun perkahwinan...hadiah tu ikut ekonomi. Kalau tak dapat beli awal-awal dah bagi tau dan my wife ok je.

8. Kekalkan amalan tidur bersama

Komen : Rugi oooo tidur asing-asing...heee.

Semuga Aku dapat teruskan semua ni dengan izin Allah..insyallah. Teman-teman macam mana???

~Terima Kasih~

Read more...

Mar 27, 2009

Seks Pagi Hari


Seks ni memang pekara yang sangat sensitif dalam masyarakat Melayu untuk dibicarakan secara umum. Mungkinkah ketidak terbukaan masyarakat kita menyebabkan banyak masalah sosial di kalangan remaja dan keruntuhan rumahtangga melanda kita sekarang. Kita sering mendengar masalah seks bebas yang mengorbankan bayi-bayi yang dibuang sesuka hati. Statistik peceraian yang tinggi juga disebabkan oleh masalah ketidakpuasan seks.

Seks memang kemahuan naluri setiap manusia anugerah Allah. Dan kerana itu Islam mewajibkan perkahwinan untuk mengesahkan seks secara halal. Alhamdulillah Aku dan wife memang open tentang seks ni. Kami sering berbincang untuk memastikan kelancaran hubungan intim. Aku sentiasa memastikan my wife puas apabila bersama jadi untuk itu aku mesti banyak membaca untuk menambah ilmu. Banyak yang aku terbaca bahawa suami lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan bahawa Isteri juga ada kemahuan untuk kepuasan seks.

Sekarang ni pun terdapat pelbagai produk yang boleh membantu meningkatkan kemampuan seks samada untuk lelaki atau wanita. Waktu melakukan seks juga penting untuk mendapat kepuasan yang maksimum. Baru-baru ini aku terbaca kelebihan seks awal pagi...so nak kongsi sikit kat teman-teman.

Seks pagi hari banyak kelebihannya. Kajian yang diterbitkan dalam New Scientist pula menyebut dua kali seks pagi hari dalam tempoh seminggu berupaya meningkatkan IgA, antibodi yang membekalkan pertahanan tubuh terhadap mikrob. Seks di pagi hari juga mengurangkan risiko artritis dan migrain. Ia membakar sekitar 300 kalori sejam yang mengurangkan risiko diabetes. Kajian ke atas 300 wanita aktif menjalankan hubungan intim juga mendapati mereka kurang mengalami masalah kemurungan.

Hubungan intim di waktu pagi juga berupaya meninggikan pengeluaran testosteron yang memberikan kekuatan kepada tulang dan otot sekali gus membantu mengurangkan osteoporosis. Sesi intim yang baik di pagi hari membuatkan rambut dan kulit bersinar hasil daripada rembesan estrogen dan lain-lain hormon yang berkaitan.

~Terima Kasih~

Read more...

Mar 26, 2009

Terima Kasih Pak Lah...


Manusia dihidupkan Allah dan pasti akan dimatikan apabila tiba masanya begitu juga pemimpin datang dan pergi. Setelah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan kini tiba masanya Abdullah Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri, Malaysia. Pak Lah melepaskan jawatan setelah didesak oleh Tun Mahathir dan sebahagian dari pemimpin UMNO akibat dari keputusan pilihan raya 2008 yang melihat buat pertama kalinya BN tidak mendapat majoriti 2/3. Tempat Pak Lah diganti oleh Timbalanya Najib Tun Razak.

Aku merasakan kegagalan Pak Lah pada pilihanraya yang lepas adalah kerana pasukannya tidak dapat mengikut aspirasi yang dibawa oleh beliau disamping berlaku perubahan dalam struktur Masyarakat Malaysia. Pak Lah membawa dasar keterbukaan berbeza dengan zaman Chedet yang lebih tertutup. Masyarakat Malaysia juga lebih terdedah dengan informasi hasil dari dasar ICT yang diperkenalkan. Malangnya pemimpin-pemimpin BN masih lagi ditakuk lama tidak menyedari bahawa dunia telah berubah dan semakin terbuka, masyarakat juga telah berubah dan berpengetahuan. Sebahagian besar Pemimpin UMNO masih lagi leka dengan projek sana projek sini, duit sana duit sini sehingga terlupa Masyarakat yang mesti dibantu.

Secara peribadi Aku merasakan Pak Lah adalah korban dari perubahan struktur Masyarakat dan Politik tetapi begitulah adat dunia setiap perubahan perlu pengorbanan. Pengorbanan beliau akan hanya dapat dilihat suatu masa akan datang. Suatu hari kita akan melihat segala jasa dan kebaikan Pak Lah.

Aku tidak mahu berbicara soal Korupsi kerana ianya telah berlaku sejak sebelum zaman Pak Lah dan apa jaminan jika Pembangkang mengambil alih TIDAK akan berlaku korupsi. Korupsi telah berlaku sejak beribu tahun dahulu. Ini bukanlah bermakna aku support korupsi..yang berani buat tunggulah balasan dari ALLAH.

Terima kasih Pak Lah. Aku doakan semuga Pak Lah terus sukses dalam hidup dunia dan akhirat....Jasa Mu Tetap Dikenang.

~Terima Kasih~

Read more...

Mar 11, 2009

Demi Masa.....

Setiap Insan di dunia ini samada yang berjawatan tinggi, jutawan, dermawan, orang biasa, miskin, muda, tua, perempuan dan lelaki di anugerahkan masa yang sama iaitu 24 jam. Walaubagaimana pun di luar sana ramai yang komplen tak cukup masa, tiada masa atau terlebih masa.

Bagi mereka yang dapat mengurus masa dengan baik pasti akan berjaya dalam bisnis, kerjaya, pentadbiran, pengurusan keluarga dan kehidupan. Mengurusan masa sememangnya perkara yang sangat penting dalam hidup manusia tetapi sering diabaikan oleh kita. Ibu-bapa pun sering ambil ringan dalam mendidik anak-anak untuk mengurus masa yang betul...sebagai contohnya berapa ramaikah ibu-bapa yang menyediakan jadual tugasan harian untuk anak-anak kita di rumah. Pengurusan masa mesti dimulai dari kecil dan akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa dan tua.



Allah SWT bersumpah dengan masa..Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Semua manusia samada ketua negara, ahli politik pemerintah atau pembangkang, pendidik, profesional, kaya, miskin, tua, muda...sesungguhnya kita semua dalam kerugian KECUALI mereka yang beriman dan membuat kebajikan..kebajikan dimana sahaja yang ikhlas...dan yang berpesan kepada kebenaran dan menasihati kepada kesabaran.

Allah SWT telah menetapkan ciri-ciri manusia yang berjaya dunia dan akhirat....adakah AKU sudah melaksanakan apa yang Allah SWT kehendaki atau masih lagi asyik dibuai keenakkan dunia.....

 Aku yang sering memberi alasan kepada diri aku sendiri dengan pelbagai alasan tanpa menyedari masa terus berlalu setiap detik setiap saat mengejar dunia yang tidak terkejar meninggalkan akhirat yang terus menunggu. Semuga Aku mendapat hidayah Allah SWT hendaknya...beribadat ibarat akan mati esok dan berusaha ibarat akan hidup seribu tahun lagi...ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

~Terima Kasih~

Read more...

Mar 8, 2009

Salam Maulidul Rasul

12 Rabiul Awal datang lagi. Dunia yang penuh dengan kegelapan menjadi terang dengan kelahiran Baginda Rasulullah Kekasih Allah. Marilah kita berselawat kepada Baginda Rasulullah tanda ucapan jutaan terima kasih kerana Baginda telah membawa kita dari zaman gelap ke zaman terang.

Marilah kita berazam untuk mengikut cara hidup dan sunah Rasulullah kerana kejayaan kita di dunia dan akhirat hanya dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Cara hidup Baginda dari sejak dilahirkan sehinggalah Baginda wafat dari cara kehidupan harian, beribadah, berkeluarga, bermasyarakat, berpolitik, berniaga dan segalanya.



Pernahkah kita membaca Sirah Baginda??? Aku rasakan jika kita sayang dan kasih kepada Baginda, kita mesti membaca sekurang-kurangnya sekali sirah Baginda. Kita mesti mengetahui sejarah Baginda dari dilahirkan sehingga Baginda wafat.

Azamlah kita untuk menziarahi makam Baginda dan melihat perjuangan Baginda di kota Mekah dan Madinah. Semuga kita menjadi umat Baginda yang dikurniakan syafaat di hari pembalasan kelak...Aminnn.

~Terima Kasih~

Read more...

Insentif Untuk Komentar Pertama

Pejam celik dah lebih dari 20posting Aku tulis di blog Yang Terbuku Di Hati ni. Insyallah dengan izin Allah lebih banyak lagi Yang Terbuku Di Hati akan diluahkan di blog ini.

Terima kasih kepada semua teman-teman yang berkongsi idea dan pandangan pada setiap posting Aku. Komen-komen ini memberi lebih semangat untuk Aku terus meluahkan apa Yang Terbuku Di Hati. Mulai hari ini Komentar yang pertama untuk setiap posting akan mendapat link percuma di setiap akhir posting. Link ini adalah tanda terima kasih dan insentif kepada setiap Komentar pertama.


 Terima kasih kepada Hydir-KBsoccernet menjadi komentar pertama untuk posting lepas.

Read more...

Mar 5, 2009

Stokin Wudhu Perempuan


Pernah tengok stokin wudhu atau di Indonesia di panggil kaos kaki wudhu untuk muslimah. Stokin ini dibuat khas untuk muslimah (ada juga untuk muslimin) bagi memudahkan mengambil wudhu apabila kita dalam perjalanan. Muslimah hanya perlu menarik hujung stokin ke atas tanpa perlu membuka keseluruhan stokin apabila mengambil wudhu.

Aku rasa ini produk yang unik dan mempunyai pasaran yang sangat besar di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Bayangkan berapa juta Muslimah di Malaysia dan di seluruh negara Islam di dunia.

Semuga stokin wudhu ini akan menjadi pendapatan sampingan yang hebat di zaman resesi ekonomi dunia ni.

Stokin wudhu mempunyai 3 pilihan, warna hitam, krim dan putih. Saya berazam untuk berniaga cara Nabi. Saya mendapat stokin wudhu pada harga RM6, pembeli boleh membeli dengan harga yang tuan suka dengan menambah sedikit keuntungan kepada saya dan ditambah kos pengiriman mengikut tempat. Jika berminat sila sms ke +60196070736.(Harga sepasang stokin wudhu di Malaysia RM11, Singapore dan Brunei $5 dan International USD3).

Kepada yang berminat nak beli dengan harga yang lebih murah atau menjadi agen-agen kecil-kecilan dengan modal yang rendah sila lawat blog Anisha Online Mall. Tak cuba tak tau kan....dah cuba baru merasa.

~Terima Kasih~

Read more...

Mar 3, 2009

Bolehkah POLITIK bawa bekal MATI?

Wooww! kian hari kian panas politik negara kita. Emmm adakah kita menuju kehancuran atau kebaikan? Allah juga lah yang MAHA tau.

Aku rasalah kalau Malaysia ni negara miskin dan tandus tiada apa-apa mungkin ahli politik ni tak terkejar-kejar sangat macam ni. Kenapa kesungguhan berpolitik ini tidak dibuat untuk menegakan Islam jadi lebih hebat dan termasyur. Ahli politik dan penyokong-penyokongnya yang offline dan online begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan ediologi masing-masing.



Yang Aku ingatlah janji Allah hanya Amalan yang baik, Anak yang soleh, Infaq yang ikhlas dan Ilmu yang baik sahaja menjadi bekalan Manusia bila berjumpa dengan NYA di Akhirat kelak. Hanya mereka yang beriman dan bertawqa dijanjikan Allah syurga. BUKAN ahli parti ini atau itu juga bukan puak ini atau itu.

Ya Allah berilah pertunjuk kepada Aku supaya membuat apa juga pekerjaan di muka bumi MU ini kerana MU bukan kerana yang lain...sesungguhnya aku takut siksa mu Ya Allah.

Read more...

Blog Baru : Segalanya Tentang Twitter

Aku baru melancarkan blog baru Segalanya Tentang Twitter. Blog yang mengupas secara yang terperinci tentang Twitter yang merupakan Mikroblogging yang paling HOT sekarang. Secara umumnya twitter ni memang belum begitu popular di Malaysia tidak seperti di USA dan Europe. Semuga blog ini akan menjadi rujukan kepada blogger Malaysia.



Sudahkah anda join Twitter?

Join me @Denaihati

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP