Salam ziarah

Aku menulis untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak semua hal boleh di luahkan pada rakan-rakan atau keluarga. Banyak hal yang boleh jadi kita bertegang urat terutama hal-hal politik...tetapi kalau asyik dipendam di hati pun bahaya..boleh jadi sakit jantung.

Berita @Denaihati

Sep 30, 2009

Contest Weblog Popular 1Malaysia Update


Pejam celik tak sangka pulak dah nak berakhir Contest Weblog Popular 1Malaysia. Dah hujung-hujung ni semakin PANAS pulak contest ni dan semakin ramai yang join contest. Yang best tu berbagai cara telah digunakan oleh perserta contest untuk menarik perhatian teman blogger lain untuk join contest. Maklumlah kan ada hadiah untuk referral tertinggi.



Untuk perlumbaan SEO di Google.com.my dengan keyword Weblog Popular 1Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Setiap minggu ranking top 4 berubah-ubah. Berdebar-debar juga menunggu tarikh keramat 30 Sept 2009 ni. Siapa lah agaknya yang akan stay di ranking top 4 tu ya!!!


Ranking top 4 di browser explorer

PeNAJA bersama Contest Weblog Popular 1Malaysia iaitu SaudaCare (Minyak Dara Habbatus Sauda), Anisha Online Mall (Pemborong Stokin Wudhu) dan One Malaysia Blogshops (Directory Blogshop Malaysia) mencadangkan supaya contest ini dilanjutkan sebulan lagi sehingga 31 Okt 2007. Aku tak berani nak buat keputusan jadi aku serahkan kepada semua teman-teman blogger dengan mengundi samada setuju atau tidak setuju. Undi ya jangan tak undi tapi jangan pulak bergaduh sebab ni bukan Pilihanraya memilih Wakil Rakyat.

Untuk join contest klik @ Contest Weblog Popular 1Malaysia


Iklan : Cubalah keberkesanan MINYAK DARA HABBATUS SAUDA kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya sila klik @ PESANAN dan kepada yang nak jadi agen klik @ Rakan Usahawan SaudaCare atau sms dengan menaip ANSAR INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~
Kuina - Bicara Santai

Read more...

Sep 29, 2009

Emosi Aidil Fitri


Bila Aidil Fitri yang putus jari dan buta mata anak-anak Melayu kerana bermain MERCUN. Bila Tahun Baru Cina dan Depavali kenapa tak ada pulak anak-anak Cina dan India putus jari dan buta mata. Adakah kerana orang Melayu ni miskin jadi beli Mercun murah so nak jadi power anak-anak Melayu modify supaya boleh meletup kuat?

Bila Aidil Fitri yang jadi korban kemalangan jalanraya orang Melayu. Orang Cina dan India pun balik kampung tapi kenapa kurang sangat yang terlibat dengan kemalangan ngeri jalanraya. Yang paling malang bila cuti Tahun Baru Cina dan India yang terkorban juga orang Melayu.

Aku rasa orang Melayu ni ramai yang sombong, EGO, tak sabar, tiada tolak ansur dan pantang tercabar terutama di atas jalanraya. Sifat kita mudah sangat berubah apabila berada di atas jalanraya. Orang Melayu adalah umat Islam yang hanya dibibir tapi tidak lansung di hati. Kita jadi umat yang kufur nikmat apabila Allah anugerahkan dengan kesenangan, keamanan, rezeki melimpah ruah, kereta yang cantik dan laju dan sebagainya. Dengan semua anugerah yang Allah beri ni kita jadi sombong dan EGO sehingga kita lupa pada ALLAH yang memberi. Kita rasa kita lah yang hebat, kereta kita lah yang hebat.

Jangan kita salahkan orang lain dan janganlah kita salahkan pemerintah. Marilah kita betulkan diri sendiri. Jika semua betulkan diri sendiri insyallah masalah kemalangan ngeri jalanraya akan dapat dikurangkan atau mungkin dapat dihapuskan.

Itu pendapat aku mungkin ramai yang tak setuju .... tak gitu!!! Apalah silapnya dengan orang Melayu ni??

Iklan : Cubalah keberkesanan MINYAK DARA HABBATUS SAUDA kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya sila klik @ PESANAN dan kepada yang nak jadi agen klik @ Rakan Usahawan SaudaCare atau sms dengan menaip ANSAR INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 27, 2009

iLuvislam permulaan untuk 1000 langkah kejayaan.

Kira-kira 7 bulan lepas semasa aku buat Blog Walking tetiba aku terjumpa dengan satu portal menarik iLuvislam.com. Aku mengambil masa lebih kurang 1-2 jam explore iLuvislam.com. Aku angkat tabik dengan Saudara Imran yang mengasaskan iLuvislam.com yang menjadi kegilaan ramai remaja dan juga yang tua macam aku ini bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.


Saudara Imran - Pengasas iLuvislam

Selepas tu aku pun terlupa dengan iLuvislam.com ni kerana sibuk dengan hal-hal lain sehingga suatu hari. Sebulan selepas aku terjumpa portal iLuvislam.com aku melawat rakan yang dah hampir 2 tahun tak jumpa. Kami berjumpa di ofis kawan aku di Bangi. Kami berbual macam-macam isu almaklumlah dah 2 tahun tak jumpa. Sedang syook cerita tiba-tiba masuk seorang pemuda dan bersalam dengan aku. Kawan aku perkenalkan kepada aku yang pemuda tu Saudara Imran, Pengasas iLuvislam.com. Aku tersenyum dan beritahu kat kawan aku yang aku baru terjumpa portal iLuvislam.com sebulan yang lepas dan dengan izin Allah aku dapat pulak berjumpa dengan Pengasas iLuvislam.com.

Pertemuan ini adalah suatu permulaan yang baru untuk kami. Aku dan teman aku berkerjasama dengan mengunakan platform One Malaysia Blogshops untuk menjadi Wakil Penjual SaudaCare Selangor dan Wilayah Persekutuaan. Yang lebih mengembirakan lagi Saudara Imran, Pengasas portal iLuvislam.com juga bersedia menjadi Duta SaudaCare. Insyallah dengan gabungan ilmu aku dan teman aku yang dah lama bergelumang dalam dunia perniagaan serta kerjasama iLuvislam.com kami akan melangkah jauh mempromosi produk SaudaCare bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Projek pertama One Malaysia Blogshops dan iLuvislam.com adalah iklan di Harian Sinar Wilayah tengah yang keluar pada 25-26 September 2009. Ini adalah langkah pertama untuk 1000 langkah kejayaan, insyallah.

Kepada yang berminat untuk menjadi Rakan Usahawan sila klik @ Rakan Usahawan SaudaCare atau sms dengan menaip ANSAR INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~
X-PO - Aku X-PO

Read more...

Sep 25, 2009

Hikayat Dodol Melaka


Maaflah pada teman-teman kerana belum sempat balas komen-komen bernas. Masih dalam mood berhari raya dan masih lagi travel dari satu destinasi ke satu destinasi menziarahi sanak saudara yang sudah 2 kali Aidil Fitri tidak diziarahi.

Kali ni aku nak cerita pengalaman bisnis Dodol Melaka. Beberapa tahun yang lepas teman aku dapat tapak bisnis Ramadhan di jalan Tuanku Abd Rahman. Pada mulanya dia jual tudung tetapi kurang mendapat sambutan jadi aku syorkan dia jual bermacam jenis Dodol Melaka. Oleh kerana dia tak ada modal maka aku bersetuju untuk keluarkan modal permulaan. Perjanjiannya dia mesti bayar untuk next order.

Aku order Dodol Melaka daripada abang Arif di Merlimau, Melaka yang aku kenal sejak beberapa tahun yang lepas. Aku kenal abang Arif ketika dapat kontrak membekal makanan untuk Majlis Rumah Terbuka PM ke 4 di Sri Perdana, Putrajaya. Aku order berbagai jenis packaging dodol dari yang kiub, pack 1/2kg dan 1kg. Hasilnya gerai member aku ni unik sebab hanya menjual Dodol dengan berbagai packaging dan saiz. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan jualannya pun bagus. Pernah juga aku sendiri pergi ke Merlimau untuk mengambil bekalan Dodol kerana abang Arif kesuntukan masa untuk menghantar.

Aku hanya ambil komisen sikit sahaja sebab nak tolong member. Aku kira-kira insyallah aku akan dapat komisen lebih kurang RM2,500.00. Best juga tu bolehlah tambah duit persediaan hari raya. 2 hari sebelum Aidil Fitri aku melawat teman aku dengan harapan aku boleh dapat last payment yang merupakan komisen aku. Teman aku cakap insyallah besok dia akan bank in ke akaun MBB aku.

Yang sedihnya setelah beberapa kali Aidil Fitri duit yang dijanjikan oleh teman aku tu masih tak masuk-masuk akaun MBB aku lagi. Entah dah berapa puluh kali aku Call teman aku lansung tak berjawab dan sehingga hari ini aku tak pernah berjumpa dan bercakap dengan teman aku tu. Mungkin dia dah jadi JUTAWAN agaknya tapi yang pasti aku alhamdulillah masih belum MISKIN lagi ... emmmm rezeki dari Allah kan. Aku ingat janji Allah dalam Al-Quran rezeki kita tidak akan lebih atau kurang walaupun satu yang penting kita usaha sungguh-sungguh, doa dan tawakal.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 22, 2009

Hikayat Biskut Raya


Kisah biskut Raya ni mengingatkan aku kisah 5 tahun lalu. Ketika itu aku baru nak belajar berniaga jadi aku dan adik aku cuba-cuba jual kuih raya. Sebulan sebelum puasa kami buat promosi habis-habisan. Alhamdulillah adik aku dapat order daripada kawan sekolah dia lebih kurang 1,000 balang cookies. Aku pulak dapat order daripada kawan baik aku seorang Chef di Nilai.

Kawan aku yang Chef ni rupanya dapat order daripada kawan dia yang kerja pramugara. Kami berjumpa beberapa kali untuk finalise kan order. Aku dapat order lebih kurang 500 balang cookies. Katanya biskut ni akan dihantar ke Kuching. Aku minta deposit 50%, Alhamdulillah dapat.

Semua urusan berjalan lancar. Kami sewa lori untuk angkut biskut ke Nilai. Aku dan adik aku sendiri yang turunkan 500 balang biskut ke dalam stor yang disediakan di Nilai sebelum dihantar ke Kuching. Berpeluhlah ketiak nak memunggah semuanya, member Chef dan kawannya duduk kat tepi tengok je. Setelah beberapa jam semua selesai dan aku serahkan 500 balang biskut kepada pembeli dalam keadaan yang sempurna dan teratur.

Seminggu lepas raya aku dapat berita sedih daripada member Chef aku. Katanya kawan dia tu tak nak bayar baki 50% kerana kuih yang dikirimkan ke Kuching semuanya hancur. Aku cakap pada kawan Chef aku ITU TAK ADIL sebab tugas aku hantar sampai Nilai dah selesai dan sempurna tak ada kerosakan.  Proses penghantaran ke Kuching diluar perbincangan. Aku minta kawan Chef aku bayar sebab bisnis ni antara aku dengan dia tapi DIA tak ada duit. Setelah 5 tahun aku masih tak dapat lagi baki bayaran 50%.

Nak jadi lagi sedih kawan adik aku yang order 1000 balang biskut cancel order 3 hari sebelum raya, dah la tu adik aku tak minta seRinggit pun deposit sebab terlalu percaya kat kawan dia. Maka penuhlah biskut kat rumah, kami cuba jual malam raya tapi tak habis juga. Lepas raya toke yang buat kuih minta duit tapi adik aku tak dapat bagi. Dia ugut nak colek anak adik aku kalau tak bayar. Kisah sedih ni berpanjangan untuk beberapa bulan sehingga report mereport polis.

Banyak sungguh kami belajar daripada pengalaman ini. Nilah nasib berniaga dengan orang Melayu kot!!!

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Read more...

Sep 21, 2009

Kemalangan Jalanraya TIDAK berbau

Dalam sibuk kita menyambut Aidil Fitri, ziarah menziarahi jangan sesekali kita lupa keselamatan ketika memandu. Pastikan kita membaca doa kenderaan dan jika ingin berjalan jauh usahakan solat sunat Musafir, insyallah perjalanan kita akan dipelihara oleh Allah swt.

Jadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar :




1. Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini. “Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit. “Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan. - Utusan



2. Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini.  Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya. Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan. - Utusan

TERINGAT AKU KEPADA 2 ORANG ARWAH ABANG IPAR YANG MENINGGAL KEMALANGAN SELANG 40 HARI. PERISTIWA SEDIH INI MENYEBABKAN MAK MERTUA TIDAK STABIL SELAMA LEBIH KURANG 4 TAHUN. SEMUGA ARWAH DI TEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN. UNTUK KITA YANG MASIH HIDUP TOLONGLAH BERSABAR DI ATAS JALANRAYA DAN SENTIASA BERDOA SEMUGA KITA DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT. 

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Read more...

Sep 20, 2009

Salam Aidil Fitri 1Malaysia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

DEMI MATAHARI APABILA SINARNYA DI PAGI HARI
DEMI BULAN APABILA MENGELILINGI
DEMI SIANG APABILA MENAMPAKAN DIRI
DEMI MALAM APABILA MENUTUPI
DEMI LANGIT DAN SELURUH BINAANNYA
DEMI BUMI SERTA HAMPARANNYA
ALLAH MENGILHAMKAN SUKMA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
MAKA BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG MENSUCIKAN
DAN MERUGILAH BAGI MEREKA YANG MENGOTORINYA

SALAM AIDIL FITRI UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN
MAAF ZAHIR BATIN SEKIRANYA ADA TULISAN
YANG MENGURIS HATI DAN MENYENTUH PERASAAN

SAMBUTLAH AIDIL FITRI MENGIKUT ATURAN ISLAM
SEMUGA IANYA MENDAPAT BALASAN PAHALA
BEKALAN UNTUK DUNIA KEKAL ABADI

JANGAN LUPA
PUASA 6 YANG INSYALLAH GANJARANNYA
SEPERTI PUASA SETAHUN
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

~Terima Kasih~
Azizwan - World of Azizwan

Read more...

Sep 19, 2009

Aku jumpa Lailatul Qadar


Dengan amalan yang ada ni rasanya belum layak untuk aku berjumpa dengan Lailatul Qadar. Aku memang tidak sibuk mencari tanda-tanda Lailatul Qadar. Aku hanya selalu berdoa semuga Allah pilih aku dapat beribadah dan berdoa di malam Lailatul Qadar yang insyallah boleh merubah kehidupan aku dan keluarga.

Mengikut kitab Duratun Nasihin oleh Usman Alkhaibawi, Lailatul Qadar dinamakan dengan Qadar yang ertinya ketentuan kerana pada malam itu ditentukan semua urusan, hukum, ketentuan rezeki dan waktu kematian serta apa-apa juga yang terjadi pada tahun itu sampai tahu yang akan datang.

Alhamdulillah Ramdhan tahun lepas aku juga tidak bertemu Lailatul Qadar tetapi rasanya Allah telah memilih aku untuk beramal dan berdoa di malam Lailatul Qadar kerana ada rasa kelainan dalam kehidupan ini. Lailatul Qadar ini adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang Allah anugerahkan hanya kepada umat Nabi Muhamad SAW. Lailatul Qadar ini adalah hadiah yang tidak terhingga yang Allah hadiahkan secara ghaib kepada kita.

Oleh kerana Lailatul Qadar ini hadiah yang ghaib maka majoriti daripada umat Islam tidak lansung ambil kisah dan merasakan persiapan Aidil Fitri lebih penting daripada mencari Lailatul Qadar. Malanglah bagi kita yang tidak mengambil kesempatan mencari hadiah daripada Allah, hadiah yang bukan sahaja bermanafaat di dunia malah yang lebih penting di akhirat.

Insyallah jika kita terlupa tahun ini maka berusaha kita dari awal untuk mencari Lailatul Qadar pada Ramadhan tahun depan. Insyallah Lailatul Qadar boleh merubah untung nasib kita.

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Read more...

Sep 16, 2009

16 Sept : Wajah baharu 1Malaysia



 Petikan kata-kata DS Najib di blog berwajah baharu 1MalaysiaKini saya lebih yakin bahawa internet merupakan bidang penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Blog seperti ini mengalu-alukan input dan memastikan pegawai yang dilantik lebih bertanggungjawab. Kementerian, agensi kerajaan dan juga pemimpin masyarakat mesti memanfaat internet dengan sepenuhnya untuk berinteraksi dengan serta merta dan berkesan dengan rakyat yang mereka berkhidmat. Oleh itu, minggu-minggu yang akan menjelang ini menjadikan saya begitu seronok sekali. Kepada anda semua yang telah menunjukkan minat kepada laman web saya hingga kini, terima kasih dan saya berharap anda amat menyenangi pengubahsuaian yang akan dilakukan ini.

Teringat zaman pertengahan 1990 an ketika aku mula mempromosi Internet ni ramai yang pandang sebelah mata. Ketika itu sebut email pun terdengar terlalu asing. Ada akaun email sendiri rasa sungguh bangga.sekali. Dalam suatu seminar motivasi ketika itu aku ada katakan lihatlah apa yang berlaku pada transformasi komunikasi daripada telefon besar sehinggalah tercipta HP. HP yang pertama dicipta pun punyalah besar dan hanya orang kaya je boleh beli tapi kini HP boleh dimiliki semua termasuk anak-anak sekolah rendah.

Kini Internet dah jadi macam transformasi HP sudah tidak asing lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan, perniagaan, buat duit, berasmara, berdakwah sehinggalah perang politik. Semuga ada sedikit ilmu aku yang dikongsikan dalam banyak seminar yang lepas  memberi menafaat kepada rakan-rakan. Aku selalu mendoakan kejayaan rakan-rakan yang pernah berjuang susah senang bersama ... sempena 16 Sept tarikh penubuhan Malaysia aku ucapkan selamat maju jaya 1Malaysia. LOVE MALAYSIA.

Sedang fikir-fikir untuk ubahsuai wajah blog Denaihati ... ada yang sudi bantu ke???

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 15, 2009

Komen terBEST Ogos - Tahniah kepada Pemenang


Komen yang menarik bulan Ogos yang bernilai RM50 ditaja oleh Anisha Online Mall (Pemborong Stokin Wudhu Malaysia) adalah luahan rasa talrasha2007 di entri Kuasa Password yang boleh menjadikan kita Jutawaan :

@talsasha2007 : Minda separuh sedar ni memang hebat kalau kita sedar nak gunakan. Kadang-kadang kita perasan ada pelajar yang tak boleh berjaya capai apa yang dihajati sebab sudah selalu sangat kata dalam hati mcm "matematik ni susah", " aku tak pandai matematik" itu la dan ini la. Rizal mengajar pun kadang2 alami para pelajar yang mengeluh " Encik Rizal, saya ni kalau bab2 mereka bentuk memang tak pandai.." sedangkan mereka bentuk bukanlah ilmu berdasarkan bakat 100%. Minda separa sedar ni boleh digunakan untuk positif kan dan majukan diri kita sebenarnya. Entri yang bagus ni.

Ada satu kisah, seorang ayah ada 2 orang anak, perempuan dan lelaki. Anak perempuannya study memang bagus bila exam selalu dapat top 3 tetapi anak lelakinya pulak selalu dapat top 3 dari bawah. Seorang rakan mencadangkan kepada si ayah ini untuk meransang minda separa sedarnya. Maka setiap hari sekembali dari sekolah si ayah akan tanya anak lelaki apa yang dibuat di sekolah. Apabila ada sahaja aktiviti yang baik si ayah  mengucapkan kata-kata tahniah dan mereka akan bertepuk tangan bersama-sama tanda penghargaan kepada si anak. Mereka lakukan setiap hari dan hasilnya memang memberangsangkan sehingga akhirnya anak lelakinya juga berjaya mencapai tahap top 5 setiap kali exam.

2 perkara yang kita boleh belajar iaitu kata-kata positif daripada si ayah telah merangsang minda separa sedar si anak dan tepukan tangan juga telah merangsang minda kreatif si anaknya. Gitulah jika kata-kata positif diulang-ulang setiap hari maka hasilnya juga positif tetapi jika kata-kata negatif seperti zalim, kejam, penipu, kafir dan sebagainya diulang-ulang setiap hari maka pastilah gambaran yang negatif akan tertanam dalam jiwa kita. Kenapa tak kita katakan berulang-ulang kuasa Allah lebih hebat dari kuasa makhluk, aku ingin mati dalam iman yang sempurna, aku ingin lahirkan zuriat dan keturunan yang soleh atau apa saja perkataan untuk persediaan alam akhirat yang kekal abadi .... dunia ini sementara saja .. gitu juga kuasa di dunia sementara sahaja ....

~Terima Kasih~
Khalifah Fedi - Tuan Uruchimaru

Read more...

Sep 13, 2009

Qiamulai di Masjid KLCC


1. 3 tahun lepas pada 10 Ramadhan terakhir aku pergi bisnis trip ke Jakarta. Kebetulan Masjid di depan hotel yang aku stay tu ada buat Qiamulai pada malam ganjil 21, 23,25 dan 27 Ramadhan. Yang datang beribu orang dan diketuai oleh seorang Ulama. Aku extend trip aku beberapa hari untuk hadir semua Qiamulai tersebut. Memang best dan rasanya aku memang dapat sesuatu daripada Qiamulai tersebut. Minggu lepas aku terasa rindu sangat dengan majlis Qiamulai tersebut. Aku cakap kat wife rasa macam nak ge Jakarta nak join Qiamulai yang memang dilaksanakan setiap kali Ramadhan tu. Tapi suasa tegang Malaysia - Indonesia membatalkan niat tersebut.

2. 3 hari lepas wife ajak pergi KL untuk uruskan beberapa hal peribadi. Aku memerah otak memikirkan hotel yang sesuai yang tak terlalu mahal dah dekat dengan masjid (tak mahu ketinggalan terawaih berjemaah). Banyak option tapi hati aku ni macam tak selesa je jadi aku solat isthiqarah dan serah pada Allah. Lepas solat Jumaat aku dapat ilham kenapa tak cuba Darby Park, masjid ada, mall dekat, nak makan mudah dan nak travel dengan LRT pun mudah. Nak best lagi aku teringat member PNB aku kot-kot dapat staff price. Apalagi aku terus sms member aku tu dan alhamdulillah semua berjalan lancar.

3. Sebelum zohor Sabtu kami sampai di Darby Park, alhamdulillah semua dah diuruskan jadi kami terus je lah masuk bilik. Lewat petang kami jalan-jalan di KLCC dan berbuka di tepi tasik sebab semua tempat makan dah penuh. Lepas berbuka aku terus ke Masjid KLCC untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Yang paling mengembirakan aku ada satu banner bertulis Majlis Qiamulai bersama Astro Oasis.

4. Aku pergi l ke Masjid jam 1.00 am. Majlis Qiamulai mula jam 3.00 am diimamkan oleh Ustaz Zul. Jemaah memang ramai dah macam solat Jumaat pulak. Subahanallah Allah maha kuasa minggu lepas aku terfikir nak join Qiamulai dan Allah perkenankan cuma di lokasi yang lain. Allah sentiasa mendengar bisikan hati kita dan Bila kita mencari Allah pasti Allah juga mencari kita.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 11, 2009

Infaq Untuk Pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran : Terima Kasih



Baki duit terkumpul daripada tajaan Al Ansar Properties sebanyak RM44.40 telah diinfaqkan ke projek pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran. Semuga semua yang menyumbang walaupun satu idea yang bernilai RM0.20 akan mendapat ganjaran di akhirat kelak dan dimurahkan rezeki di dunia.

Firman Allah swt surah Al Baqarah ayat 261 : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui."

Kepada teman-teman yang berniat untuk menambah pelaburan akhirat di 10 hari terakhir Ramadhan ni bolehlah infaq kepada projek Pembinaan Sekolah Agama Ghufran. Detail ada di sidebar blog ni. Janji Allah swt untuk melipatkali gandakan ganjaran untuk setiap infaq dan sedekah adalah benar dan bagi mereka yang sudah menikmati pasti tidak akan berhenti untuk bersedekah dan infaq.

Berita gembira Al Ansar Properties (Projek Garden Villa, Klang) dan One Malaysia Blogshops (Direktori Blogshop Malaysia) akan menyambung tajaan RM0.20 untuk setiap komen untuk bulan September dengan syarat-syarat yang sama ... selamat mencari Lailatul Qadar untuk semua.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 10, 2009

penGOMEN bulan OGOS : Tahniah yang menang HADIAH


Sepanjang bulan Ogos Denaihati menerima 419 komen daripada teman-teman yang singgah berkongsi idea. Antara teman-teman yang berkongsi banyak idea adalah X-Po, Zara, broSKL, khalifah fedi, cpj, hydir, Azizan4444, Atok, Unwanted, Naz, Ikhwan dan yang paling top sekali tak lain tak bukan Zuls (87) - RM50, Precious (58) - RM30, Azizwan (52) - RM20 dan Rizal (36) - RM10.

Setiap komen untuk bulan Ogos bernilai RM0.20 yang di taja oleh Al Ansar Properties (Projek Garden Villa, Klang) . Jumlah yang berjaya dikumpul adalah 419 x RM0.20 = RM83.80. Hanya 3 orang sahaja yang layak untuk cash out iaitu Zuls sebanyak 87 x RM0.20 = 17.40, Precious sebanyak 58 x RM0.20 = RM11.60 dan Azizwan sebanyak 52 x RM0.20 = RM10.40. Baki sebanyak RM44.40 akan di INFAQkan ke Tabung pembinaan Sekolah Menengah Agama Ghufran.

Untuk hadiah penGOMEN pertama terbanyak nampaknya Zuls dan Precious seri dengan jumlah 4 kali menjadi penGOMEN pertama. Untuk tak peningkan kepala nak memilih maka keduanya dapat hadiah tajaan SaudaCare.

Untuk Hadiah bagi Komen yang paling menarik tajaan Anisha Online Mall (Pemborong Stokin Wudhu Berkualiti) akan diumumkan pada entri khas yang lain. Pemenangnya sudah ada cuma menunggu untuk buat entrinya je.




Ucapan tahniah kepada Precious kerana telah berjaya menjadi pelawat ke 33,333 dan memenangi hadiah RM30. Terima kasih tak terhingga kepada semua pelawat-pelawat yang lain khasnya yang meninggalkan jejak melalui komen-komen yang bernas. Kepada yang tidak berjaya tunggu peluang menjadi pelawat istimewa ke 44,444. Hadiah bernilai RM40 ditaja oleh One Malaysia Blogshops (Direktori Blogshop Malaysia) untuk pelawat bertuah yang ke 44,444. Caranya mudah sahaja, jika anda pelawat ke 44,444 copypastekan visitor counter seperti contoh, buat entri khas dan tinggalkan link entri tersebut ruangan komen.

~Terima Kasih~
Rizal - RestnRileks

Read more...

Sep 9, 2009

09.09.09


Tiada apa yang istimewa dengan tarikh dan angka 09.09.09 dalam kehidupan aku ni cuma kelihatan unik. Kalau tahun lepas rami yang menunggu-nunggu 08.08.08 dan berbagai acara dilakukan terutama untuk kaum Cina kerana katanya angka 8 tu angka keberuntungan.

09.09.09 ni hanya datang sekali dalam seumur hidup kerana kalau nak jumpa lagi kena tunggu 1000 tahun lagi 09.09.3009 tak gitu. Gitu lah MASA yang ditinggal tak akan datang lagi. Kalau kita guna setiap MASA dengan cara yang baik maka hasilnya insyallah juga baik tetapi jika tidak maka hasilnya juga tidak baik dan berlarutan sehingga anak cucu cicit kita.

Sebab tu banyak Firman Allah swt yang bersumpah dengan MASA dan jangan lupa kita akan memasuki malam ke 10 terakhir Ramadhan, malam pengampunan yang dalamnya ada malam Lailatul Qadar malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Bagi yang nak berikrar untuk memandu dengan selamat sila ikrarkan ikrar ANDA di http://www.090909.org.my

BERMINAT NAK MENJADI RAKAN USAHAWAN SAUDACARE, JADILAH YANG PERTAMA SEBELUM YANG LAIN @ ONE MALAYSIA BLOGSHOPS atau SMS : Taip ANSAR jarak INFO hantar ke 36553 


~Terima Kasih~

Read more...

Sep 8, 2009

Kemana arah tuju MELAYU part 2 ...


Semalam sebuah akhbar melaporkan dua kejadian. Kejadian pertama seorang menantu menumbuk ibu mertuanya di bazar Ramadhan yang menuntut hutang RM200 dan kejadian kedua seorang biras terpaksa menerima 12 jahitan kerana dipukul oleh birasnya yang berhutang RM500.

Aku teringat kisah 3 tahun lepas, seorang teman aku boleh dikatakan setiap pagi dah tercegat depan pagar rumah aku. Apabila pertemu macam-macam hal yang kami bincangkan dari soal bisnis hinggalah politik. Setelah beberapa minggu berulang-alik ke rumah aku akhirnya dia meluahkan hasratnya untuk meminjam duit untuk projek di MINDEF. Katanya 2-3 bulan dia akan dapat semula payment. Aku tahu kalau keluar je duit ni tak tahu zaman bila dapat semula tapi demi nak menyokong usahawan Melayu maka aku pun bagi juga pinjam duit sebanyak RMxx,xxx.00.

Setelah dia dapat duit yang dihajatkan muka dia pun tak nampak. Sehingga sekarang aku tak tahu apa cerita dengan projek MINDEF. Telefon pun dah tak dapat dihubungi. Rupanya nilai persahabat aku dengan teman aku tu hanya RMxx,xxx.00 je. Aku juga kehilangan seorang teman yang lain hanya kerana dia bawa lari keutungan jual dodol di Jalan Tunku Abd Rahman bernilai RM2,500. Sehingga sekarang tak dapat dikesan. Tak kan lah begitu murah nilai persahabatan. Aku dah lama halalkan semua duit yang kawan-kawan pinjam dan tak bayar balik. Kalau dapat semula tu ibarat dapat bonus.

Majoriti Melayu memang senang nak meminjam baik pinjaman pelajaran, pinjaman perniagaan sehinggalah pinjaman peribadi tapi MAHA susah nak bayar balik walaupun mereka berduit dan akibatnya mereka menyusahkan orang Melayu lain yang jujur. Bagi manusia yang tidak suka bayar hutang walaupun 10 sen ada janji seksa daripada Allah swt.

BERMINAT NAK MENJADI RAKAN USAHAWAN SAUDACARE, JADILAH YANG PERTAMA SEBELUM YANG LAIN @ ONE MALAYSIA BLOGSHOPS atau SMS : Taip ANSAR jarak INFO hantar ke 36553 

~Terima Kasih~
Khalifah Fedi - Tuan Uruchimaru

Read more...

Sep 7, 2009

Kemana arah tuju MELAYU part 1 ...



Sebuah akhbar melapurkan tentang kegiatan gadis Melayu yang besedia menjual "tubuhbadan" mereka untuk mendapat dan mengecapi kehidupan mewah. Kebanyakan mereka berusia antara 16-18 tahun dan masih bersekolah. Modus operandi mereka ialah dengan memikat golongan yang dilihat mewah dan berpendapatan tinggi. Sambil berpakaian seksi, mereka akan memikat atau pun akan dipikat oleh golongan yang di panggil SugarDaddy.

Kisah gadis Melayu yang berani dah SugarDaddy bukan baru malah sejak aku di IPTS akhir 80an sudah ada. Gadis Melayu ketagih dengan kemewahan manakala SugarDaddy ketagih gadis-gadis berGETAH. Dizaman dimana pencapaian matereliastik menjadi "Tuhan" baru bagi generasi muda, apa yang mereka kejar hanyalah kehidupan mewah, ingin memiliki handphone yang ranggi, bermobil mewah, berpakaian jenama mahal dan minum sembang di Starbuck dan lain-lain kafe yang tidak mampu disediakan oleh ibubapa.

Ada yang pulang ke kampung bertudung liput tetapi bila kembali ke kampus jadi seksi meksi. Gadis kampung yang lebih bandar daripada gadis bandar. Setiap hujung minggu berpeleseran di kelab-kelab hiburan terutama malam yang digelar "lady's nite".

Gitulah PEMUDI harapan bangsa .... tak ada ke yang nak jadikan aku sugarDaddy ...harta tak seberapa, kereta kecik je, handsome pun tak tapi manis ada (pinjam kata-kata P.Ramlee) ...HA HA HA.... kauorang ada cerita menarik ke nak kongsi!!!

BERMINAT NAK MENJADI RAKAN USAHAWAN SAUDACARE, JADILAH YANG PERTAMA SEBELUM YANG LAIN @ ONE MALAYSIA BLOGSHOPS atau SMS : Taip ANSAR <> INFO hantar ke 36553 

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 4, 2009

Jom Join Bisnis Bernilai JUTAAN Ringgit.

Dalam entri Kesusahan Melampau ada satu komen yang menarik daripada naim :

@naim : ada satu kedai di penjuru blok (corner lot) milik Melayu, Johana Bookstore di Bangsar.... kerana kawasan itu hendak dijadikan Little India, kedai itu ditawar pembeli RM1 juta, walhal harga semasanya RM400 ribu. Jika tuan jadi taukenya, adakah tuan tetap akan tolak tawaran yang lumayan itu? 

Aku cadangkan owner kedai ambil offer yang bagus ni. Jika owner ambil offer maka dia akan untung RM600 ribu tidak termasuk nilai buku yang masih ada dalam stok. RM400ribu boleh digunakan untuk buka kedai buku baru di lokasi baru. Dalam bisinis kadang-kadang kita tak boleh sayang sangat terutama apabila dapat GOOD OFFER. Aku teringat kisah pengasas GIANT yang dapat GOOD OFFER bernilai Billion Ringgit, dia jual kepada pelabur dari Hong Kong dan set up pasar raya baru kalau tak silap The Top dan akhir di jual juga kepada GIANT.


Bisnis ni mesti kena berani GAGAL jadi bila UNTUNG kita happy sangat tapi kalau RUGI kita dah bersedia. Saja nak bagi tahu kat kawan-kawan yang aku dan beberapa teman telah mengambilalih pemasaran produk SaudaCare untuk kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kami yakin produk SaudaCare yang berasaskan Habbatus Sauda boleh diterima dan bernilai Jutaan Ringgit. Perancangan pemasaran yang agresif telah dibuat samada secara online dan offline seperti iklan di Facebook, tabloid Sinar dan harakah, majalah Al-Islam dan lain-lain.

Kami juga yakin produk SaudaCare ini boleh melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Kepada yang berani untuk BERJAYA bersama kami joom join kami sebagai Rakan Usahawan Saudacare di One Malaysia Blogshops. Aku memang tercabar dengan cabaran baru dan melihat bisnis berkembang hasil air tangan sendiri. Insyallah dengan perancangan dan latihan yang betul pasti ramai usahawan dari rumah akan dihasilkan melalui kehebatan produk Saudacare. Untuk maklumat lanjut boleh juga SMS : Taip ANSAR <> INFO hantar ke 36553.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 2, 2009

Kesusahan melampaui pemikiran waras kita kat Malaysia


@ CPJ : Syabas sahabat, anda telah mengecapi nikmat kemerdekan, tapi masih ramai rakyat negara kita yang masih hidup dalam serba kekurangan ibarat sesetengah kita dalam tahun 60an...jauhlah berjalan dalam semua golongan, nescaya kita akan ketemu dengan apa yang kita tidak jangkakan...nasib merekalah yang harus dibela supaya bersama menikmati erti kemerdekaan yang dimaksudkan...

Aku sangat berminat dengan komen daripada Cikgu PJ dalam entri MERDEKA. Komen ini mengingatkan aku pada blog salah sorang teman yang sedang menguji iman jauh di negara orang katanya : Bangladesh ada 140 juta penduduk,hampir separuh dari orang lelaki tidak ada pekerjaan tetap.Sebetulnya kita kena bersyukur bila Allah lahirkan kita kat Malaysia.kita rasa kita susah korang belum tengok lagi kesusahan orang Bangladesh. Kesususahan mereka melampaui pemikiran waras kita kat Malaysia.

Dulu aku tertanya-tanya kenapa orang Indonesia, Bangladesh, Mynmar dan Vietnam sanggup mengadai nyawa untuk mencari rezeki di Malaysia. Setelah aku lihat sendiri baru aku faham betapa susahnya mereka di negara sendiri ... nak kerja pun tak ada benda yang nak di kerjakan dan aku setuju dengan perkataan teman tu  "Kesusahan mereka melampaui pemikiran waras kita kat Malaysia".

Kalau kita pergi ke pasar Chow Kit aku pelik kemana hilangnya perniaga Melayu kerana semunya telah bertukar tangan. Mungkinkah kita khasnya orang Melayu ibarat duduk dalam gelas. Lihat gedung besar, rumah besar, kereta besar, syarikat besar dan macam-macam lagi tapi bukan kita punya. Dulu orang Cina datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang seperti juga orang Indonesia tetapi kenapa mereka boleh BERJAYA. Mereka menguasai segala-galanya kecuali POLITIK.

Mari kita sama-sama fikirkan nasib bangsa kita ini dan mungkin kata-kata teman aku di blognya ini boleh dijadikan rujukkan : Hari ini kita beri macam macam alasan untuk amal agama sempurna dalam hidup kita.Tiada kuasa politik,tiada kuasa ekonomi ,tiada masjid yg sempurna ,tiada itu dan tiada ini.Kita menyalahkan banyak pihak salahkan pemimpin itu salahkan pemimpin ini,salahkan mak bapak dan macam macam sedangkan yang nak mati dan masuk kubur dan bertemu dgn malaikat munkar dan nakir adalah kita.

~Terima Kasih~

Read more...

Sep 1, 2009

Contest Weblog Popular 1Malaysia


Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia aku perlukan bantuan teman-teman. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu aku mencari Weblog Popular 1Malaysia.

HADIAH

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.



Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT :

SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL
(Kepada yang berminat nak jadi sponsor boleh hubungi terus melalui twitter @Denaihati)



~Terima Kasih~

Read more...

Disclaimer

We does not guarantee any income earning by joining any programs if listed in this site. You must be comfortable with the amounts you invested otherwise go to different program. We can not be held in any way responsible to any losses you may incurred.
Copyright© 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 Denaihati . All rights reserved.

Sponsored

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Jejak Komen

Sponsored

Kembara Musafir New Zealand

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP