Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Nov 14, 2009

Nizar : Keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia

1. Terima kasih kepada semua yang KLIK link DapatWang Denaihati untuk hari Jumaat dari 12.00 am - 11.59 pm. Jumlah pendapatan yang diperolehi ada RM21.64. Jumlah keseluruhan yang akan didermakan ke Tabung Pembinaan Sekolah Agama Ghufran adalah RM21.64 + RM56.40 + RM8.20. Semuga Allah memberi balasan yang baik kepada semua.



2. Aku memohon maaf oleh kerana urusan keluarga yang agak mendesak insyallah keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia akan hanya diumumkan awal minggu depan. Keseluruhan analisa contest sudah diperingkat akhir. Kepada pemenang harap bersabar tak lari gunung dikejar.

@ Haloo "bila boleh dapat payment untuk pemenang weblog popular 1 malaysia?"

3. Aku ni tak berapa pandai tentang SEO dan KEYWORDS ni. Tapi setelah buat Contest Weblog Popular 1Malaysia dapatlah sikit ilmu. Rupanya kalau keywords kita bagus pasti blog kita akan dilawati oleh teman-teman yang tidak dikenali. Tak sangka juga apabila blog ini menerima ramai teman-teman baru daripada beberapa keywords yang berkedudukan top 10 di ranking google.Selain keywords Weblog Popular 1Malaysia keywords lain yang berjaya menjadi top 10 google dan membawa teman-teman baru adalah Seks Pagi, Selsema Babi, Mantik Hani, Sekolah Agama Ghufran dan Dapat Wang. Aku juga baru tahu untuk keywords ni kekal di top 10 ranking google, kita mesti selit sesekali sekala keywords tersebut dalam entri yang baru. Aku juga terjumpa cara supaya blog kita tersenarai di Malaysiakini. Caranya setiap tajuk blog kita mesti diselitkan dengan keywords NIZAR. Jadi aku cuba selitkan keywords NIZAR ditajuk entri ni sebagai percubaan nak tengok samada menjadi atau tidak teori aku ni. 

Selamat berhujung minggu kepada semua teman baru dan lama. Semuga semua mendapat redha ALLAH swt hendaknya.

Entri lain yang menarik



Widget by Hoctro | Jack Book

Comments (119)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
nak chop jd 1st comenter dulu.. boleh? huhu..
26 replies · active 801 weeks ago
komen ambo:

1. alhamdulillah.. moga bro juga sentiasa dimurahkan rezeki. amin..

2. sapo la yg tak sabar2 nk dpt duit tu ek? huhu.. tp kan, aku pun dah tak sabar sbenarnya. hahaha.. cuma aku tak ler smpai hati nk tanya bila keputusan kluar lg2 nk tanya 'bila boleh dapat payment'.. cam mendesak je bunyi. kui3.. kpd semua, sabar la yer..

3. baguslah kalau mcm tu bro dan semoga ilmu SEO semakin gempak.. nanti bolehler blog2 bro naik kat 100 top blogger malaysia. hehe :)
33 replies · active 800 weeks ago
Tak per tak per! Take your time. Lambat ke cepat ke, aku tunggu! Memanglah perlukan masa nak wat sumer tu ...
1 reply · active 801 weeks ago
Alhamdulillah,wlw sikit ada juga yg nak menderma untuk tabung skola agama...

owh kn ade word yg leh tarik trafik ea...erm..kn cuba nieh...

Alhamdulillah juga da slesai klik untuk rakan2 di dapatwang...rmai2 leh usha blog cet ratu plak..ekekek...pomot blog..weeeeeee~
4 replies · active 801 weeks ago
hehe.. nak share pengalaman nih... tentang SEO tu kan.. aku rasa ada betulnye keyword Nizar tuh.. sbb aku dulu pernah gak wan entri pasal Nizar Jamaluddin.. tup² ramai jer yang singgah blog aku.. sekali check semua dari malaysiakini... hehehe... aku rasa nak mencuba skali lagi lah.. hihi..
6 replies · active 801 weeks ago
tak sabar nak tunggu keputusan weblog popular 1malaysia nanti (he3).

pasal keyword kena tengok juga ringan atau berat keyword tersebut. bagi aku, kalau kita kebetulan pilih keyword yg sememangnya sudah berat, agak sukar utk tersenarai di SERP top 10.
14 replies · active 801 weeks ago
* keyword kalo byk sgt, akan kena banned ! hati-hati ~ PR (page ranking) juga mempengaruhi result enjin carian..
* tukar domain juga menyebabkan PR blog menjadi 0, jadi perlu buat plan awal-awal.. nak juga .blogspot semula ke beli domain .com

^@^
16 replies · active 801 weeks ago
Uh uhhh ... boleh join sekaki tak? wokeh le, join sebelah kaki jer! Aku mana reti sal SEO ni. tapi dr pembacaan aku, keyword yg terlalu banyak dlm satu2 n3 akan nampak macam sengaja nak pikat search engine - maknanya n3 tu tak ikhlas ler! Hih hiiii ... lebih kurang gitu! So, ada kemungkinan google langsung tak nak merangkak ke blog tu dahhhh ...
11 replies · active 801 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

The last comments for

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera

vynn

Ini adalah artikel informatis yang sangat...

July 19, 2022 09:03:29 Jump to

Lukman

Penjelasan yang sangat baik tentang July 19, 2022 08:57:36 Jump to

The last comments for

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL update syarat

5,999 comments

by 1,639 readers

IntenseDebate

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP