Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Nov 30, 2009

Tolong BLOG aku terlebih saiz part 2

Pening juga kepala ni bila dapat tahu blog aku terlebih saiz. Kalau mengikut Meta Tag Analyzer blog aku bersaiz lebih 150K, Web Page Analyzer blog aku bersaiz melebihi 389,000 bytes dan mengikut iwebtool speed blog aku melebihi 189 KB.

Atas khidmat nasihat semua rakan-rakan terutama Kak Jie, Megat dan eliss yang telah attachkan tools untuk menyelesaikan masalah maka aku pun explorelah sendiri blog supaya dapat mengurangkan saiz dan menambah speed untuk excess blog ini.

@ eliss : bila ak ukur size blog ni kat sini http://www.iwebtool.com/speed_test? memang lebih 150K.
@ Kak jie : tak pasti nk jwp mcm mana. cek kat sini  http://analyze.websiteoptimization.com  buang apa yg tidak sepatutnya/ tak penting.
@ Megat : apa yang aku dapat rumuskan dari http://analyze.websiteoptimization.com , kelihatan banyak perkara yang menyebabkan blog ini berat dan secara tak langsung lambat load.

 Jadi 2-3 hari ini orang sibuk beraya tapi aku sibuk mengubahsuai blog ni. Ni pun template ke dua setelah yang pertama tu nampak macam tak sesuai je. Terpaksalah aku keluarkan kebanyakan widget dan gambar yang menyebabkan saiz blog ni besar. Aku juga cuba keluarkan intensedebate tapi tak banyak sangat pengaruhnya kepada saiz dan speed jadi aku kekalkan.

Read more...

Nov 28, 2009

Berakhinya Nur Kasih

Petang semalam aku dan keluarga menziarahi Pak Saudara. Pak saudara ni memang bersemangat betul nak menunaikan ibadah Haji tapi tahun ini belum ada rezeki. Insyallah dengan izin Allah swt tahun depan adalah peluang tu. Aku pun berharap sangat supaya Allah juga pilih aku untuk menjadi tetamu-Nya tahun depan.

Dalam perjalanan adik aku pesan supaya balik segera. Jam 9.00 pm mesti dah ada kat rumah. Aku jadi penasaraan apa pulak ceritanya ni sehingga bersungguh-sungguh benar adik aku nak balik awal. Jadi lepas Maghrib maka kami pun angkat kaki dari rumah Pak Saudara kami. Kebetulan hujan turun renyai-renyai dan di sebahagian jalan tak kurang lebat hujannya.

Sampai di rumah tepat-tepat jam 9.00 pm. Apalagi adik aku pun bergegas keluar kereta dan terus masuk ke dalam rumah. Setelah parking aku pun mencari ke mana tujuan adik aku. Aku tengok dah ramai berlonggok depan TV. Rupanya adik aku dan saudara mara yang lain nak menonton drama Nur Kasih episod terakhir di TV3. Aku ada juga terbaca sungguh ramai rakyat Malaysia telah dirasuk dengan drama Nur Kasih dan tak kurang juga kisah panas pelakon seksi Tiz Zaqiyah yang berlakon sebagai gadis bertudung.

Aku memang tak mengikuti drama Nur Kasih tetapi berkesempatan menononton episod pertama yang ditayangkan beberapa bulan lepas. Drama ini membawa episod kehidupan manusia yang berbeza daripada drama-drama yang banyak ditayangkan di TV. Biasanya kita ditontonkan dengan drama berkisah keluarga orang kaya dengan bisnis jutaan ringgit, rumah banglow yang mewah, kereta mewah dan bergaduhan keluarga serta perniagaan. Ini bukanlah kisah sebenar orang Melayu.

Read more...

Nov 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA


Kepada semua Muslimin dan Muslimat saya dan isteri ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Semuga kita mengambil iktibar daripada peristiwa Korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tanpa pengorbanaan pasti tiada kejayaan dunia dan akhirat.

Marilah kita berdoa agar rakan-rakan seperjuangan dan semua jemaah kita dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna dan agar amal ibadat mereka diberkati Allah s.w.t. serta dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Insyallah dengan izin Allah swt kami suami isteri berazam untuk menjadi tetamu Allah swt tahun depan ... tolong doakan.

Read more...

Nov 24, 2009

Tolong BLOG aku terlebih saiz

Semalam aku terjumpa link Meta Tags Analyzer. Apa lagi aku pun teruslah mencuba dan hasilnya :

"This page exceeds 150k in size. In order to conserve bandwidth we have only analyzed approximately 150k of HTML source which is the maximum analyzed for non ScrubTheWeb.com™ Members. Large Web pages rarely do well in search engines because of keyword saturation and lack of focus. To be on the safe side and to insure your Web page is robot friendly to all major search engines, we suggest you limit your Web page's content to well under 100k. Because of this limit, some warnings or error messages such as missing Tags may not be valid to the actual page."

Jujur dalam istilah kampung aku ni memang bangang sangat benda-benda ni. Aku minta bantuan teman-teman untuk jelaskan sikit masalah yang sedang blog aku hadapi. Kalau ikut jawapan di atas blog yang terbaik mesti bersaiz bawah 100k.


Read more...

Nov 23, 2009

Gali Lubang Tutup Lubang

Hari ini aku nak kongsi cerita yang berlaku kira-kira 12 tahun lepas. Ketika itu aku menghadapi masalah kewangan yang sungguh kritikal (sebabnya aku akan cerita next entri). Ketika itu aku masih berkerja di sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur (aku berpindah dari Utara setelah setahun anak sulung meninggal).

Duit gaji aku kalau dikumpul setahun pun tak dapat nak selesaikan hutang aku. Aku tidak dapat menerima masalah yang sedang aku hadapi dan sering menyalahkan diri sendiri. Aku tak menjadi kuat sebagaimana kuatnya aku ketika aku kehilangan anak sulung. Aku mencari jalan keluar daripada masalah dengan macam-macam cara. Aku pernah pergi ke kelab hiburan tetapi suasana yang bengit dengan bermacam manusia modern tidak sesuai dengan jiwa aku. Aku pernah duduk termenung berjam-jam di Tasik Titiwangsa dengan harapan aku dapat ilham untuk selesaikan masalah. Yang paling parah aku habiskan banyak masa bermain game di pusat permainan game yang bersepah kat KL sehingga jadi ketagihan.

Read more...

Nov 21, 2009

Mari sama-sama kita bantu KAK YONG

Sempena ulangtahun perkahwinan kami semalam aku mendapat satu lagi kabar gembira apabila kocek aku bertambah lagi.

This is to inform you that BRAIN SUCCESS SOLUTION has transferred RM343.52 to your Maybank account for  Komisyen DapatWang 15Nov on 11/20/09 12:48:19 via Maybank2u.com.


Ini adalah payment kedua yang aku terima daripada Projek Berani Gagal Network dan sangat berharap bukan yang terakhir. RM343.52 adalah antara jumlah yang paling besar aku pernah terima semenjak berkecimpung dalam bisnis online. Tapi aku pasti ramai teman-teman yang pernah dapat lebih banyak daripada itu.

Alhamdulillah jumlah team Berani Gagal Network sudah mencecah 40 orang tetapi tidak semua yang buat kerja mungkin mereka menunggu bukti payment pertama. Bagi teman-teman yang terus klik hari-hari jangan mengeluh insyallah usaha kita bukan sahaja dibalas duit tapi lebih besar pahala kerana membantu menjana pendapatan kepada teman yang lain.

Read more...

Nov 20, 2009

Tarikh 20/11 yang tidak akan aku lupakan

Aku teringat satu babak kehidupan yang pernah aku lalui bersama isteri diawal perkahwinan kami. Ketika itu aku bertugas di sebuah agensi kerajaan di utara Malaysia. Kami diduga apabila anak sulung kami dilahirkan dengan kesihatan yang tidak beberapa baik. Kami sentiasa  sahaja keluar masuk hospital dan juga buat macam-macam rawatan alternatif untuk merawat anak kami. Terima kasih sangat-sangat kepada seorang teman yang kebetul seorang doktor kanak-kanak yang hari-hari singgah untuk melihat dan merawat anak kami di rumah.

Pada bulan ke 5 anak kami dirujuk ke Pakar Kanak-kanak di hospital Kuala Lumpur. Aku hantar isteri dan anak awal beberapa hari ke rumah Abang Ipar di Shah Alam dan aku terpaksa balik semula ke utara sebab tak dapat cuti. Malam tu isteri aku telefon katanya keadaan anak semakin kritikal. Anak tak berhenti-henti menanggis. Kebetulan abang ipar dan adik ipar aku kerja malam dan jiran sebelah balik kampung jadi isteri aku keseorangan melalui saat getir tu.. Alhamdulillah awal pagi jiran sebelah balik dan bawa isteri dan anak aku ke Hospital Klang.

Aku yang baru seminggu dapat lesen kereta nikat pinjam kereta kawan dan memandu sendirian ke Shah Alam. Aku terus berdoa semuga anak aku selamat. Sesampai aku di Shah Alam, adik ipar aku suruh aku solat zohor. Lepas solat aku terus tanya dia bagaimana keadaan anak. Dia diam dan jalan ke kiri dan kanan. Adik ipar aku minta aku bersabar. Perasaan aku tuhan je yang tahu. Akhirnya dia beritahu anak aku dah pergi untuk selamanya. Aku bigung dan tak ingat apa yang aku lakukan ketika itu. Seingat aku selepas itu jiran abang ipar aku bawa aku ke hospital.

Read more...

Nov 19, 2009

Weblog Popular 1Malaysia dan PEMENANGnya adalah ......


Dua tiga hari ni tak berapa sihat... tapi tu semua ujian kecil daripada ALLAH. Teringat kisah Nabi Ayub yang sakit selama 18 tahun dan tidak pernah sekali Baginda berdoa minta sembuh. Katanya berapa puluh tahun Allah dan bagi sihat tetapi bila diuji tak sihat MALU bagiNya nak minta sembuh.

Hari ini seperti yang dijanjikan aku akan umumkan keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia.

1. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dah join contest ni. Semua link peserta contest telah diabadikan dalam BLOGROLL blog ini. Jika ada yang tertinggal sila maklumkan dalam ruangan komen. 


2. Aku telah menerima 21 pencalonan sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Berikut ada blog yang dicalonkan dan jumlah pencalonan daripada pengikut fanatik mereka : Ini fynn jamal cakap (16), Mombloggersplanet (19), Hidup Biar Sedap (9), Irfan Khairi (1), Kennysia - Asia Best Entertaiment Blog (1), Zahiriladzim (1), Rohaizad dot com (2), Hairulchessmaniacs (1), Kau Tercipta Untukku (1), Emilayusof (2), Contestmanic (1), Dunia Sebelah Zara (1), Your Shopping Kaki (1), World Of Azizwan (1), Oh! Tidak (1), Chokilala (1), Luthtextile (1), Viruspadu (1), Mawar Merah (1), Mylittlevegetablegarden (1) dan Mysuperkids (1).

KEPUTUSAN : Berdasar syarat-syarat yang telah ditetapkan TIADA pemenang untuk Weblog Popular 1Malaysia walaubagaimanapun sponsor telah membuat keputusan untuk memberi token sebanyak RM100 setiap satu kepada 2 top weblog yang dicalonkan iaitu Ini fynn jamal cakap dan Mombloggersplanet.

Read more...

Nov 16, 2009

Sediakan Payung sebelum Hujan

Aku ni tengah sibuk menguruskan keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia. Tugasan aku melompat dari satu blog ke satu blog lain yang join Contest Weblog Popular 1Malaysia. Macam-macam design blog dan cerita yang terdapat pada blog yang join contest dan blog yang dicalonkan.



Dari pemerhatian aku ada blog yang dah lama dengan mengikut yang tak kurang hebatnya dan ada juga blog yang baru setahun jagung. Majoriti tuan punya blog memang sangat sayangkan blog yang mereka uruskan. Cuma aku bertanya dalam hati pernahkah tuan-tuan punya blog ini terfikir tiba-tiba suatu hari blog mereka tiba-tiba lenyap dari dunia Maya. Samada terdelete atau dihack oleh lanun online. Ini pernah berlaku pada teman aku.

Dikesempatan ni aku nak kongsikan ILMU yang aku dapat daripada MomBloggersPlanet bagaimana untuk kita back up blog yang kita sayangi ini. Aku sendiri  pun ada back up blog Denaihati untuk persedian kalau terjadi perkara yang tak diingini. Oleh kerana blog ini aku gunakan platform Blogspot maka aku back up dengan platform Wordpress @ http://denaihati.wordpress.com. Dah lama juga aku buat tapi aku lansung tak promosi.

Kepada teman-teman yang berhasrat untuk sediakan payung sebelum hujan sila belajar kat Sekolah Pondok aku @ Cara Mudah Buat Blog.

Read more...

Nov 14, 2009

Nizar : Keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia

1. Terima kasih kepada semua yang KLIK link DapatWang Denaihati untuk hari Jumaat dari 12.00 am - 11.59 pm. Jumlah pendapatan yang diperolehi ada RM21.64. Jumlah keseluruhan yang akan didermakan ke Tabung Pembinaan Sekolah Agama Ghufran adalah RM21.64 + RM56.40 + RM8.20. Semuga Allah memberi balasan yang baik kepada semua.



2. Aku memohon maaf oleh kerana urusan keluarga yang agak mendesak insyallah keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia akan hanya diumumkan awal minggu depan. Keseluruhan analisa contest sudah diperingkat akhir. Kepada pemenang harap bersabar tak lari gunung dikejar.

@ Haloo "bila boleh dapat payment untuk pemenang weblog popular 1 malaysia?"

3. Aku ni tak berapa pandai tentang SEO dan KEYWORDS ni. Tapi setelah buat Contest Weblog Popular 1Malaysia dapatlah sikit ilmu. Rupanya kalau keywords kita bagus pasti blog kita akan dilawati oleh teman-teman yang tidak dikenali. Tak sangka juga apabila blog ini menerima ramai teman-teman baru daripada beberapa keywords yang berkedudukan top 10 di ranking google.Selain keywords Weblog Popular 1Malaysia keywords lain yang berjaya menjadi top 10 google dan membawa teman-teman baru adalah Seks Pagi, Selsema Babi, Mantik Hani, Sekolah Agama Ghufran dan Dapat Wang. Aku juga baru tahu untuk keywords ni kekal di top 10 ranking google, kita mesti selit sesekali sekala keywords tersebut dalam entri yang baru. Aku juga terjumpa cara supaya blog kita tersenarai di Malaysiakini. Caranya setiap tajuk blog kita mesti diselitkan dengan keywords NIZAR. Jadi aku cuba selitkan keywords NIZAR ditajuk entri ni sebagai percubaan nak tengok samada menjadi atau tidak teori aku ni. 

Selamat berhujung minggu kepada semua teman baru dan lama. Semuga semua mendapat redha ALLAH swt hendaknya.

Read more...

Nov 13, 2009

Sedekah itu Perisai Api Neraka

1. Orang yang suka bersedekah itu akan diberkati Allah swt rezekinya, dipanjangkan usianya, disihatkan tubuh badannya, dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya.
2. Kebaikan sedekah di dunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati dan berkat rezekinya.
3. Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaanya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga, juga sebaliknya.
4. Sedekah itu adalah perisai daripada api neraka (Ceramah Tuan Guru).


Sempena hari Jumaat, Penghulu segala hari :

1. Kepada teman-teman yang berniat untuk menyumbang untuk SAHAM AKHIRAT sila KLIK link http://bit.ly/2UCOPI. Setiap KLIK anda hari ini (12.00am - 11.59pm) bernilai RM0.30 akan didermakan kepada Tabung Pembinaan Sekolah Agama Ghufran.

2. Kepada teman-teman yang berhasrat hendak berKORBAN untuk Sambutan Aidil Adha yang akan laksanakan di Padang, Sumatera sila tinggalkan pesanan @ contact atau hantarkan massage ke twitter @ denaihati. (1 bahagian bernilai RM430).

3.  Boleh juga membuat tempahan KORBAN secara online @ http://www.ezqurban.org/

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Read more...

Nov 12, 2009

Pengalaman berjiran Wanita Bujang

Aku tertarik betul dengan kisah azabnya berjiran dengan wanita bujang di blog Oh! Tidak. Aku pun ada pengalaman yang menarik dan pasti teman-teman pun ada pengalamankan menarik tak kiralah samada berjiran dengan wanita atau lelaki bujang. Antara pengalaman masa bujang berjiran wanita bujang ni :

1)Mengilai ramai ramai macam pontianak.
2)Coli dan panties dijemur di hadapan jalan raya. (macam bendera bangsa bangsa bersatu berkibar)


Gambar dari Aku X-PO

3) Kalau memasak di dapur, dengan hilai ketawa dan berbualan boleh didengar oleh jiran.
4) Hari minggu kalau cuci kereta, main air pancut antara mereka.
5) kalau balik shopping, dengan megah dan suara yang kuat memanggil teman serumah untuk meilhat apa yang dibeli semasa shopping.
6) Kalau boyfriend datang, suruh masuk terus. Bukan suruh tunggu diluar.

Ish ish ish ..banyak lagi kalau nak cerita..tetapi bukan semua wanita bujang berperangai begini hanya segelintir sahaja. Ada yang nak kongsi pengalaman ke ....

Tanggungjawab kita sebagai jiran memang telah dijelaskan dalam Islam. Jiran ini lebih penting daripada saudara mara kita yang jauh dan sebaik-baiknya apabila kita berdoa mesti kita doakan untuk jiran kerana akhirnya kelak di akhirat kita akan dituntut oleh jiran kita.

~Terima Kasih~
X-PO - Aku X-PO

Read more...

Nov 11, 2009

BERANI GAGAL NETWORK : Dapat Wang Segera



Maaf entri ini KHAS untuk teman-teman yang dah join atau akan join projek bisnis online baru DapatWang.com. Bisnis online ni sememangnya perlu keBERANIAN kerana tak mustahil lansung hari ini kita join besok website dah hilang. Jadi kita kena mesti anda keBERANIAN dan join dengan jumlah modal yang kita mampu untuk hilang sahaja. Tapi tulah dalam dunia bisnis ni orang kata High Risk High Return. Jadi tepuk dada tanya hati jangan ikut emosi.



Strategi kumpulan kita mudah sahaja iaitu setiap yang join akan disenaraikan dientri ini. Tugasan setiap ahli adalah datang MELAWAT ke entri ini setiap hari dan KLIK LINK yang disenaraikan untuk melayakan setiap ahli mendapat income yang layak untuk mereka. LINK akan di update mengikut senarai teman-teman yang dah aktifkan akaun mereka. Untuk teman-teman yang dah join jangan lupa tinggalkan LINK anda diruangan komen entri ini.

Contoh Bonus (15 - 31/11/09 : Latest Update)





Contoh Bank Statement :


1. This is to inform you that BRAIN SUCCESS SOLUTION has transferred RM50.12 to your Maybank account for Dapatwang Komisyen on 10/31/09 07:08:24 via Maybank2u.com.
2. This is to inform you that BRAIN SUCCESS SOLUTION has transferred RM343.52 to your Maybank account for  Komisyen DapatWang 15Nov on 11/20/09 12:48:19 via Maybank2u.com
3. This is to inform you that BRAIN SUCCESS SOLUTION has transferred RM252.42
to your Maybank account for Komisyen DapatWang  1Dec on 12/03/09 03:43:06 via Maybank2u.com.

Syarat pembayaran baru : Mulai Disember 2009 pengiraan komisyen akan dibuat sehingga tarikh 30hb dan komisyen akan dibayar di antara 1 - 7hb berikutnya. Sila pastikan anda memasukkan maklumat bank yang sah. Jumlah minima payout adalah RM50.00. Pembayaran akan dibuat melalui Maybank2u / Deposit Cek kepada akaun bank anda. Anda perlu menanggung semua caj yang dikenakan oleh pihak bank sekiranya perlu (RM2 caj untuk bank selain Maybank).


Senarai teman-teman (Minta bantuan teman-teman yang tak join untuk klik link dibawah untuk menyumbang income kepada kami semua - jasa kalian insyallah dibalas Allah dengan Pahala) :

1. http://www.dapatwang.com/?id=denaihati
2. http://www.dapatwang.com/?id=truebiz
3. http://www.dapatwang.com/?id=easi-money
4. http://www.dapatwang.com/?id=info
5. http://www.dapatwang.com/?id=html
6. http://dapatwang.com/?id=rose2009
7. http://www.dapatwang.com/?id=nitazakaria
8. http://www.dapa twang.com/? id= klik
9. http://www.dapatwang.com/? id= klik_ sini

26.http://www.dapatwang.com/?id=sharkbreakerz
27.http://www.dapatwang.com/?id=ayman 
28.http://www.dapatwang.com/?id=iradinar
29.http://www.dapatwang.com/?id=azizul

30.http://www.dapatwang.com/?id=dunhill
31.http://www.dapatwang.com/?id=mohdfathin  
32.http://www.dapatwang.com/?id=sahirah29
33.http://www.dapatwang.com/?id=ichirosic
34.http://www.dapatwang.com/?id=matzammorven
35.http://www.dapatwang.com/?id=norazri76
36.http://www.dapatwang.com/?id=Gadis09
37.http://www.dapatwang.com/?id=anisha44
38. http://www.dapatwang.com/?id=fraxavyong
39.http://www.dapatwang.com/?id=rosejutawan

40.http://www.dapatwang.com/?id=mahubanyakwang
41.http://www.dapatwang.com/?id=shafim
42.http://www.dapatwang.com/?id=girlgirl
43.http://www.dapatwang.com/?id=endelyna888
44.http://www.dapatwang.com/?id=Loray
45.http://www.dapatwang.com/?id=juhijau
46.http://www.dapatwang.com/?id=ays
47.http://www.dapatwang.com/?id=preveica
48.http://www.dapatwang.com/?id=frenclicks
49.http://www.dapatwang.com/?id=nini

50.http://www.dapatwang.com/?id=zalee80 
(Nota : Kepada ahli-ahli sila tinggalkan komen apabila sudah klik. Kepada ahli-ahli yang tidak meninggalkan komen dalam tempoh 2 hari maka LINK akan digugurkan daripada senarai. Ahli-ahli juga digalakkan buat entri khas diblog masing-masing)

Kepada teman-teman yang nak join syarat pertama MESTI BERANI GAGAL dan jangan sesekali menyalahkan orang lain bila gagal, tu namanya belum rezeki. Kepada yang dah join kita doa sama-sama semuga Allah murahkan rezeki kita. Kepada ahli yang tersenarai JANGAN lupa klik sekali sehari pada setiap link yang tersenarai. Kepada yang BERANI nak mencuba dengan modal serendah RM50 sila klik @ http://www.dapatwang.com/?id=denaihati. Ingat Kita manusia berusaha tapi rezeki Allah yang kurniakan.

~Terima Kasih~
X-PO - Aku X-PO







Read more...

Nov 10, 2009

Sanggupkah ANDA berKORBAN?

BerKORBAN ini suatu perkataan berat yang mudah dikatakan tapi susah nak praktik. Tapi itulah hakikat hidup nak berilmu perlu cari guru untuk belajar, nak jadi jutawan perlu berniaga, nak naik pangkat mesti pandai kerja dan bodek bos, nak jadi pemimpin negara mesti pandai berpolitik, nak berkeluarga mesti ada pasangan hidup, nak pahala mesti beribadah dan nak masuk syurga mesti patut perintah Allah swt ikut cara Nabi saw.



Apa juga yang kita inginkan baik untuk dunia dan akhirat mesti ada pengorbanan. Contohnya nak Solat Fardu bila dengar je azan kita perlu tinggalkan segala aktiviti terus bersiap bersihkan badan, ambil wudhu, mengenakan pakaian yang bersih dan sesuai lalu terus ke surau atau masjid. Solat awal waktu dan berjemaah akan mendapat pahala paling banyak. Tapi mudah ke nak buat? Selalunya kita solat dah lewat waktu, gigi pun tak gosok, pakaian ala kadar (ada yang berkemban dengan kain pelekat je) dan solat sendiri kat rumah. Lebih malang lansung tak solat. Bukan mudahkan kita perlu berKORBAN untuk dapat pahala solat fardu terbanyak.

Berjuta-juta warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam yang terpaksa berKORBAN meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki di Malaysia. Tak kurang juga ada yang terKORBAN seperti Mantik Hani demi mencari rezeki. Bukan mudah untuk kita mencapai apa yang kita ingini melainkan dengan berKORBAN seperti lagu P Ramlee "Berkorban Apa Saja".

Sanggupkah kita bersusah-susah berKORBAN demi kebahagian masa tua dan lebih penting kehidupan di alam akhirat kelak?? Sanggupkah kita berKORBAN sebagaimana Nabi Muhammad saw yang berjuang untuk menyampaikan agama Allah sehingga kini kita dapat mengecapi nikmat ISLAM? Sanggupkah kita berKORBAN seperti Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail? Sanggupkah kita mengeluarkan sedikit duit untuk mengerjakan ibadah KORBAN setahun sekali?

Kepada yang mampu berKORBAN jangan sayangkan duit KITA keluarkanlah jika tidak untuk seekor lembu mungkin seekor kambing atau mungkin juga  satu bahagian yang bernilai hanya RM250-350 sekali setahun. Ibadah KORBAN adalah sunat yang diwajibkan bagi yang mampu. Balasan kelak di alam Ghaib di akhirat kelak. Masih belum terlambat untuk KITA berKORBAN. Jangan tertinggal tahun ini kerana belum tentu ada tahun depan untuk kita........

(Kepada teman-teman yang berhasrat hendak berKORBAN yang akan laksanakan di Padang, Sumatera sila email ke denaihati [a] yahoo.com atau hantarkan massage ke twitter @ denaihati. 1 bahagian bernilai RM430).

~Terima Kasih~
Zul - Zul's Blog

Read more...

Nov 9, 2009

Yang Terbaik Sepanjang Oktober

Yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah jumlah komen bulan Oktober bertambah dan yang paling penting semakin ramai penGOMEL baru yang meninggalkan jejak di blog DENAIHATI. Jumlah keseluruhan komen adalah 712 yang bernilai RM142.20.



Perjuangan untuk menjadi penGOMEL Pertama juga semakin sengit. Berikut antara yang berjaya menjadi penGOMEL pertama Precious(3), AzharSalleh(1), Eliss(1), Zara(2), Rizal(1), Uruchimaru(1), Sitisifir10(1), Azis(1), Rosse(1), Azizwan(1), Kaklong(1), RatuSalju(1) dan Azuan(1). Pemenangnya tak lain dan tak bukan Puan Precious dan hadiahnya adalah iklan banner selama sebulan di blog DENAIHATI.

3 orang penGOMEL terbanyak pulak jatuh kepada Precious(124) menang RM50 manakala Rizal (116) dan X-PO(116) mempunyai jumlah komen yang sama maka aku campurkan hadiah 2 dan ke 3 dan bahagikan 2 jadi sorang dapat RM25.

4 orang berjaya cash out insentif komen iaitu Precious sebanyak RM24.80, Rizal dan X-PO sebanyak RM23.20 setiap seorang serta Azizwan sebanyak RM14.80. Baki sebanyak RM56.40 akan diinfakkan untuk projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran.

Ucapan tahniah juga kepada Azizwan yang telah menang RM55 kerana menjadi pelawat bertuah yang ke 55,555. Kepada yang tak berjaya tunggukan angka keramat 66,666.

Terima kasih juga kepada blogger hebat yang sudi tinggalkan jejak komen seperti Zul (aku menang contest zul lah), Jejaktrend, Topo, Megat, Kak Jie, Cikgu PJLadyjavaDilot dan ramai lagi yang tak tersebut. Alhamdulillah juga dengan keywords Mantik Hani (Al Fatihah) blog ini juga bisa dijelajahi beberapa blogger dari Indonesia seperti Anazkia (makaseh mbak). Aku juga bersyukur PageRank (PR) blog DENAIHATI juga dah up ke PR3 setelah sangkut kat PR2 agak lama.

Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang join contest Weblog Popular 1Malaysia. Insyallah dalam beberapa hari lagi keputusan akan diumumkan. Tungguuuuu ....

~Terima Kasih~
Ratusalju - Cinta Sang Ratu

Read more...

Nov 7, 2009

Piala Malaysia : Kelantan Vs Negeri Sembilan

Demam Piala Malaysia sedang melanda Kelantan dan Negeri Sembilan. Diberitakan semalam 85,000 tiket telah habis dijual dan ada yang marah-marah kerana tak dapat membeli tiket untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Skuad Wira Merah telah menunggu selama 40 tahun manakala Skuad Hoben Jang Hoben telah menunggu selama 61 tahun untuk menjejaki kaki ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia.



Aku sebenarnya dah  bertahun-tahun tak mengikuti sangat perkembangan Bola Sepak Malaysia yang sering diselubungi macam-macam kontroversi. Prestasi Bola Sepak Malaysia pun setakat itu sahaja tak ada peningkatan berbanding negara-negara jiran. Maaflah kalau aku katakan bahawa aku lebih mengenali team favorite aku ARSENAL lebih daripada perkembangan Bola Sepak Malaysia. Aku mengenali hampir semua pemain ARSENAL termasuk pemain gantiannya dan pemain yang sudah berpindah ke kelab-kelab besar lain.

Aku bukan sahaja tertarik dengan cara Fabregas, Gallas, Van Persie, Walcott, Nasri, Ashavin bermain tetapi yang paling aku angkat tabik adalah cara Pengurusnya, Arsene Wenger menguruskan ARSENAL. Sebagai seorang usahawan banyak strategi yang boleh aku pelajari daripada Arsene Wenger. Arsene Wenger tidak mengenepikan untuk memburu Kejuaraan tetapi lebih mementingkan Keuntungan kepada syarikat yang diuruskannya. Arsene Wenger pandai mencari pemain muda berkemahiran tinggi dengan harga yang murah dan berani menjualnya ketika pemain di Top Form dengan harga yang mahal seperti Adebayor, Toure, A. Cole dan Thierry Henry.

Kembali kepada cerita Bola Sepak Piala Malaysia. Tepat jam 8.45 pm pasti majoriti mata peminat bola sepak yang tidak ke Stadium Nasional, Bukit Jalil akan terpaku di depan TV menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Semuga penyokong Kelantan yang terkenal dengan Panas Barannya dapat mengawal perasaan samada Menang atau Tewas kelak. Jadi pada tekaan teman-teman SIAPA JUARA?? Aku pilih Kelantan 3-2.

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Read more...

Nov 6, 2009

Syukur Dapat Wang Ehsan

Setelah berjuang begitu lama akhirnya Kelantan Dapat Wang Ehsan sebagai gantian Wang Royalti. Tuan Guru Nik Aziz mengucap syukur walaupun tak berpuasahati kerana bukan Wang Royalti tetapi tetap akan berpuasa Nazar selama 3 hari. Datuk Husam Musa menimbang untuk menolak kerana mempertikaikan penggunaan perkataan  Wang Ehsan sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan sedangkan Wang Royalti untuk Trengganu, Sabah dan Sarawak.   

Walaupun pemimpin Kelantan tidak berapa gembira tetapi aku yakin majoriti Rakyat Kelantan sangat gembira dengan pengumuman bahawa Kelantan akan Dapat Wang Ehsan. Ni yang best dalam suasan Politik 1Malaysia yang panas ni. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berlumba-lumba hendak memberi khidmat yang terbaik.  Pemimpin Politik juga berlumba-lumba memberi khidmat yang terbaik atau mereka akan tersingkir pada PRU13. Soalnya sempat ke nak menunggu PRU13, khabarnya bumi akan dilanggar pada tahun 2012 yang mengakibatkan 2/3 penduduk bumi akan terkorban.



Jika Rakyat Kelantan sedang tersenyum Dapat Wang Ehsan, aku dan teman-teman sedang tersenyum juga sebab Dapat Wang Segera daripada DapatWang.com. Siang malam aku berdoa semuga hujan sampai ke petang. Setakat hari ni alhamdulillah Modal dah lepas. Buat bisnis online ala DapatWang.com ni memang mendebarkan kerana bila-bila masa sahaja website lenyap daripada pandangan. Ianya lebih mendebarkan daripada Rakyat Kelantan menunggu Wang Ehsan.

Tapi tulah bila sebut Politik ni apapun keputusannya pasti ada udang sebalik mee. Rakyat Kelantan pasti Dapat Wang Ehsan kecuali kalau Kerajaan Negeri buat keputusan untuk menolak.Soalnya Rakyat Kelantan yang mana akan Dapat Wang Ehsan tu?? Tapi eloklah kita bersyukur kerana sesungguhnya Wang Ehsan itu adalah rezeki daripada Allah swt. Kalau tidak kerana Allah swt yang mengerakkan hati DS Najib pasti Rakyat Kelantan masih tertunggu-tunggu Wang Ehsan daripada Kerajaan Persekutuan. Kita mesti berprasangka baik untuk yang baik.

Firman Allah swt : "Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?" Surah Hud ayat 51

~Terima Kasih~

Read more...

Nov 4, 2009

Cinta KeAMANan Benci PePERANGan

Semua Manusia mimpikan Dunia yang aman. Tapi ada juga segelintir Manusia lebih suka melihat Dunia yang berperang kerana mungkin ada Nilai Bisnis dalam Dunia yang sentiasa berperang. Aku tertarik dengan petikan dari blog Chedet :

"Now the big powers have developed nuclear bombs and missiles many times more powerful than the Hiroshima bomb. Even if they explode deep in the ground the dust blown up would still be carried far and wide. The inclusion of small amounts of nuclear material in conventional bombs would also spread the effect to distant places"

Alasan Manusia mencipta senjata yang semakin canggih adalah untuk melindungi Negara mereka daripada serangan Negara lain. Atau mungkinkah mereka mencipta senjata untuk dijual dengan nilai ratusan juta. Aku pernah terbaca bahawa terdapat satu kumpulan Manusia yang dipanggil FreeMasons yang sentiasa merancang Perperangan dari satu negara ke satu negara yang lain untuk tujuan Bisnis dan ada juga fakta yang membuktikan bahawa perang di Afghanistan, Iraq, Pakistan dan Iran adalah untuk menentang Ya'jud Ma'jud.



Walauapapun tujuannya, peperangan menyebabkan kematian dan kesengsaraan. Isteri kehilangan suami dan anak kehilangan ayah. Tidak kurang ramai juga yang cacat seumur hidup akibat terkena letupan senjata. Peperangan mengakibatkan peradaban sebuah negara yang dibina beratus tahun dengan titik peluh dan wang ratusan billion ringgit musnah sekelip mata. Semuga semua Penjenayah Perang dapat dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Kita berdoa semuga semua peperangan dapat ditamatkan dan yang lebih penting jangan sesekali merebak sehingga ke Malaysia. Pasti semua Rakyat berharap supaya suasana Politik yang panas di Malaysia ini tidak sampai menimbulkan prasangka keterlaluan yang boleh dipergunakan oleh pihak ke tiga untuk menghuru-harakan keAMANan yang kita kecapi sejak MERDEKA. WE LOVE PEACE.

Nota : Entri ini khas untuk menyokong gerakan BlogBlast For Peace.





November 5, 2009
The Peace Globe Gallery
 
~Terima Kasih~
Precious - Weblog Popular 1Malaysia

Read more...

Nov 2, 2009

Dapat Wang Segera

Maaf entri ini KHAS untuk teman-teman yang dah join atau akan join projek bisnis online baru DapatWang.com. Bisnis online ni sememangnya perlu keBERANIAN kerana tak mustahil lansung hari ini kita join besok website dah hilang. Jadi kita kena mesti anda keBERNIAN dan join dengan jumlah modal yang kita mampu untuk hilang sahaja. Tapi tulah dalam dunia bisnis ni orang kata High Risk High Return. Jadi tepuk dada tanya hati jangan ikut emosi.



Strategi kumpulan kita mudah sahaja iaitu setiap yang join akan disenaraikan dientri ini. Tugasan setiap ahli adalah datang MELAWAT ke entri ini setiap hari dan KLIK LINK yang disenaraikan untuk melayakan setiap ahli mendapat income yang layak untuk mereka. Aku akan update senarai teman-teman yang dah aktifkan akaun mereka. Untuk teman-teman yang dah join jangan lupa tinggalkan LINK anda diruangan komen entri ini.

Contoh Bonus :
1. Oktober (join 29/10/09)


2. November (latest update)





Contoh Bank Statement :

This is to inform you that BRAIN SUCCESS SOLUTION has transferred RM50.12 to your Maybank account for Dapatwang Komisyen on 10/31/09 07:08:24 via Maybank2u.com.



Senarai teman-teman (Minta bantuan teman-teman klik link dibawah untuk menyumbang income kepada kami semua - jasa kalian insyallah dibalas Allah dengan Pahala) :

1. http://www.dapatwang.com/?id=denaihati
2. http://www.dapatwang.com/?id=truebiz
3. http://www.dapatwang.com/?id=easi-money
4. http://www.dapatwang.com/?id=info
5. http://www.dapatwang.com/?id=html
6. http://dapatwang.com/?id=rose2009
7. http://www.dapatwang.com/?id=nitazakaria
8. http://www.dapa twang.com/? id= klik
9. http://www.dapatwang.com/? id= klik_ sini

Kepada teman-teman yang nak join syarat pertama MESTI BERANI GAGAL dan jangan sesekali menyalahkan orang lain bila gagal, tu namanya belum rezeki. Kepada yang dah join kita doa sama-sama semuga Allah murahkan rezeki kita. Kepada ahli yang tersenarai JANGAN lupa klik sekali sehari pada setiap link yang tersenarai. Kepada yang BERANI nak mencuba sila klik @ http://www.dapatwang.com/?id=denaihati. Ingat Kita manusia berusaha tapi rezeki Allah yang bagi.

~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP