Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Jun 30, 2009

TAKUT untuk BERJAYA!!!



"SIAL betullah RUGI lagi" ..tu lah kata yang terlontar dari mulut kawan aku semalam.
"Kenapalah KAU ni BODOH sangat markah semunya merah je" .. minggu lepas aku dengar jiran aku marahkan anaknya.
"CELAKA betullah upline ni dia kaya aku ni tak dapat apa pun" ... bulan lepas aku dengar sepupu aku komplen Upline MLM dia.
"Malang betullah nasib aku asyik-asyik tak dapat TENDER" ... dua bulan lepas kawan kontraktor aku merungut.

Semua tu bagi aku keluhan KEGAGALAN. Buruk sangat ke KEGAGALAN ni. Ada orang bijaksana kata KEGAGALAN ini adalah langkah pertama kepada KEJAYAAN. ALLAH swt pula berfirman dalam banyak ayat Al-Quran "Tidak beriman kamu selagi kamu belum diuji". KEGAGALAN itu pasti ujian ALLAH. Mungkin juga KERUGIAN wang ringgit adalah suatu proses untuk ALLAH swt membersihkan harta benda yang kita miliki yang hanya kita sahaja tahu asal usulnya.

Kita sering membandingkan KEGAGALAN kita dengan mereka yang telah BERJAYA dan terus merasa KECEWA sehingga ada yang lansung berTAUBAT tak nak buat lagi. Pernahkah kita belajar dari mereka yang telah BERJAYA bagaiman pengalaman jatuh bagun mereka? Daripada pembacaan aku tidak ada JUTAWAN yang berjaya tanpa melalui KEGAGALAN.

Ingat pesan ALLAH swt bahawa DIA hanya menguji hambanya dengan ujian yang termampu oleh hambanya. KEGAGALAN adalah sebahagian dari kehidupan untuk menuju KEJAYAAN yang lebih hebat. Kalau kita TAKUT KEGAGALAN bermakna juga kita TAKUT UNTUK BERJAYA. Janji ALLAH swt bahawa DIA hanya menguji dengan KEGAGALAN yang termampu oleh kita. JANGAN TAKUT DENGAN KEGAGALAN dan jangan menyalahkan orang lain bila kita GAGAL.

Read more...

Jun 26, 2009

Micheal Jackson King of Pop Meninggal - Al-Fatihah


Gambar sumber : Faisal Tehrani

Setiap yang HIDUP pasti MATI. Mikaeel atau Micheal Jackson si King of Pop yang hidup dengan penuh misteri telah meninggal dunia juga dengan penuh misteri.

Micheal Jackson telah melalui beberapa pembedahan untuk merubah penampilannya sehingga akhirnya memberi kesan yang buruk kepada tubuh dan penampilannya. Pengajaraan yang kita boleh ambil sesungguhnya kejadian ALLAH itu sudah sangat sempurna walau bagaimanapun bentuknya samada lengkap sempurna atau cacat anggota. Lihat sahaja mereka yang cacat penglihatan tetapi dikurniakan ALLAH dengan penglihatan hati yang lebih cerah dari kita yang sempurna kelihatan.

Kesungguhan dan kerjakuat yang Micheal Jackson tunjukkan sehingga berjaya membina satu brand yang hebat "Micheal Jackson King of Pop" perlu kita contohi dalam membina kerjaya dan perniagaan.
Tiada erti KEJAYAAN tanpa usaha kuat.

Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan NAMA...tapi kalau kita yang MATI apalah agaknya yang tinggal...entah hari ini, besok, lusa ..kita pun tak tahu....bersedialah jangan terlalai.

Read more...

Jun 25, 2009

TAHNIAH Anda sudah BERJAYA!!

KEJAYAAN ini perkataan besar yang menjadi bualan ramai orang. Tapi apakah tanda aras KEJAYAAN itu??

Ada yang menjadikan tanda aras KEJAYAAN itu adalah :

1. Mempunyai kereta mewah seperti BMW 5 siris, Mercedes E Class, Volvo, Lexus atau Kereta Sport.
2. Membina rumah idaman di lokasi idaman.
3. Mendapat degree PHD bukan sekadar 1 mungkin 2 atau 3 dari Universiti terkenal.
4. Bergelar Dato' atau Tan Sri.
5. Menjadi CEO atau President sebuah syarikat.
6. Mempunyai perniagaan bernilai JUTAAN Ringgit.
7. Menjadi JUTAWAN.
8. Menjadi Yang Berhormat.
9. Anak-anak yang berjaya masuk Universiti.

Apakah tanda aras KEJAYAAN bagi ANDA???

Tips Kejayaan :

1. Work Hard Work Smart
2. Kerja berpasukan @ berjemaah jangan bersendirian.
3. Istiqamah dan Never Give Up.
4. Amalkan solat sunat Dhuha setiap hari.
5. Sedekah dan Infak seberapa banyak dan sekerap yang boleh dengan seikhlas hati @ kebaikan sedekah.

Orang-orang bijak ada berkata "Succes is a journey not a final destination"

Read more...

Jun 24, 2009

Apa erti NILAI dalam hidup manusia?

Tahu tak kenapa penyelok saku sanggup mencopet dompet dan pemecah rumah sanggup masuk walaupun penghuninya berada di rumah untuk mengambil handphone, laptop dan pelbagai gadget elektrik yang kecil. Tahu tak kenapa pencuri kenderaan sanggup mencuri motosikal, kereta dan kadang-kadang basikal walaupun di depan Pasar Raya yang sememangnya sentiasa ramai orang.

Sebabnya mudah sahaja kerana barang-barang yang mereka curi itu samada dompet, handphone, laptop, PSP, kereta, motor dan basikal tu ada NILAI. Kalau tak ada NILAI seperti daun kering, sampah, kertas pasti Sang Pencuri ni tak akan mengambil risiko untuk mencuri.

NILAI ini tak semua orang akan rasa dan menghargai-Nya walaupun benda-benda ini bersama kita setiap masa setiap saat. Yang kita cuma tahu NILAI 3 kat Negri Sembilan sebab banyak barang-barang murah. NILAI ini hanya kita rasa apabila kita kehilangan-Nya.

Kita tidak akan merasa NILAI kesihatan semasa kita sihat tetapi apabila Doktor diagnos kita sakit barulah kita merasa kehilangan dan menyesal kerana tak jaga kesihatan semasa sihat. Kita tak pernah NILAI kasih sayang dan pengorbanan IBUBAPA semasa hidup kerana kita sudah bersama mereka mungkin puluhan tahun bah pepatah "alah teggal jadi biasa". Tetapi rasa kesunyian dan kehilangan serta menyesal kerana tidak BERHIMAT dengan terbaik kepada IBUBAPA akan dirasai setelah mereka masuk ke lianglahat meninggalkan kita selama-lamanya.

Kita hanya dapat merasa NILAI kekayaan apabila kita jatuh miskin setelah membelanjakan duit kita secara tidak terurus. Kita juga merasa NILAI kuasa apabila kuasa kita diambil orang atau tewas dalam pilihanraya seperti tewasnya BN KEDAH, SELANGOR dan PENANG kepada PAKATAN.

Dan lebih besar lagi NILAI iman. Syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang mereka tidak akan tidur dan berusaha mencuri IMAN dari manusia dari mula manusia dicipta sehinggalah hari kiamat. Pencuri IMAN ini lagi hebat dari pencuri dompet, handphone, laptop dan segala harta di dunia. NILAI iman hanya kita boleh rasai di akhirat dan seandainya kita biarkan IMAN kita dicuri oleh Pencuri Iman tiada jalan kembali untuk mendapatkan IMAN yang telah hilang.

MAKA marilah kita JAGA IMAN kita lebih hebat dari kita menjaga kuasa, kekayaan, dompet, handphone, laptop, PSP dan segala harta dunia dan menyayangi IBUBAPA dan KELUARGA selagi mereka masih hidup bersama kita.

Read more...

Jun 23, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku jumpa Tag yang menarik di blog Nessa dan Emilayusof. Bila tengok je Tag ni rasa tercabar nak mencurah Yang Terbuku Di Hati. Yang bestnya MESTI dalam BAHASA MELAYU.

TAG 1

Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.

Bekas kekasih saya adalah: teman satu sekolah yang akhirnya berkahwin dengan teman baik saya.
Saya sedang mendengar: keluhan hati saya melihat bangsa saya yang ketinggalan segalanya.
Mungkin saya patut: kerja lagi kuat.
Saya suka : bersendirian fikir kebesaran Tuhan dan kecilnya diri saya ini.
Sahabat-sahabat baik saya: sentiasa bersama walaupun saya dalam kesusahan.
Saya tak faham: kenapalah orang-orang politik ini tak pernah rehat nak berpolitik..sudah-sudah lah tu.
Saya kehilangan: anak sulong.
Ramai yang berkata: saya ini bermotivasi tinggi.
Makna nama saya: ni baru nak pergi tengok kat senarai makna nama-nama.
Cinta itu adalah: Perasaan yang indah anugerah Allah.
Di suatu tempat, seseorang sedang: termenung baru kena buang kerja.
Saya akan cuba: merendah diri.
Ayat SELAMANYA membawa maksud: Istiqamah.
Telefon bimbit saya: ada berapa ya..banyak juga tapi semua NOKIA.
Bila saya terjaga dari tidur: bersyukur Allah pinjamkan umur sehari lagi.
Saya paling meluat apabila: sombong bodoh.
Pesta/Parti adalah: majlis makan minum sambil bergumbira.
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : monyet terkecil di dunia di zoo Taiping.
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : zaman persekolahan.
Hari ini: temankan kawan pergi suatu tempat.
Malam ini saya akan: tidur awal untuk bangun awal.
Esok pula saya akan: siapkan kerja yang belum siap.
Saya betul-betul ingin: Malaysia ini aman damai.
Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini: semangkin tua saya ini.
Pusat membeli-belah atau arked permainan: teringin nak tengok orang Melayu punya.
Makanan Barat atau Jepun: Barat. Dua-dua best.
Bilik yang terang atau gelap: Tidur memang bagus dalam gelap untuk pemulihan kesihatan.
Makanan segera adalah: KFC, McD, A&W, BurgerKing, PizzaHut.
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Power tu.

TAG 2

Apakah perasaan anda sekarang? Gelisah.
Saya nak makan? Nasi putih + Daging Salai masak lemak cili padi.
Saya tak suka? Putus asa.
Impian saya? Nak jadi Hafiz Al-Quran.
Haiwan yg saya tak suka? Ular.
Saya harapkan? saya dapat mendidik anak-anak dan keturunan saya menjadi insan yang soleh dan soleha.
Jika boleh putarkan masa? saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku kepada saya baik susah atau senang...pasti ada hikmahnya.
Saya pada 10 tahun akan datang? Lebih dekat dengan Allah.
Handphone saya adalah sebuah? alat yang sangat membantu perniagaan dan perhubungan kekeluargaan.
Saya pernah bercinta sebanyak? beberapa kali.
Kawan-kawan saya? majoriti berniaga sendiri.
Pernah dikhianati? pernah.
Apa yang hendak saya lakukan terhadap orang yang mengkhianati saya? Doakan semuga mereka mendapat hidayah.
Siapa yang saya nak Tag? Semua yang baca tag ini dan rasa tercabar.

Read more...

Jun 20, 2009

Berapa GAJI Anda SEKARANG?

Dua hari ni aku nak bermusafir, bersilahturahim dengan keluarga mertua. Bersilahturahim sambil ambil BERKAT dari kedua orang tua. BERKAT dari ibubapa dan ibubapa mertua ni memanglah POWER. Contoh yang baik mesti ditunjuk kepada anak-anak untuk mengapai kebaikan dunia dan akhirat.

Sementara aku tinggalkan dunia maya ni aku nak tinggalkan satu game simple je ... harap-harap ada yang sudi nak follow. Game ni simple tapi pengertianya sangat besar yang akan aku ulas next posting.

Teman-teman dikehendaki menganggarkan GAJI Mr.X mengikut kelulusan yang  ditetapkan jika persekolahannya tamat pada :

1. Tamat Tahun 6 : RM0.00
2. Lulus PMR : RM0.00
3. Lulus SPM : RM0.00
4. Lulus STPM : RM0.00
5. Lulus Dilpoma : RM0.00
6. Ijazah Pertama : RM0.00
7. Ijazah Master : RM0.00
8. Ijazah PHD : RM0.00

Teman-teman diminta postingkan di blog masing-masing dengan gaya penulisan tersendiri dengan bahasa Melayu atau English. Kemudian jemput sekurang-kurangnya 5 orang teman untuk turut serta. Jangan lupa tinggalkan komen dan linknya di posting ini. HADIAH insyallah disediakan kepada samada posting yang menarik atau blog yang paling ramai mengajak teman-teman join game ni.

Dengan penuh besar hati aku jemput AZIZWAN, ZUL, NAZRA, ATOK, CikguPJ, Ratu Salju, IbnMasir, Khairil, Emila dan SEMUA yang berminat untuk mengetahui PENGERTIAN makan GAJI yang sebenarnya. Sokongan teman-teman Insyallah akan memberi sumbangan kecil kepada rakan-rakan kita yang sedang mencari pekerjaan. Lebih ramai menyertai lebih besar maknanya.

Read more...

Jun 19, 2009

Maksimakan penggunaan TWITTER.


TWITTER ... dah join ke? Twitter adalah salah satu social networking di dalam dunia cyber yang sangat ngeTOP sekarang. Alhamdulillah aku dah ada lebih 2700 follower dari seluruh dunia. Antara kebaikan Twitter adalah memudahkan komunikasi antara rakan-rakan twitter secara online atau mobile, mendapat trafik untuk blog dan branding untuk jenama produk atau blog.

Obama ketika berkempen untuk Pemilihan Presiden U.S menggunakan Twitter secara maksimum. Ketika itu Obama mempunyai follower paling ramai tapi sekarang telah diambil alih oleh pelakon Asthon Kutcher.

Tapi tahukah ANDA bahawa lebih dari 80% ahli Twitter tidak menggunakan Twitter setelah mendaftar. Sebenarnya banyak tool yang boleh digunakan supaya kita boleh menggunakan Twitter secara automatik seperti menggunakan TwitterFeed yang boleh tweet kan setiap posting di blog kita secara automatik di Twitter. Dengan satu akaun TwitterFeed kita boleh daftar seberapa banyak pun blog yang ada dan TwitterFeed akan secara automatik postkan setiap posting kita di Twitter.

Selain TwitterFeed, kita juga boleh gunakan Magpie untuk promosi blog kita secara automatik. Apa yang perlu join Magpie dan kemudian klik promote untuk masukkan promosi ANDA. Promosi itu akan di tweet di Twitter setiap 3 atau 8 jam mengikut pilihan kita.

Cara join Twitter di Twitter dan gunakan TwitterFeed dan Magpie untuk tweet secara automatik jadi kita tidak akan termasuk 80% ahli Twitter yang tak menggunakan Twitter.

Kepada yang nak buat duit online menggunakan Twitter pun boleh di Buat Duit dengan Twitter.

~Terima Kasih~

Read more...

Jun 18, 2009

Erti Pengorbanan, Selsema Babi dan Kerajaan Perpaduan.

PENGORBANAN ini perkataan besar yang mudah di katakan tapi bukan mudah nak buat.

Bagi aku erti PENGORBANAN ini adalah melakukan sesuatu yang tak suka kita lakukan untuk mencapai satu kejayaan.

Contohnya untuk sukses dalam PELAJARAN kita mesti bersengkang mata untuk belajar siang dan malam. Kalau setakat goyang kaki dapat telur ayam je lah nampaknya. Nak berjaya dalam BISNIS juga mesti kerja kuat, tinggal keluarga, kurang berseronok-seronok dan tidak mudah putus asa. Bagunan yang tinggi dibina dengan kerja kuat siang dan malam. Nak masuk SYURGA lagi lah perlu bersusah-susah. Tengok je lah macam mana Nabi SAW berkorban tenaga, harta dan masa. Hasil dari pengorbanan Nabi SAW kita sekarang mengnikmati ISLAM walaupun sudah lebih 1400 tahun kita ditinggalkan.

Dunia sekarang sedang diduga dengan masalah bermula dengan penguncupan EKONOMI dan terkini masalah wabak Selsema Babi. Kes pertama jangkitan tempatan Selsema Babi sudah terjadi di Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini perlukan PENGORBANAN. Isu penguncupan Ekonomi dan Selsema Babi adalah isu besar tetapi di Malaysia tenggelam oleh isu POLITIK.

Seminggu dua ni 1Malaysia sedang sibuk dengan isu Kerajaan Perpaduan, bagi aku secara peribadi kalau untuk perpaduan UMAT ISLAM supaya menjadi tuan di negara sendiri kenapa tidak??? Musuh-musuh ISLAM memang suka kita bersengketa. Tak salah berbeza Pendapat, Tak salah berbeza Parti tapi perpaduan Umat Islam mesti dijaga. Ini semua hanya akan berlaku bila ada PENGORBANAN. Jangan sia-siakan PENGORBANAN yang telah Nabi SAW buat untuk kita. Siapalah kita ini jika dibandingkan dengan Nabi SAW.

Apa makna PENGORBANAN bagi ANDA??


~Terima Kasih~

Read more...

Jun 16, 2009

Alhamdulillah aku jadi JUTAWAN Internet

YES! YES! YES! Aku JUTAWAN...tak payah lah susah nak beli air POWER ROOT untuk jadi JUTAWAN POWER ROOT atau beli air 100Plus untuk jadi JUTAWAN 100Plus. Tak percaya bacalah email yang aku baru dapat ni.

CONGRATULATIONS !!!!
                                        
YOU HAVE BEEN ANNOUNCED AS ONE OF OUR TOP 6 LUCKY WINNERS !!!
CONGRATULATIONS!
Yahoo / Windows Live Msn
125 Shaftesbury Avenue, WC2H 8AD, London- United  Kingdom.


All the excutive members of Yahoo/Windows Live Msn wish to inform you that you have won a prize money of Seven Hundred, TwentyThousand Great Britain Pounds (£720,000,00.) for the 2009 Prize promotion which was organized by YAHOO MANAGEMENT TEAM & WINDOWS LIVE this Month of JUNE 2009 to celebrate our 15 years since we become the best e-mail provider worldwide.


YAHOO/ WINDOWS LIVE collects all the email addresses of people that are active online, among the millions that subscribed to Yahoo, Hotmail and few from other e-mail providers. Six e-mail addresses were selected annually to benefit from this prize promotion and your e-mail address was Selected as one of the luckyWinners for 2009 prize promotion.


All winners shall be paid in accordance with his/her Settlement Center.Yahoo/ windows live Prize Award must be claimed not later than 21 days from date of Draw Notification. Any prize not claimed within this period will be forfeited.
Stated below are your identification numbers:
BATCH NUMBER:           Y/wl 009/CMQA-927897108
REFERENCE NUMBER:   200967-8/378358
PIN:                                    09291809
These identification numbers fall within the England Location file, you are requested to contact our fiduciary agent in  Manchester Uk, Dr Johan Nespry and sumit all your winning identification numbers to him; You are advised to send the following information to your Claims Agent Dr Johan Nespry to facilitate the release of your award-winning  prize to you.
1. Full name
2. Nationality/ Country of Residence
3. Contact Address 
4. Telephone Number
5. Fax Number
6. Occupation
7. Age
8. Sex 


Congratulations!! once again.
Yours in service,


Pasal senyum-senyum...cemburu ke... aku jadi JUTAWAN...ha ha ha...dah berapa banyak lah email macam ni yang aku dah terima. Bagi orang yang waras pasti kita tahu ni SCAM...

Tapi percaya tak teman-teman...kawan aku dah habis ber ratus ribu ringgit untuk dapatkan duit yang tak ada ni..abis kereta dan tanah terjual gara-gara nak jadi JUTAWAN..Penatlah aku bagi nasihat tapi dia tak ambil kisah lansung..kenapa??? Sebab aku tahu dah separuh jalan kalau dia berhenti katanya rugi ..manalah tau kot-kot dapat.

Best sangat ke jadi JUTAWAN ni???

~Terima Kasih~

Read more...

Jun 15, 2009

Pilih Username Facebook ANDA!!


Anda ada akaun Facebook ke??  Kalau belum joom lah join. Aku dah join Facebook beberapa bulan yang lalu. Yang best Facebook ni boleh link terus dengan blog dan twitter. Facebook ni memang sedang menjadi gelombang besar di Asia terutama golongan Wanita.

Mulai hari ini, anda boleh memilih unique Facebook profile URL! Kalau sebelum ni memang panjang sehingga aku pun malas nak promosi: http://www.facebook.com/profile.php?id=SOME_NUMBERS? Panjang betul susah nak ingat.

Mulai sekarang Anda boleh daftar URL sendiri yang unik, apalagi buatlah sekarang di http://www.facebook.com/username/. Cepat sebelum orang lain ciluk username Anda..tapi fikir betul-betul sebab kalau dah buat tak boleh tukar beb!!!

Bagi yang belum join aku joom join Facebook aku @ Denaihati.

~Terima Kasih~

Read more...

Pemenang Contest RM500

Jam 12.00 am, 5/6 secara rasmi Contest RM500 ditutup. Alhamdulillah dengan usia blog Yang Terbuku Di Hati ini yang baru mencecah 6 bulan matlamat contest ini tercapai. Tahniah kepada semua pemenang. Semuga kemenangan ini memberi semangat lagi untuk terus menjadi teman Denaihati dan terus berbincang dengan hati terbuka.

Berikut adalah pemenang Contest RM500 berdasar syarat-syarat yang telah ditetapkan :
1. Azizwan : RM200 + Personalised Dolly RSS sponsor oleh EmilaYusof.Com
2. Zul : RM100 + Iklan banner 1 bulan di Indocontest.com
3. Sherry : RM50 + 1 botol NoaSauda sponsor oleh Noasauda.com
4. Ibnmasir : RM50 + 1 pasang stokin wudhu sponsor oleh Anisha Online Mall
5. Ratusalju : RM30 + 1 kotak minuman Honey Appel 3 di sponsor oleh HoneyBagus

Hadiah khas RM50 untuk komen terbanyak dimenangi oleh Azizwan

Tahniah juga kepada Azizwan yang telah menjadi pelawat bertuah yang ke 11,111 dan menang RM10...tunggu pelawat yang bertuah untuk ke 22,222.

Kepada semua pemenang sila email (denaihati[a]yahoo.com) atau message ke twitter @Denaihati untuk maklumat lanjut.


Jangan lupa Contest Top Komenter untuk bulan June. Jangan tunggu sampai last minute sebab yang ni tak perlu jawab apa-apa soalan atau buat apa-apa posting hanya perlu kongsikan idea seberapa banyak yang boleh.

Terus bersama dengan Denaihati kerana insyallah tak lama lagi akan ada contest yang lebih besar lagi hadiahnya...emmm mungkin Ribuan Ringgit. Nak sponsor ...joommm.

Nota : Kepada semua pemenang sukanyalah hati ni kalau sudi buat special posting untuk result contest RM500 ni.


~Terima Kasih~

Read more...

Jun 14, 2009

Selsema Babi(H1N1), El Nino, Jerebu dan Apa Lagi...


Ini bukan mimpi tetapi kenyataan......

The pandemic lasted from March 1918 to June 1920 call Spanish Flu caused by an unusually virulent and deadly Influenza A virus strain of subtype H1N1, spreading even to the Arctic and remote Pacific islands. It is estimated that anywhere from 50 to 100 million people were killed worldwide, or the approximate equivalent of one third of the population of Europe. An estimated 500 million people, one third of the world's population (approximately 1.6 billion at the time), became infected.

Selsema Babi - 2009 - 2011 : kini sudah 12 di Malaysia, BERAPA RAMAI LAGI AGAKNYA YANG AKAN JADI MANGSA???

EL NINO is coming : Thousands of meters into the atmosphere, the great trade winds over Southeast Asia are starting to slow, as they have done 14 times in the last century. The oceans surrounding Indonesia, Malaysia, the Philippines and Australia are beginning to grow warmer. And thousands of miles away, in Ecuador and Peru and the west coast of the United States, the weather could be in for drastic change.

JEREBU dah mula melanda Malaysia dan Asia Tenggara. Kenaikan suhu yang melampau, kekeringan dan bermacam bencana alam akan melanda kita yang sedang sibuk berpolimik dengan benda-benda yang kecil di sisi pandangan ALLAH swt.

Firman ALLAH swt surah Al-Rahman ayat 7-13 :


Dan langit telah ditinggikan-Nya dan diciptakan keseimbangan, agar kamu jangan merosak keseimbangan itu. Dan ditegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu. Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk-Nya, di dalamnya ada buah-buahan dan kurma yang mempunyai kelopak mayang dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

ALLAH swt tidak pernah menzalimi hamba-Nya tetapi kita hamba-Nya yang menzalimi diri kita sendiri. Maka Nikmat Tuhan Manakah yang KITA Dustakan??


~Terima Kasih~

Read more...

Jun 12, 2009

Aku bukan PEMUDA dari TIMUR

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani)

Dalam sebuah hadits yang lain, bersabda Rasulullah SAW: “Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)

Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)

Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yg berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salju. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak hingga datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Siapapun yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)

Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia. Menurut beliau:

1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

DUNIA SEDANG MENUNGGU PEMUDA DARI TIMUR!!


~Terima Kasih~

Read more...

Jun 11, 2009

Aku sekeping TANAH

Teman-teman aku baru je balik mencari sedikit ILMU tu yang tak sempat nak update blog. Bagi yang tunggu result contest RM500 ..sabar ya..insyallah result 2-3 hari lagi.

Kali nak cerita TANAH. Sekeping TANAH jika dibiarkan dan terbiar pasti akan ditumbuhi lalang, naik belukar, jadi hutan rimba yang dipenuhi pelbagai binatang yang kecil dan besar yang boleh dimakan dan yang boleh memakan. Manusia pasti takut nak masuk hutan belukar.

TANAH yang di tanam dengan pelbagai pokok buah-buahan atau sayur-sayuran pasti disukai bukan sahaja Manusia tetapi juka binatang seperti burung dan unggas. Memberi hasil yang boleh menjimatkan dan juga meningkatkan ekonomi Manusia. Tetapi TANAH yang ditanam jika tidak diuruskan juga boleh ditumbuhi lalang dan jadi tidak subur. TANAH yang baik MESTI terus diuruskan, dibaja, disiram dan dibuang lalang yang tubuh berterusan sehingga bila-bila.

"Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna".

"Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur".

Begitulah MANUSIA yang dijadikan ALLAH swt dari TANAH jika dibiarkan dan tidak dibajai jasmani dan rohani ......jadi APA AGAKNYA YA???

~Terima Kasih~

Read more...

Jun 7, 2009

Aku bukan PEMBULI jalan.

M. Edwards, the father of one of The Star’s journalists, suffered injuries to his head and body after he was punched several times in the 10am incident yesterday. Edwards said he had just finished paying some bills at a bank and was driving home with his daughter when a van cut into his lane. “I sounded my horn at the driver because he had swerved in suddenly without using the indicator,” he added.

Kisah lanjut di thestar


Aku ada 2 kisah.

1. 10 tahun yang lalu masa kawan aku sedang memandu tiba-tiba kereta kat belakang horn dia...aku tak ingat kenapa. Kawan aku ni jadi marah, dia drive pelahan-lahan sampai je kat jambatan kecil dia berhentikan...jadi kereta yang horn tadi tak boleh nak kemana-mana. Kemudian kawan aku ni keluar ke depan dan buka enjin buat macam kereta dia rosak padahal tak rosak pun. Dia buat gitu pasal marah kereta kat belakang tu horn dia.

2. Tahun lepas masa aku tengah naik beca di Medan, Indonesia. Brother yang bawa beca tu kata di pernah kerja kat Malaysia 3 tahun. Dia tanya aku kenapa di Malaysia banyak accident. Aku kata pemandu tak tertib. Dia kata salah satu sebab di Malaysia bila horn je orang marah sedangkan di Indonesia horn adalah amalan untuk mengingatkan pemandu lain. Betul juga kata brother tu, pengalaman aku berjalan di Medan, Jakarta, Bandung, Bali, Surabaya dan beberapa lagi kota besar di Indonesia horn ni memang biasa dan memang susah nak nampak accident walaupun kenderaan nya berjuta.

Di Chennai, India setiap kenderaan besar dan umum ada tertulis please horn. Tapi di Malaysia orang tua kena belasah kerana horn. Pelikan rakyat Malaysia ni dikatakan Rakyat yang bersopan-santun tetapi apabila masuk je kereta ramai berubah jadi ganas!!!

~Terima Kasih~

Read more...

Jun 6, 2009

Manohara Odelia Pinot dan Ambalat

Manohara Odelia Pinot nama lengkapnya. Namun orang banyak memanggilnya, Manohara. Minggu-minggu terakhir ini, wanita cantik berdarah campuran Bugis-Perancis itu begitu popular kerana penganiayaan terhadapnya oleh Tengku Temenggong Muhammad Fakhry kerabat DiRaja Kelantan.

Di minggu ini juga heboh cerita TLDM ceroboh AMBALAT satu kawasan di Utara Sulawesi yang masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Indonesia.

Blogger Indonesia yang anti Malaysia atau yang sering mereka panggil MALINGsia sentiasa dahagakan isu. Isu Manohara dan Ambalat ini menjadi mereka lebih aktif mengutuk Malaysia. Tak percaya lawatlah MALINGsia tapi jangan pulak kita marah-marah tak tentu pasal seperti mereka..kita jauh lebih profesional dari blogger INDONESIA.

Bagi aku ini semua adalah sentimen :
1. Calon-calon Presiden Indonesia yang sedang melobi untuk menang menggunakan isu ini bagi memainkan perasaan Rakyat Indonesia. Ini bukan kali pertama, beberapa tahun lepas President Indonesia, SBY telah memainkan Isu Ambalat ketika SBY menaikan harga pertol. Pemerintah menggunakan isu Ambalat untuk mengawal perasaan Rakyat yang protes kenaikan harga petrol.

2. Blogger INDONESIA terus-terusan menghentam Malaysia dengan pelbagai isu tanpa melihat jasa Malaysia memberi rezeki dan menghantar pulang lebih RM8billion hasil dari pekerja Indonesia di Malaysia. Ada statistik mengatakan ianya adalah hasil ke 3 terbesar di Indonesia. Sikap kecewa dengan keadaan sosial, ekonomi dan politik di negara mereka yang tidak menentu menyebabkan mereka terus agresif mencari sasaran lain sebagai tempat meluahkan perasaan.

Tapi buka semua Blogger Indonesia seperti gerakkan MALIGsia...

Petikan dari Blog Renungan Senja :
Celakanya, berita tentang dirinya, menurutku terlalu di dramatisir dan terkadang tidak proporsional lagi. Karena kalau mau jujur, masih begitu banyak tragedi di negeri ini yang layak untuk diangkat guna memberikan informasi yang lebih objektif tentang bencana, prahara, dan duka yang tengah menimpa saudara-saudara kita di tanah nusantara ini. 


Mungkinkah suatu masa kelak kita juga akan jadi seperti mereka???


Nota : Contest RM500 secara rasmi ditutup jam 12pm 5/5/09.



~Terima Kasih~

Read more...

Jun 5, 2009

Disebalik serangan U.S. ke atas Afghanistan ada Ya'jud dan Ma'jud

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berikrar untuk membuka ‘lembaran baru’ bagi dunia Islam dan Amerika dalam ucapan bersejarah kepada umat Islam di seluruh dunia di sini hari ini.Diantara ucapan Obama di Cairo untuk Dunia Islam adalah :

On Afghanistan, Obama emphasized that the Sept. 11 attacks had left the U.S. with no choice but to deny al-Qaeda a sanctuary there - squarely challenging the conspiracy theories that still prevail in Egypt and much of the Muslim world that question whether the attacks had in fact been carried out by extremists, who claimed responsibility for the event. "These are not opinions to be debated; these are facts to be dealt with," he said bluntly. The U.S. would bring its troops home immediately if it could be sure extremists would have no sanctuary in Afghanistan.

Tapi sebenarnya U.S. dan Israel menganggap Afghanistan dan Iran adalah Gog and Magog (Ya'jud dan Ma'jud)  yang MESTI dihapuskan kerana di akhir zaman mereka yakin Gog and Magog akan menghancurkan Israel....

And then, from the very region of Iran and Afghanistan (and from the surrounding regions) the armies of Gog [the invigorated Antichrist] will bring under his control the armies of "the Land of Magog." The Book of Revelation informs us that this Gog will lead these armies from the Magog (this land will represent the far-flung regions of the earth [from all four cardinal directions of the inhabitable earth]. These vast armies will assemble in Iran and Afghanistan (and surrounding areas) to come across the Euphrates River to invade the unwalled nation of Israel (as Israel will then exist in the time of the Antichrist). These armies of Gog will come from the north and east. The River Euphrates will dry up and allow them to move freely toward Israel. This is when they finally assemble in the Valley of Megiddo (at the biblical site of Armageddon). At this final assemblage to mount a war against Jerusalem, God will destroy the armies of Gog who come from the Land of Magog.

Setiap apa yang U.S dan Barat buat ada perkara yang tersirat..kita sahaja terikut-ikut tanpa mengkaji buruk dan baik. Kalau Israel dan U.S. sedar bahawa Dunia semakin menuju kepenghujungnya dan menghampiri KIAMAT..bila kita nak sedar dan berubah?

~Terima Kasih~

Read more...

Jun 4, 2009

Langkah pertama jadi JUTAWAN internet

Dah 4 hari aku sibuk dengan urusan keluarga ..maklumlah cuti sekolah jadi kena rancang program yang berfaedah untuk keluarga ..SANTAI + ILMU.


Posting ni khas untuk menunggu PELAWAT blog yang ke 11,111 mungkin hari ini atau esok. Sebagai tanda terima kasih kepada pelawat yang ke 11,111 aku akan hadiahkan token sebanyak RM10. Apa yang perlu ANDA yang bertuah buat adalah copy pastekan Visitor Counter seperti di atas dan buat satu posting di blog ANDA dan kirimkan komen berserta linknya di posting ini. Bagi yang tak berjaya tunggu NEXT...pelawat ke 22,222.

Kepada teman-teman yang lain yang sering singgah dan kongsikan komen ada hadiah istimewa di bulan Jun ni. Kepada 3 pelawat yang paling banyak kongsikan komen di blog ini sepanjang bulan Jun akan mendapat token iaitu RM50, RM30 dan RM20 mengikut urutan banyaknya komen. Semuga token ini akan memberi semangat untuk kita terus berhujah secara postif di atas isu-isu yang akan aku bawa sepanjang bulan Jun ini.

Terima kasih kepada Saudacare.com sudi untuk sponsor sebotol Minyak Daya Habbatus Sauda untuk pelawat yang paling banyak menjadi 1st Commenter disepanjang bulan Jun.

Besok adalah hari terakhir untuk contest RM500. Selepas tu insyallah aku akan umumkan contest yang lebih hebat hadiahnya. Alhamdulillah dah dapat beberapa sponsor offline. Kalau ada teman-teman yang nak sponsor di persilakan samada dalam bentuk cash atau produk. Berapa nilai tidak penting tetapi insyallah boleh beri trafik kalau tak banyak sikit. Semuga ini menjadi langkah pertama untuk menjadi JUTAWAN internet.
~Terima Kasih~

Read more...

Jun 1, 2009

Make Money Online

The following is a list of all the ad networks and affiliate programs I use to make money online. They were chosen from this exhaustive list of 30 ad networks. I have used all the following networks at one time or another and can highly recommend them. They have proven to provide good service/support and most importantly, on time payments.

Get paid To Promote at any Location
 


1. Chitika (Recommended by Darren Problogger.net)

The Publisher Referral Program rewards you for bringing new business to Chitika. Refer new Publishers to Chitika's ad service and earn 10% of what your referral earns. The referral makes the same revenue that they would normally and Chitika pays you for your efforts. It's that simple! Click the banner to sign up.

Sign Up Chitika Free


2. WidgetBucks (Recommended by Darren Problogger.net)

With WidgetBucks' Referral program, affiliates can earn a 15 percent referral fee based on the commissions earned by the people they refer. Affiliates receive this 15 percent for the full 12 months after the new member joins. Payouts to affiliates are monthly, along with their commission checks. Click the banner to sign up.

Must join, WidgetBucks received few good awards.  

Sign Up WidgetBucks Free

3. Performancing Ads (Recommended by JohnChow.Com)

Make by bloggers for bloggers, Performancing Ads is the market place for the 125×125 ad button, which has slowly become the ad format of choice for bloggers who wants to make money online. Publishers enjoy a 60% revenue share and free placement in the Performancing Ads market place. They also offer a life time referral program that you’ll definitely want to get in on.

Sign up for Performancing Ads

4. OIOpublisher Direct (Recommended by JohnChow.Com)

OIOpublisher Direct is a Wordpress Plugin that automates the ad buying process so you can concentrate on blogging instead of selling. With OIOpublisher direct, advertisers can order, pay for and upload their ads directly to your blog. The only thing you have to do is approve the ad. The script can be installed on an unlimited number of domains and also works with PayPal subscription.

You want to blog, you don’t want to sell ads. Let OIOpubliser Direct do the selling for you. The plugin cost $47 and it’s worth every penny. You should make it all back and more with your first sale.

Get OIOpublisher Direct


5. TwtAd

The twtAd referral program is a great way to spread the word of this great service and to earn even more money with your Twitter account! Refer friends and receive 20% of their earnings for life! Just send them the link below, post it on your Twitter, post it on your website, or any other way without spamming


Sign up here http://twtad.com/?id=2487

 6. Twittad 

Affiliates earn 25% of Twittad Transaction Fees on each successful sale of a referred user over the lifetime of the Twittad user. Once Affilate account hits $30, Affiliate can request Payment. Please click the banner to join.

Sign Up TwittAd Free

7. ClixSense

Free members (Non-Premium members) will receive $0.01 for each referral and will receive $2.00 if their direct referral upgrades to a Premium account. You will also receive 10% of revenues generated from your referrals' ad purchases. Sign up free just click the banner.

Sign Up ClixSense Free

8. Magpie

Spread the word and help promote Magpie. For any new Advertiser who signs up through your personal referral link, you will earn a 30% commission of our transaction fees. Not just once, but for the whole first year this Advertiser buys campaigns on Magpie!

Sign Up free click the banner.

9. Earn more by directing users to signup with BidVertiser (Recommended by JohnChow.Com)


1. When a user signs as an advertiser and first spends $10, we'll credit your account with $5. When that same advertiser spends $50, you will be credited with an additional $20.
 2. When a user signs as a publisher and first earns $10, we'll credit your account with $10. When that same publisher earns $50, you will be credited with an additional $40.

Your earnings are tracked in your control panel, including clicks, sign-ups and conversions. Your earnings from referrals will be included with your BidVertiser earnings in the monthly payment cycle.

Make money from your Website or Blog with BidVertiser

10.Global Domain International


Becoming an affiliate allows you to make money by reselling our product. You will earn 10% of sales directly referred by you and 10% on each of 4 additional "layers" of affiliate sales. Check out the income calculator to get an idea of what your potential monthly income could be.

http://website.ws/denaihati

11. BackLinks.Com

Our affiliate program allows you to earn money by referring users to BackLinks.com. You will be paid $100 for each advertiser that you refer who buys at
least $50 in text links per month. You will be paid $25 for each
publisher that sells at least $5 in text links using our service. All payments are made via PayPal. You will be paid 45 days after the signup date of your referral.

Sign Up BackLinks.Com Free

12. Text Link Ads (Recommended by Darren Problogger.net & JohnChow)

You can make money being a TLA affiliate by setting up a banner or text link referring traffic back to http://www.text-link-ads.com/. Any referred traffic that results in a new paid client or new publisher (with a minimum purchase of $25.00) will earn you $25.00.


Earn $$ with WidgetBucks!
Get Chitika | Premium

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP