Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Apr 27, 2009

Jangkitan Selsema Babi

 Petikan Utusan Malaysia "Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.
Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan. – Reuters


 Firman Allah surah Fussilat ayat 9 -13 yang ertinya : Katakanlah, "Bolehkah kamu ingkar kepada Tuhan yang mencipta bumi dalam 2 masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagi Nya? Itulah Tuhan seluruh alam". Dan Dia ciptakan padanya gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dan kemudian Dia berkahi, dan  Dia tentukan makanan-makanan bagi penghuninya dalam 4 masa, memadai untuk memenuhi keperluan mereka yang memerlukannya. Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi "Datanglah kamu berdua menurut perintah Ku dengan patuh atau terpaksa". Keduanya menjawab "Kami datang dengan patuh". Lalu dicipta Nya 7 langit dalam 2 masa dan pada setiap langit Dia wahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat dengan bumi, Kami hiasi dengan bintang-bintang dan Kami ciptakan untuk memelihara. Demikianlah ketentuan Allah yang Mahaperkasa. Maha mengetahui. Jika mereka berpaling maka katakanlah "Aku telah memperingatkan kamu akan bencana petir yang menimpa kaum Ad danSamud".

Allah telah menurunkan pelbagai bencana di atas muka bumi seperti Tsunami di Aceh, gempa bumi di China, katrina di USA, ribut besar di Bangladesh dan banyak lagi bencana yang menelan mangsa ratusan ribu tetapi Adakah umat manusia mengambil pengajaran dari Nya?  Atau kita bertambah angkuh mengejar harta, kuasa dan pangkat dengan meninggalkan ajaran Allah yang telah diturunkan melalui Nabi Muhamad saw.

Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.

Adakah Selsema Babi @ swine flu ini suatu lagi bencana yang akan menelan jutaan umat manusia seperti yang dijangka oleh ramai ahli saintis bahawa akan berlaku suatu wabak virus  dalam dekad terdekat ini yang akan membunuh jutaan manusia.




Firman Allah surah Ar-Rahman ayat 37-38 yang ertinya : Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Menangi Hadiah RM500 di sini


~Terima Kasih~

Read more...

Apr 26, 2009

Contest


Baru ni aku lancarkan blog Semuanya Contest. Ada 2 strategi kenapa aku buat blog contest ni iaitu :

1. Nak kumpulkan contest online dan offline yang ada di local dan international.
2. Boleh lah aku join adsense google sebab ni blog English.

Aku merancang untuk organize Contest sendiri di blog ini insyallah minggu depan. Contest ini terbuka untuk semua blogger Melayu di seluruh dunia. Insyallah hadiahnya bernilai RM500 atau mungkin lebih. Hadiah yang aku nak offer cash dan produk.

Kalau ada sesiapa berminat nak sponsor hadiah memanglah sangat dialu-alukan. Insyallah bagi yang sponsor hadiah, aku akan letak link dan banner kat blog ni. Yang berminat boleh tweet terus @ denaihati atau boleh email atau tinggalkan komen.

Kepada yang suka nak buat duit online jom tengok Online Income

Terima kasih kepada sponsor

1. HoneyBagus - 1 Kotak Minuman Honey Apel 3
2. MyCadar - 2 pasang stokin wudhu
3. Indocontest - iklan banner 125x125 selama sebulan di Indocontest.com
4. Emilayusof.com - Personalised RSS Dolly
5. NoaSauda.com - 1 botol NoaSauda

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 24, 2009

Mimbar Jumaat : Mengosongkan Hati dari cita-cita dunia


















Firman Allah Surah An-Nahl ayat 8 yang ertinya "Dan Dia mencipta sesuatu yang tidak kamu ketahui".


Firman Allah Surah Al-Isra' ayat 85 yag ertinya "Dan kamu tidak diberi ilmu melainkan hanya sedikit".

Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 216 yang ertinya "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Barangsiapa ingin meniti jalan Allah swt, hendaklah ia mengalahkan nafsunya sebelum meniti jalan tersebut. Nafsu itu buruk perangainya kerana ia selalu memerintahkan kepada kejahatan. Apakah yang hendak kamu lakukan di sisi Allah swt dan bagaimana perjalananmu kepada Nya?

~Terima Kasih ~

Read more...

Apr 22, 2009

Earth Day


Setiap 22/4 adalah Earth Day atau Hari Bumi yang telah disambut sejak tahun 1969. Tahun 2010 ada ulangtahun ke 40 Hari Dunia. Dunia yang mempunyai ukurlilit 40,000 km kini semakin parah apabila manusia semakin sibuk dengan politik dan ekonomi. Lihat sahaja di negara kita ni siapa yang ada memikirkan soal dunia, masing-masing terlalu sibuk dengan soal kepartian, bukanlah politik itu tidak penting tetapi tanpa dunia yang baik, segar dan selamat apalah ertinya dunia ini.



Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 164 yang ertinya "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan muatan yang bermanafaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan Nya bumi setelah mati kering, dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, semua itu sungguh, merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti'.



Perubahan cuaca, pertambahan karbon dioksida, kepupusan hutan, pencemaran air, pencemaran udara, meningkatan suhu dunia, pencairan ais di kutub dan pelbagai lagi masalah dunia ini adalah kerana diri kita sendiri Manusia yang tamak dan haloba. Tunjukkan sokongan kita dengan yang paling kecil sekali join Earth Day Movement.

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 21, 2009

Create Favicon cara mudah.


Lama juga aku bercita-cita nak tambah Favicon di address blog aku ni, akhirnya hari ni aku ada masa nak meng adjust benda ni. Bagi yang tak tau Favicon ni gambar kecil yang keluar bersama dengan alamat blog kita.

Cara yang aku buat macam simple je.

1. Aku pilih gambar untuk dijadikan Favicon. Aku pilih gambar favorite aku Jendela Nabawi.

2. Gambar yang kita pilih ini aku tukar menjadi Favicon dengan menggunakan Favicon Generator.

3. Favicon yang dah siap ni aku uploadkan ke photobucket untuk dapatkan direct link.
4. Kemudian aku masukkan link kedalam html aku. Caranya aku ikut panduan di blogger buster.
5. Alhamdulillah sukses create Favicon untuk blog Denaihati.

Anda bila lagi??

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 20, 2009

Blog Politik Malaysia


3-4 hari ni aku mengabiskan masa buat blog walking ke blog politik Malaysia. Woow punyalah banyaknya dari blog yang penyokong Barisan, Blog penyokong Pakatan, Blog penyokong UMNO, Blog penyokong PKR, blog penyokong PAS, blog penyokong DAP dan ada juga blog politik yang bebas dan sukakan keamanan.

Blog politik yang paling tinggi trafiknya sekarang adalah chedet, 1Malaysia, AnwarIbrahim dan banyak lagi blog politik yang high ranking dan kritis. Setiap kumpulan bermati-matian menegakkan pendirian dan kepercayaan masing-masing. Aku tak pernah mengkelaskan blog aku sebagai blog politik tetapi sesekali sebagai warga negara yang peka aku suka juga nak tulis cerita politik dari pandangan mata hati aku.

Tapi aku yakin walauapapun yang aku tulis tak akan merubah pefikiran penyokong-penyokong parti politik sebab aku orang kecil. Titah Sultan Perak yang inginkan jangan berpolitik berlebihan pun belum tentu di hormati inikan pulak aku. Cuma aku pelik bin ajaib dalam dunia bebas berintenet ni ada dikalangan penulis menggunakan bahasa kesat dan menukar nama pemimpin seperti Najib kepada Najis dan sebagainya. Adakah internet ini bermakna kita juga bebas membelakangkan ajaran Islam? Salah satu sifat Rasul yang berjaya mengembangkan Islam keseluruh dunia adalah Iqrom Muslimin iaitu berbuat baik bukan sahaja kepada Islam tetapi juga kepada bukan Islam.

Firman Allah Surah Al-Imran ayat 26 yang sebahagian ertinya "Allah berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Allah kehendaki dan Allah cabut kekuasaan dari sesiapa pun yang Allah kehendaki. Allah muliakan siapa pun yang Allah kehendaki dan Allah hinakan siapa yang Allah kehendaki. Ditangan Allahlah segala kebajikan. Sesungguh, Allah Mahakuasa atas segalanya sesuatu".

Membaca ayat ini menjadikan aku lebih suka bersederhana dalam hidup. Berpolitik tidak salah tetapi batasan Islam jangan dilupakan. Akhirnya penentuan Qada dan Qadar adalah daripada Allah SWT dan kita wajib beriman padanya jangan yang dikejar tak dapat yang dijinjing perceceran. Musuh-musuh Islam menunggu sahaja keruntuhan sebuah lagi negara Islam.

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 17, 2009

Pilihanraya Lagi Beb!!!


Selepas pilihanraya di Pematang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Gantang, Batang Air dan Bukit Selambau next Penanti.

Aku pernah dengar DSAI kata demokrasi yang terbaik di Asia Tenggara ni adalah di Indonesia. Demokrasi paling bebas selepas kejatuhan Pak Suharto. Kawan-kawan aku di saya kata di Indonesia punyalah demokrasi sehingga setiap hari ada pilihanraya samada di peringkat kampung, mukim, daerah atau negeri. Punyalah demokrasi sehingga rakyat pun dah jemu nak memilih sebab selepas pilihanraya sama je..pemimpin yang kaya terus kaya rakyat yang miskin terus miskin.

Setahu Aku lah DEMOKRASI ni sistem yang dimulakan oleh kaum Nasrani di Parsi dan dikembangkan oleh barat lalu di eksport ke negara-negara Islam. Jadi sudah pasti DEMOKRASI ni bukan sistem Islam dan pasti pihak barat ada matlamat tersembunyi.

Menunggu sehingga pilihanraya ke-13 pasti banyak lagi pilihanraya kecil akan berlaku untuk memastikan kelangsungan semangat berpolitik tidak padam di hati rakyat. Kalau di Indonesia pilihanraya setiap hari tidak mustahil di negara kita setiap bulan. Hati dan perasaan rakyat akan terus dimanupulasi untuk kepentingan politik. Semuga Allah memberi pertunjuk kepada kita semua insyallah kerana Dialah yang MAHA berkuasa.

Read more...

Apr 16, 2009

Proton Exora


Menarik juga design Exora ni. Nampaknya kena jimat-jimat kumpul duit ni ..kalau ada rezeki setahun lagi boleh lah beli satu. Awal-awal ni tak bagus beli kot ada problem lagi kan!!

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 15, 2009

Komen Aku Di Chedet.co.cc


Ini adalah komen Aku di posting Chedet yang terkini :

Saya setuju dengan Tun, sejarah itu sangat penting kerana itulah di dalam Al-Quran sejarah nabi-nabi terdahulu diulang sangat banyak dan Allah juga meninggalkan sebahagian dari kesan sejarah untuk dijadikan panduan dan iktibar kepada mereka yang mendapat hidayat.

Generasi muda sekarang ramai yang sudah lupa sejarah kerana baginya sejarah itu sudah terbelakang. Katanya zaman ICT tak sama dengan zaman dulu yang kuno. Zaman sekarang yang penuh kebebasan katanya yang bagi saya adalah propaganda Barat atas tiket Demokerasi. Inilah gerakkan Barat untuk menghancurkan negara Islam yang maju seperti Malaysia dan memastikan negara Islam lain terus terperosok sebagai negara miskin.

Tetapi malangnya Generasi Muda, Generasi lepasan Merdeka ini di ketuai oleh pemimpin-pemimpin lama yang mempunyai kepentingan peribadi atau mungkin pemimpin-pemimpin di kuasai oleh pengaruhluar samada di dalam parti pemerintah atau di dalam parti pembangkang. Pemimpin yang pandai memanupulasi pemikiran generasi muda yang sentiasa ingin berubah.

Semuga Malaysia dan Melayu tidak menyesal sebelum terlambat. Jadikan sejarah kejatuhan empayar Islam sebagai contoh yang paling terbaik. Ingatlah, Apabila sudah jatuh memang tidak akan bagun lagi!!

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 14, 2009

Aku Takut Kalau

Aku takut kalau diberhentikan kerja
Aku takut kalau bisnis tak jalan
Aku takut kalau produk tak laku
Aku takut kalau kena saman JPJ
Aku takut kalau anak kantoi UPSR/PMR/SPM
Aku takut kalau aku terkahwin lagi
Aku takut kalau orang tak sokong lagi
Aku takut kalau bos tak pilih aku lagi
Aku takut kalau aku kena AIDS
Aku takut kalau Najib tak boleh pimpin Malaysia
Aku takut kalau Chedet merapu lagi

Aku takut kalau Anwar tak menang-menang
Aku takut kalau KJ jadi PM
Aku takut kalau Hadi tewas nanti
Aku takut kalau aku asyik takut
Aku takut kalau aku Tak takut MATI

Yang lebih hampir pada diri Aku dari segala ketakutan

Yang menyebabkan Aku ingat dunia sahaja
Dunia yang hanya sebagai ladang dan akhirat ibarat rumah yang kekal selama-lamanya.

Aku Sangat Takut Bila Aku Lupa Pada ALLAH.
Sibuk mengejar harta, wanita dan kuasa!!!

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 13, 2009

Make Money Blogging

Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu semakin ramai pekerja yang kehilangan kerja dan beribu-ribu siswazah yang bigung mencari pekerjaan. Dari data terkini lebih daripada 25,000 orang telah diberhentikan kerja. Pasti ramai yang kebingungan dan mendapat sumber kewangan baru.

Aku rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk mencari pekerjaan tetapi masa yang paling sesuai mencari peluang. Dalam suasana kecelaruan ekonomi ini pasti ada peluang di sana-sini yang boleh kita cari. Dalam sejarah telah banyak cerita kejayaan manusia di masa kegawatan ekonomi. Mereka ini tenang, pandai dan kreatif mencari peluang ketika manusia lain panik dengan keruntuhan ekonomi.

Ramai yang kata online business adalah antara peluang yang terbaik untuk kita menjana pendapatan ketika gawat ni. Ada yang menjual produk atau trading secara online, ada yang offer online service, join affiliate, adsense google dan sebagainya. Ramai juga yang telah membuktikan bahawa online busines boleh memberi penghasilan yang lumayan dan mereka berkongsi cerita melalui seminar-seminar di seluruh pelusuk negara seperti IrfanKhairi.



Di sini aku nak kongsikan satu peluang online yang boleh mengasilkan income tanpa model iaitu menyertai online contest yang memang ada setiap hari local dan international. Pelbagai hadiah disediakan cash, service, produk dan lawatan. Semua hadiah mempunyai nilai ekonomi jadi kenapa kita tidak jadikan ini salah satu sumber income... untuk info terkini tentang contest aku baru set blog baru Semuanya Contest semuga ianya boleh jadi sumber rujukkan. Langkah pertama permulaan untuk seribu langkah kejayaan.

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 11, 2009

Semakan Status Perjalanan Imegrisen


Hari aku baca di Utusan Malaysia ada 3,974 individu yang disenarai hitam dan di kenakan tindakan sekatan perjalanan keluar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967. Menurut maklumat mereka yang disekat perjalanan ini adalah berkuatkuasa setelah pembayar cukai mengikut sistem taksiran sendiri gagal membayar cukai yang ditetapkan selepas April dan diikuti denda sehingga 1 Julai tahun berkenaan.

Setelah membaca berita ini aku pun cepat-cepat melawat http://www.imi.gov.my untuk semakan manalah tahu kot-kot terjebak ..heee. Setelah aku semak alhamdulillah nama aku clear. Bayar cukai ni memang tanggungjawab tapi kadang-kadang kita ambil ringan.

So bagi yang rasa was-was tu cepat-cepat lah semak ya!!!

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 10, 2009

Santapan Jumaat : Nafsu Itu Membisikan ...

Jika Aku menginginkan kebahagian kendalikalah nafsuku agar Aku dapat mentaati Tuhanku, dan tahanlah nafsuku jangan sampai mendurhakai-Nya. Nafsuku merupakan panghalang bagi diriku untuk mengenali makhluk dan makhluk adalah penghalang bagi diriku untuk mengenal Al-Khaliq. Selama Aku masih bersama nafsuku, Aku tidak akan mengenal Khaliq. Selama Aku masih bersama dunia, Aku tidak akan mengenal akhirat, dan selama Aku masih bersama akhirat, Aku tidak akan melihat Al-Haq SWT, pemilik akhirat. Pemilik dan yang dimiliki tidak akan pernah bertemu sebagaimana tidak pernah bertemu dunia dan akhirat. Maka demikianlah halnya antara Khaliq dan makhluk. Nafsu ini selalu membisikan kejahatan. Perangilah ia dalam setiap keadaan. Janganlah bergantung kepada nafsu.

Jinakkanlah nafsuku dengan mujahadah. Sungguh jika ia telah jinak, ia akan tunduk kepada hati, kemudian hati tunduk kepada nurani dan nurani tunduk kepada Allah SWT. Kuatnya angan-angan dan kerakusanku telah membawaku untuk menyia-yiakannya. Berusahalah untuk memendekkan angan-angan dan menyedikitkan kerakusan. Ingatlah maut, dekatkanlah diriku kepada Allah SWT, dan berubatlah kepada orang-orang shidiq dengan mendengarkan ucapan-ucapan mereka, disamping banyak berdzikir siang dan malam. Temanku adalah orang yang melarangku dan musuhku adalah orang yang menjerumuskanku.

Nabi saw bersabda yang ertinya "Barangsiapa mencintai dunianya maka merugikan akhiratnya dan barang siapa mencintai akhiratnya maka akan merugikan dunianya" Dunia dan akhirat keduanya tidak pernah bersatu begitulah nafsu dan Allah SWT keduanya tidak mungkin bersatu. Aku menunaikan hak nafsu dan manusia tetapi melupakan hak Allah SWT sedangkan semua kenikmatan yang datang kepadaku itu dari Allah SWT, sudahkah Aku mensyukuri?

Allah SWT berfirman dalam ayat 69 Al-Ankabut yang ertinya "Dan orang-orang yang berjihad untuk (menarik keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami". Jangan Aku biarkan dan jangan Aku turuti nafsuku agar Aku berbahagia. Jangan aku turuti bisikan nafsu sebab ia selalu memerintahkan keburukan dan menjerumuskan aku kepada kejahatan.

Allah SWT berfirman dalam ayat 153 Al-Baqarah "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 9, 2009

Akademi Fantasia 7


Malaysia ni demam macam-macam hal, demam pemilihan UMNO dah lepas, demam pilihanraya baru selesai, demam PAKATAN RAKYAT terus melanda, demam PM baru melanda dan Najib baru je umum SAF baru Pak Menteri.

Tapi yang aku nak cerita demam AF7 walaupun tak sehebat dulu tapi masih ada pengikutnya. Aku tak lah ikut sangat tapi kalau dah satu umah tukar channel terpaksalah tengok juga. Minggu lepas aku baru dapat jawapan kenapa graduan Akademi Fantasia tidak berjaya sebagai penyanyi apabila keluar di dunia seni sebenar.

Salah seorang pengkritik mengatakan bahawa kualiti nyayian adalah modal terpenting untuk menjadi penyanyi yang sukses. Kritik ini telah dibalas oleh Pengajar mengatakan bahawa Akademi Fantasia bukan mencari penyanyi tetapi Pengibur yang boleh menyanyi dan menghiburkan penonton dan kualiti nyanyian bukan keutamaan.

Selama ni aku mati-mati sangka AF ni mencari Penyanyi berkualiti yang boleh mengantikan Syarifah Aini, Sudirman, Uji Rashid, Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, M.Nasir, Amy Search dan beberapa lagi penyanyi hebat. Rupanya tekaan aku salah...mungkin Astro nak mencari penghibur seperti Aznil dan Azman Ali.....patutlah setelah 6 kali AF hanya Mawi jelah yang boleh dikatakan power yang lain lebih menyerlah jadi pelakon dan penyampai acara. Pada mula kemasukan Tiara sebagai Pengetua aku jangkakan akan benar-benar membawa transformasi tetapi jangkaan aku salah...AF akan terus jadi tidak releven untuk melahirkan Penyanyi yang sehebat dan sebaris dengan penyanyi hebat negara.

Apa pandangan teman-teman?

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 8, 2009

BN -1 PAKATAN - 2


Keputusan pilihanraya telah diumumkan dan keputusannya BN-1 PAS-1 PKR-1. Tiada keputusan yang mengejudkan kerana kerusi ini memang dipegang oleh parti-parti yang telah menang. BN mengharapkan kemenangan di Bkt Gantang dan Bkt Selambau setelah berlaku perubahan kuasa tetapi tidak menjadi kenyataan.

Bagi Aku awal-awal lagi dah menjangka BN tidak akan menang di Bkt Gantang kerana faktor Nizar....pasti banyak undi kesian dari pengundi atas pagar.

Perubahan kuasa dari Pak Lah kepada Najib dah nampak cantik tetapi kemasukan Chedet mengubah sedikit kelancaran. Perkataan transformasi yang digunakan oleh Najib nampak tersekat sikit dengan kemasukan Chedet semula ke UMNO yang terlalu diheboh-hebohkan. Tak salah Chedet kembali semula ke UMNO tapi tak perlulah diheboh-hebohkan sangat kerana ini bukan zamannya lagi dan sedikit sebanyak seperti menunjukkan kelemahan Najib.

2 hari terakhir BN telah salah menggunakan taktik yang Aku fikir dulu digunakan dizaman Chedet iaitu dengan menyiarkan kembali ucapan Anwar selama 2 hari berturut-turut dan mengeboh-hebohkan soal bacaan Al-Quran oleh DAP. Isu Al-Quran tidak akan membuat ahli PAS mengundi BN tetapi menyebabkan pengundi bukan Islam bertukar arah menyokong Pakatan. Isu propaganda Anwar adalah taktik lama yang memang sudah ditolak oleh pengundi muda.

Kehadiran Chedet di Bkt Gantang dan Bkt Selambau juga seolah-olah menunjukkan kelemahan Muhyiddin menguruskan jentera BN. Bagi Aku zaman Chedet sudah berakhir, biarlah jasanya kenang sebagai jasa. Najib ingat pesan Pak Lah jangan kembali kezaman lampau jika ingin terus berjaya kerana masyarakat sekarang telah berubah sejajar dengan perubahan masyarakat global.

Aku menunggu barisan kabinet Najib...adakah ianya akan mengambarkan transformasi seperti yang Najib janjikan???

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 6, 2009

F1 Malaysia 2009 memang power


Aku sememangnya peminat perlumbaan F1. Tapi tahun ni aku tak berkesempatan nak ke Sepang jadi hanya menonton di rumah je. Sepanjang penganjuran F1 di Malaysia sudah 5 kali aku menonton F1 secara live di Litar F1 Sepang. Pengalaman melihat secara Live memang berbeza dengan menonton di TV.

Untuk menonton di Litar F1 Sepang Aku mesti membuat persediaan yang rapi terutama jadual dan kederaan untuk pergi kesana jika tidak sudah pasti terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Biasanya Aku akan beli tiket parking yang berhampiran. Aku memang tak berani nak parking sesuka hati kat tepi-tepi jalan dan yang paling malas nak berjalan ber kilometer untuk masuk ke Litar.

Perlumbaan tahun ni memang paling HOT. Dari awal aku dah agak perlumbaan ini pasti lain pada yang lain apabila waktu perlumbaan diubah ke 5 pm. Pada tahun-tahun sebelum ni perlumbaan jam 3 pm dan selalunya hujan lebat akan berlaku selepas perlumbaan. Sebagai peminat aku memang nak tengok perlumbaan macam ni dari sekadar melihat Pemenang di depan dari awal sampai habis perlumbaan tanpa aksi yang menarik..tu kan boring.

J.Button berjaya naik ke podium pertama untuk kali 3 dalam kariernya. Team kegemaran aku BMW Sauber berjaya mendapat podium ke 2 dari strategi yang betul...Nick Heidfeld memang bernasib baik dan beliau dah beberapa kali berjaya dengan strategi begini...Tahun ni F1 dijangka akan jadi lebih menarik kerana tiada pasukan yang favorite. Team baru Brawn-Mercedes, Toyota, McLaren-Mercedes, Ferrari, Bmw Sauber, Renault, William-Toyota mempunyai peluang yang sama.

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 3, 2009

Tahniah Kepada Najib Tun Razak


Tepat jam 10.11 pagi Jawatan Perdana Menteri, Malaysia sah berpindah tangan dari Tun Abdullah Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Ucapan TAHNIAH kepada PM baru dan TERIMA KASIH kepada Pak Lah.

Inilah ketentuan Allah kerana hanya DIA sahaja yang menentukan kerajaan di dunia ini. Allah jugalah yang memilih sesiapa juga yang DIA ingini untuk memerintah sesebuah kerajaan. Dan janji Allah setiap kejadian itu pasti ada sebab dan hikmahnya cuma kita manusia yang tidak dapat melihat. Tun Mahathir sering mengatakan bahawa beliau telah tersalah pilih Pak Lah untuk mengantikannya. Bagi aku siapalah Mahathir kerana sesunggunnya yang mengilhamkan beliau tiada lain Yang Maha Berkuasa ALLAH SWT pasti untuk sebab-sebab tertentu.

Begitu juga dengan Najib yang akhirnya dilantik menjadi PM ke 6 adalah atas kehendak ALLAH juga bukan hanya sekadar kerana kesabarannya. Sebelum ini juga telah berapa ramai Timbalan PM yang tidak berjaya menjadi PM kerana tidak dipilih oleh ALLAH.

Seluruh Dunia pun tahu bahawa ketua Pembangkang Anwar berjuang bersungguh-sungguh untuk menjadi PM Malaysia. 10 tahun dahulu Anwar sudah begitu hampir menjadi PM tetapi ALLAH belum memilih beliau dengan alasan yang semua sudah tahu. Kalau ALLAH menetapkan bahawa suatu hari Anwar akan menjadi PM Malaysia tiada siapa yang akan dapat menghalang tetapi kalau sebaliknya walaupun pun apa yang Anwar buat pasti dia tidak akan menjadi PM. Dan yakinlah semua itu ketentuan ALLAH yang pasti ada HIKMAH disebaliknya.

Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya Menjadi Kekasih ALLAH ada menulis : Semua kejadian telah tertulis. Ketika itu kamu akan melihat bahawa pemberian itu tidak akan diulur mesti sebutir sebelum waktunya. Bahkan mereka tidak akan memberimu sebutir atau sebiji, setetes atau selautan, kecuali dengan izin ALLAH SWT, ketentuan dan ilhamnya kepada hati manusia.


Selamat menjalankan tugas Najib Tun Razak, ingatlah ini Amanah Allah dan jangan kecewakan Agama, Bangsa dan Negara.

~Terima Kasih~

Read more...

Apr 2, 2009

Terima kasih EmilaYusof.Com


Terima kasih kepada EmilaYusof.Com kerana memberi peluang kepada Aku untuk iklankan banner Yang Terbuku Di Hati.

Beberapa bulan yang lalu ketika aku buat blog walking aku terjumpa EmilaYusof.Com dan selepas tu aku sering juga melawat blog ini. EmilaYusof.Com adalah sebuat blog yang unik kerana beberapa sebab :

1. Lukisan yang sangat kreatif dan cantik.
2. Pengisian blog yang menarik.
3. Mempunyai pengikut yang ramai dari pelbagai negara dan mereka sangat aktif memberi komen untuk setiap posting yang dibuat.
4. Mempunyai idea-idea yang unik seperti First Commenter (FC) ..heee ni yang Aku tiru...tiru yang baik ok kan.

Terima kasih juga kepada Emila kerana sudi buatkan banner 125x125 secara percuma.

Kepada teman-teman jangan lupa singgah di EmilaYusof.Com.

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP