Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Showing posts with label keputusan contest. Show all posts
Showing posts with label keputusan contest. Show all posts

Dec 16, 2009

Yang Terbaik Sepanjang November

Maaf di atas kelewatn entri penting ini. Alhamdulillah jumlah komen bulan November bertambah dan yang paling penting semakin ramai penGOMEL baru yang meninggalkan jejak di blog DENAIHATI. Jumlah keseluruhan komen adalah 1470 yang bernilai RM294.

Perjuangan untuk menjadi penGOMEL Pertama juga semakin sengit. Berikut antara yang berjaya menjadi penGOMEL pertama Precious(2), X-P0(5), RatuSalju (2), Sitisifir10(2), Azizwan(7) dan Zul (1). Pemenangnya tak lain dan tak bukan Azizwan dan hadiahnya adalah iklan banner selama sebulan di blog DENAIHATI.

3 orang penGOMEL terbanyak pulak jatuh kepada X-PO(395) menang RM50, Azizwan(294) menang RM30 dan  Precious(150) menang RM20.

4 orang berjaya cash out insentif komen iaitu X-PO sebanyak RM79, Azizwan sebanyak RM58.80,  Precious sebanyak RM31.60 dan RatuSalju sebanyak RM17. Baki sebanyak RM107.60 akan diinfaqkan untuk projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran.

Ucapan tahniah juga kepada X-PO yang telah menang RM66 kerana menjadi pelawat bertuah yang ke 66,666. Kepada yang tak berjaya tunggukan angka keramat 77,777.

Terima kasih juga kepada 100 blogger hebat yang sudi tinggalkan jejak komen antaranya Zul, Rizal, Topo, Megat, Kak Jie, AzmanIshak, Wanmus, MrBintang, Kak Long, Littlemama, Dilot dan ramai lagi yang tak tersebut.

Tidak lupa juga tahniah kepada semua pemenang contest Weblog Popular 1Malaysia. Kepada yang nak menang hadiah hebat contest Hidup Berani Untuk Gagal masih berlansung. Kepada yang nak turut serta insentif komen sila rujuk syarat-syarta @ Insentif Komen.


Terima kasih semua yang disebut dan tak disebut, yang kelihatan dan tidak kelihatan juga kepada silent visitor.

~penGOMEL pertama~
Azizwan - World of Azizwan

Read more...

Nov 19, 2009

Weblog Popular 1Malaysia dan PEMENANGnya adalah ......


Dua tiga hari ni tak berapa sihat... tapi tu semua ujian kecil daripada ALLAH. Teringat kisah Nabi Ayub yang sakit selama 18 tahun dan tidak pernah sekali Baginda berdoa minta sembuh. Katanya berapa puluh tahun Allah dan bagi sihat tetapi bila diuji tak sihat MALU bagiNya nak minta sembuh.

Hari ini seperti yang dijanjikan aku akan umumkan keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia.

1. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dah join contest ni. Semua link peserta contest telah diabadikan dalam BLOGROLL blog ini. Jika ada yang tertinggal sila maklumkan dalam ruangan komen. 


2. Aku telah menerima 21 pencalonan sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Berikut ada blog yang dicalonkan dan jumlah pencalonan daripada pengikut fanatik mereka : Ini fynn jamal cakap (16), Mombloggersplanet (19), Hidup Biar Sedap (9), Irfan Khairi (1), Kennysia - Asia Best Entertaiment Blog (1), Zahiriladzim (1), Rohaizad dot com (2), Hairulchessmaniacs (1), Kau Tercipta Untukku (1), Emilayusof (2), Contestmanic (1), Dunia Sebelah Zara (1), Your Shopping Kaki (1), World Of Azizwan (1), Oh! Tidak (1), Chokilala (1), Luthtextile (1), Viruspadu (1), Mawar Merah (1), Mylittlevegetablegarden (1) dan Mysuperkids (1).

KEPUTUSAN : Berdasar syarat-syarat yang telah ditetapkan TIADA pemenang untuk Weblog Popular 1Malaysia walaubagaimanapun sponsor telah membuat keputusan untuk memberi token sebanyak RM100 setiap satu kepada 2 top weblog yang dicalonkan iaitu Ini fynn jamal cakap dan Mombloggersplanet.

Read more...

Nov 9, 2009

Yang Terbaik Sepanjang Oktober

Yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah jumlah komen bulan Oktober bertambah dan yang paling penting semakin ramai penGOMEL baru yang meninggalkan jejak di blog DENAIHATI. Jumlah keseluruhan komen adalah 712 yang bernilai RM142.20.



Perjuangan untuk menjadi penGOMEL Pertama juga semakin sengit. Berikut antara yang berjaya menjadi penGOMEL pertama Precious(3), AzharSalleh(1), Eliss(1), Zara(2), Rizal(1), Uruchimaru(1), Sitisifir10(1), Azis(1), Rosse(1), Azizwan(1), Kaklong(1), RatuSalju(1) dan Azuan(1). Pemenangnya tak lain dan tak bukan Puan Precious dan hadiahnya adalah iklan banner selama sebulan di blog DENAIHATI.

3 orang penGOMEL terbanyak pulak jatuh kepada Precious(124) menang RM50 manakala Rizal (116) dan X-PO(116) mempunyai jumlah komen yang sama maka aku campurkan hadiah 2 dan ke 3 dan bahagikan 2 jadi sorang dapat RM25.

4 orang berjaya cash out insentif komen iaitu Precious sebanyak RM24.80, Rizal dan X-PO sebanyak RM23.20 setiap seorang serta Azizwan sebanyak RM14.80. Baki sebanyak RM56.40 akan diinfakkan untuk projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran.

Ucapan tahniah juga kepada Azizwan yang telah menang RM55 kerana menjadi pelawat bertuah yang ke 55,555. Kepada yang tak berjaya tunggukan angka keramat 66,666.

Terima kasih juga kepada blogger hebat yang sudi tinggalkan jejak komen seperti Zul (aku menang contest zul lah), Jejaktrend, Topo, Megat, Kak Jie, Cikgu PJLadyjavaDilot dan ramai lagi yang tak tersebut. Alhamdulillah juga dengan keywords Mantik Hani (Al Fatihah) blog ini juga bisa dijelajahi beberapa blogger dari Indonesia seperti Anazkia (makaseh mbak). Aku juga bersyukur PageRank (PR) blog DENAIHATI juga dah up ke PR3 setelah sangkut kat PR2 agak lama.

Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang join contest Weblog Popular 1Malaysia. Insyallah dalam beberapa hari lagi keputusan akan diumumkan. Tungguuuuu ....

~Terima Kasih~
Ratusalju - Cinta Sang Ratu

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP