Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label Ronaldo. Show all posts
Showing posts with label Ronaldo. Show all posts

Jul 30, 2009

Hijrah dari baik kepada yang lebih baik

Pertengahan Ogos Liga Bola Eropah akan bermula. aku antara peminat bola walaupun orang tua kata aku Kaki Bangku...ha ha ha ..sabar je lah. Dalam tempoh rehat Liga Eropah yang paling ranjak berlaku adalah proses Hijrah Pemain dari satu kelab ke satu kelab yang lain. Antara Hijrah yang mendapat perhatian peminat bola :

1. Cristiano Ronaldo : MU ke Real Madrid
2. Kaka : AC Milan ke Real Madrid
3. Eto'o : Barcelona ke Inter Milan
4. Ibrahimovic : Inter Milan ke Barcelona
5. Tevez : MU ke M.City
6. Kolo Toure : Arsenal ke M.City
7. Adebayor : Arsenal ke M.City
8. Owen : Newcastle ke MU
9. Hleb : Barcelona ke Inter Milan
10.Karim Benzema : Lyon ke Real Madrid
11.Antonio Valencia : Wigan ke MU
12. Banyak lagi visit je kbsoccer

Hijrah pemain-pemain hebat dunia ini dari kelab yang baik kepada yang lebih baik dengan income yang lebih HEBAT yang melibatkan Nilai jutaan pound. Hijrah ini mesti daripada yang baik kepada yang lebih baik. Tapi aku teringat kes teman lama 5 tahun lepas dia berHijrah pekerjaan dan rugi gaji RM500 hanya kerana emosi sebab dia tak puashati dengan bos. Di mana-mana kita berada pasti ada masalah dan masalah menjadikan kita lebih matang dalam hidup.

Dalam politik apabila seorang ahli politik berpintah parti kita tak panggil Hijrah tetapi Lompat parti. Suatu parti sangat gembira apabila ada ahli parti politik dari parti lain lompat ke partinya tetapi jadi marah apabila ahli partinya melompat ke parti lain. Budaya Hijrah dalam dunia bola sepak sangat berbeza dengan budaya Lompat parti dalam politik.

Tak sabar nak tunggu Liga Bola sepak season baru ni. Tak mustahil dalam tempoh 2-3 minggu ini akan adalah Hijrah pemain yang sensasi...kita tunggu dan lihat.

Fadhilat amal : Firman Allah Surah Al-Nisaa ayat 100 : "Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Read more...

Jul 8, 2009

Ronaldo seNILAI RM462 juta ...ANDA berapa??

Nilai kontrak Cristiano Ronaldo bersama Real Madrid selama 6 tahun bernilai 93 juta pound (RM462 juta) dengan gaji setahun bernilai 13 juta pound (RM65 juta). Ronaldo menjadi pemain bola sepak bergaji termahal di dunia.

Beberapa tahun yang lepas aku menghadiri seminar motivasi. Penceramah minta kami semua menganggarkan Gaji mengikut prestasi pembelajaran. Secara purata berikut adalah hasilnya :

1. SRP : RM500 - 700
2. SPM : RM700 - 800
3. STPM : RM800 - 1000
4. DIPLOMA : RM1000 - 1300
5. IJAZAH PERTAMA : RM1800 - 2100
6. MASTER : RM2500 - 3500
7. PHD : RM4000 - 7000

Kesimpulan yang terhasil bahawa masyarakat telah menetapkan NILAI Manusia mengikut prestasi pelajaran sehingga ramai yang terperangkap dengan angka tersebut. Tahap pelajaran adalah hanya sebagai batu loncatan untuk kita menjadi Manusia yang lebih berjaya.

Lihat sahaja Ronaldo, Bill Gates, Mark Zuckerberg, Warren Buffett, Syed Mokhtar Al-Bukhary, adakah mereka diNILAI mengikut tahap pelajaran mereka. Ramai anak bangsa kita menjadi rendah keyakinan diri hanya kerana mereka berkelulusan rendah. Mereka telah terperangkap dengan angka di mana jika kita belajar tahap SPM maka GAJI kita sekadar RM700 - 800 sahaja.

Pelajaran itu sangat penting tetapi jangan pula kita menghadkan kemampuan kita sekadar mengikut tahap kelulusan kita. Sebenarnya kita mampu mencapai tahap yang lebih baik daripada apa yang kita fikirkan dengan bekerja lebih kuat, kreatif dan inovasi. Tiada kejayaan tanpa Pengorbanan dan Tidak mustahil ANDA menjadi next MARK ZUCKERBERG!!!

~Terima Kasih~

Read more...

May 27, 2009

MU vs BARCA..ANDA pilih siapa??

Malam ni pasti tak tido nak tengok perlawan bola yang ditunggu seluruh dunia MU vs Barcelona di Rome. MU bukanlah favorite team aku untuk BPL begitu juga BARCA juga bukan favorite team aku untuk LaLiga. Semua peminat bola sepak dunia menganggap pelawanan ini sebagai Perlawanan DREAM GAME yang sudah lama ditunggu. Ini adalah ibarat pelawanan Ronaldo vs Messi.

Jika MU menang ia menjadi pasukan pertama yang akan menang Piala Juara Eropa dua kali berturut buat kali pertama kali. Yang menarik Asia akan ada seorang wakil yang akan bermain di perlawan akhir yang dijangka menarik ini. Tahun lepas J.Park terlepas peluang walaupun baik main baik di liga.

Ni nak pegi beli kacang goreng, kerepek pisang dan air tongkat Ali buat bekal berjaga malam ni. Kawan-kawan sokong team mana dan rasanya siapa yang menang???

Siapa yang dapat teka dengan tepat jumlah jaringan ...aku akan bagi hadiah misteri... saja suka-suka sambil nak berjaga!!!!

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP